Cú Chulainn (disebut [kuːˈxʊlˠɪnʲ, paling terdekat ku.khu.lin], juga dieja Cú Chulaind atau Cuchulainn) ialah pahlawan lagenda yang muncul dalam mitologi Ireland serta juga budaya-budaya serumpun Celt lain seperti di Ulster, Scotland dan Man;[1] dia dipercayai merupakan jelmaan dewa Lugh yang juga ayahnya[2][3][4] yang mengahwini seorang manusia bernama Deichtine. Dia pada awalnya diberi nama sebagai Sétanta namun mendapat nama kekalnya yang bererti "anjing Culann" berikutan kejadian di mana anjing seorang tukang kenalannya menerkamnya dan dia mempertahankan diri sampai terbunuh anjing tersebut.

Gambaran Setanta dan anjing Culann yang dibunuhnya, dari The Boys 'Cuchulain karangan Eleanor Hull,1904

Pahlawan ini diceritakan bertempur seorang diri mempertahankan Ulster secara sendirian melawan tentera pimpinan Medb, ratu Connacht ketika berusia 17 tahun, sepertimana yang diceritakan dalam sajak Táin Bó Cúailnge; dia diceritakan mempunyai sifat amuk yang menakutkan atau ríastrad[5] semasa bertempur sehingga hilang kawalan menyerang tidak kira sekutu atau musuh. Menurut lagenda-lagenda utama mengenai Cú Chulainn, dia diramalkan mempunyai hayat yang singkat namun keberaniannya akan disanjung sepanjang zaman.

Rujukan sunting

  1. ^ Cowley Young, Blanche (1959). How the Manx Cat Lost Its Tail and Other Manx Folk Stories. New York: McKay. m/s. 17–18. Dicapai pada 28 November 2011.
  2. ^ Ward, Alan (2011). The Myths of the Gods: Structures in Irish Mythology. p.13
  3. ^ Evans-Wentz, Walter (1911). The Fairy-Faith in Celtic Countries, p.369
  4. ^ Hull, Eleanor (1898), The Cuchullin Saga in Irish Literature
  5. ^ Literally "the act of contorting, a distortion" (Dictionary of the Irish Language, Compact Edition, Royal Irish Academy, Dublin, 1990, p. 507)

Bacaan lanjut sunting

  • Bruford, Alan (1994). "Cú Chulainn - An Ill-Made Hero?". Text und Zeittiefe. ScriptOralia 58. Tubingen: Gunter Narr. m/s. 185–215.
  • Carey, John (1999). "Cú Chulainn as Ailing Hero". Celtic Connections: Proceedings of the Tenth International Congress of Celtic Studies, Vol. 1. East Linton: Tuckwell. m/s. 190–8.
  • Gray, Elizabeth A. (1989–90). "Lug and Cú Chulainn: King and Warrior". Studia Celtica. 24/25: 38–52.
  • Jaski, Bart (1999). "Cú Chulainn, gormac and dalta of the Ulstermen'". Cambrian Medieval Celtic Studies. 37: 1–31.
  • Nagy, Joseph Falaky (1984). "Heroic Destinies in the Macgnímrada of Finn and Cú Chulainn". Zeitschrift für celtische Philologie. 40: 23–39.

Pautan luar sunting