C. Kumaresan
Kumaresan a/l Chinnaya (Tamil: குமரேசன் சின்னாயா; lahir 9 September 1974) merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan watak lakonannya sebagai DSP Kumar dalam drama kepolisan Gerak Khas (sejak 2004).[2]
C. Kumaresan | |
---|---|
குமரேசன் சின்னாயா | |
Kelahiran | Kumaresan a/l Chinnaya 9 September 1974 |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 2004–kini |
Anak | 2 |
KerjayaSunting
Beliau memulakan kerjaya lakonan menerusi siri drama kepolisan Gerak Khas, memegang watak sebagai DSP Kumar.[3] Beliau (sejak ketiadaan Angeline Tan dan Nancie Foo) ialah satu-satunya pelakon bukan Melayu bukan Islam yang berlakon dalam Gerak Khas. Selain itu, Kumaresan menduduki kerusi pengarah menerusi filem Maindhan yang ditayangkan pada Ogos 2014. Beliau juga memegang watak pembantu sebagai ASP Kumar dalam filem cereka sains 2016, Desolasi arahan Syafiq Yusof.
Dari 27 hingga 31 Ogos 2017, beliau memegang watak sebagai Suppiah dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan. Kumaresan juga memegang sebagai Murali dalam filem Dukun arahan Dain Said.
Beliau mengarahkan drama adaptasi novel karya Zulkifli Ahmad Idrus, Mata Ketiga yang memulakan tayangan perdana di Tonton pada 31 Oktober 2018, dibintangi oleh Hafeez Mikail, Mustaqim Bahadon, Isyariana Che Azmi dan Dayana Roza.[4]
Kehidupan peribadiSunting
C. Kumaresan dilahirkan dan dibesarkan di Klang, Selangor. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua anak.[petikan diperlukan]
FilemografiSunting
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2008 | Uruvam | Filem pertama | |
2010 | Undercover Rascals | ||
2014 | Maindhan | Dev | Juga sebagai pengarah dan penerbit |
2016 | Mayangaathey | Aravind | |
Desolasi | ASP Kumar | ||
Warna Cinta Impian | Pengarah aksi | ||
2018 | Dukun | Murali | |
2019 | Ennaval | Deva |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Pelakon | Pengarah | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|
2004−2011, 2014–2020 | Gerak Khas | Ya | Ya | DSP Kumar | TV1, TV2 | |
2009–2011 | Si Capik | Ya | Tidak | Inspektor Mohan | TV2 | Penampilan khas |
2012–2013 | Metro Skuad | Ya | Ya | Gopal | Pelakon undangan dalam episod: "Jejak di Beijing" | |
2017 | Anak Merdeka | Ya | Tidak | Suppiah | Astro Prima | |
2018 | Mata Ketiga | Tidak | Ya | Tonton | Adaptasi novel | |
2020–kini | Gerak Khas: The Finale | Ya | Ya | DSP Kumar | TV3 |
RujukanSunting
- ^ How the director of local Tamil film 'Maindhan' beat the odds The Star Online (18 September 2014). Diperoleh pada 18 September 2014.
- ^ New Season Of Police Drama Series "Gerak Khas" From Feb 14 BERNAMA. Dicapai pada 18 September 2014.
- ^ Drama bersiri Gerak Khas paling lama bertahan Utusan Malaysia (15 Oktober 2015). Diperoleh pada 31 Oktober 2015.
- ^ Budiey (26 Oktober 2018). Ini fakta yang anda perlu tahu tentang Mata Ketiga Sensasi Selebriti. Dicapai pada 4 Disember 2018.