CA-125, juga dikenali sebagai musin-16, adalah ringkasan bagi antigen barah 125 (cancer antigent 125), khususnya bagi barah ovari. CA-125 merupakan penanda tumor atau penanda bio yang mungkin meningkat dalam darah sesetengah orang yang mempunyai jenis barah yang khusus. CA-125 merupakan glikoprotein bermukus, dan hasil bagi gen MUC16.

CA-125
Pengecam
AliasMUC16, CA125, mucin 16, cell surface associated
Pengecam-pengecam luaranOMIM: 606154 HomoloGene: 133291 GeneCards: MUC16
Ortolog
SpesiesManusiaMencit
Entrez
Ensembl
UniProt
RefSeq (mRNA)

NM_024690
NM_001401501

tiada data

RefSeq (protein)

NP_078966

tiada data

Kedudukan (UCSC)Chr 19: 8.85 – 8.98 Mbtiada data
Carian PubMed[2][3]
Wikidata
Papar/Sunting data manusia

Sensitif dan pengkhususan sunting

Ia merupakan penanda yang paling dikenali bagi penyakit barah ovari, tetapi ia turut meningkat bagi barah malignant lain, termasuk yang bersasl dari endometrium, tiub fallopian, paru-paru, buah dada dan usus besar (gastrointestinal tract).

CA125 juga boleh meningkat dalam beberapa keadaan yang tidak merbahaya seperti, seperti endometriosis,[4] beberapa penyakit ovari, dan kehamilan.[5] Ia turut cenderung meningkat dengan kehadiran sebarang keradangan pada bahagian perut (abdominal), tidak kira sama ada ia benar-benar barah atau bukan.

Dengan itu, CA-125 bukanlah satu ujian khusus bagi mengesan barah, dan ia juga tidak sensitif sepenuhnya disebabkan bukan kesemua pesakit mengidap barah akah mempunyai tahap CA-125 yang meningkatit dalam darah.[6] Sebagai contoh, 79% dari kesemua barah ovari menunjukkan positif bagi peningkatan CA125, manakala bakinya tidak menunjukkan sebarang antigen sama sekali.

Kegunaan sunting

CA-125 diluluskan secara klinikal bagi menjejak tindak balas kepada rawatan dan menjangka prognosis selepas rawatan. Ia juga amat berguna bagi mengesan pengulangan bagi barah ovari. Potensi peranannya bagi pengesanan awal barah ovari dipertikaikan dan tidak diterima secara menyeluruh bagi usaha penyaringan meluas bagi wanita asymptomatik. masalah utama bagi menggunakan ujian CA-125 sebagai perkakasan penyaringan adalah ia tidak khusus dan ketidakupayaannya bagi mengesan barah peringkat awal. Operasi diperlukan bagi mengesahkan wanita dengan CA-125 meningkat mempunyai barah ovari, dengan risiko yang berkait dengan pembedahan utama. Tambahan lagi, walaupun barah disahkan dalam keadaan sedemikian, ia biasanya pada tahap akhir di mana rawatan kurang berkesan. Matlamat bagi kebanyakan pakar biologi barah adalah memajukan ujian yang boleh digunakan bagi mengesan barah pada peringkat awal, di mana kesan rawatan adalah optima.

Sejarah sunting

CA-125 pada awalnya dikesan dengan menggunakan antibodi monoclonal direka khas OC125. Dr. Robert Bast dan pasukan penyelidiknya pertama kali mengasingkan antibodi monoclonal ini pada 1981.[7]

Julat dalam barah ovari sunting

Sungguhpun ujian ini secara umum tidak dianggap berguna bagi penyaringan besar-besaran oleh masyarakat perubatan, paras yang tinggi mungkin merupakan petanda bahawa wanita tersebut perlu menerima saringan diagnostik lanjut atau rawatan. Nilai normal berbeza antara 0 hingga 35 (u/mL). Paras lebih tinggi dikalangan wanita post-menopausal biasanya menunjukkan bahawa saringan lanjut diperlukan. Bagi wanita panca-menopausal pre-menopausal, ujian ini kurang terjamin kerana nilai seringkali meningkat disebabkan punca bukan barah, dan nilai melebihi 35 tidak semestinya punca untuk dibimbangkan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c GRCh38: Ensembl release 89: ENSG00000181143 - Ensembl, May 2017
  2. ^ "Human PubMed Reference:". National Center for Biotechnology Information, U.S. National Library of Medicine.
  3. ^ "Mouse PubMed Reference:". National Center for Biotechnology Information, U.S. National Library of Medicine.
  4. ^ Bagan P, Berna P, Assouad J, Hupertan V, Le Pimpec Barthes F, Riquet M (2007). "Value of Ca 125 for diagnosis of pleural endometriosis in women with recurrent pneumothorax". doi:10.1183/09031936.00094206. PMID 17804443. Cite journal requires |journal= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  5. ^ Sarandakou A, Protonotariou E, Rizos D (2007). "Tumor markers in biological fluids associated with pregnancy". Critical reviews in clinical laboratory sciences. 44 (2): 151–78. doi:10.1080/10408360601003143. PMID 17364691.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ "Screening Asymptomatic Women for Ovarian Cancer: American College of Preventive Medicine Practice Policy". Dicapai pada 2007-09-29.
  7. ^ Bast RC, Feeney M, Lazarus H, Nadler LM, Colvin RB, Knapp RC (1981). "Reactivity of a monoclonal antibody with human ovarian carcinoma". J. Clin. Invest. 68 (5): 1331–7. PMID 7028788.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Lihat juga sunting