WZ-10 (Wuzhuang Zhisheng-10) merupakan sebuah helikopter penyerang yang dibangunkan oleh Republik Rakyat China. Walaupun peranan utamanya adalah untuk melaksanakan misi anti kereta kebal, ia juga memiliki keupayaan pertempuran di udara. Pesawat ini dibina oleh Perbadanan Industri Pesawat Changhe.

WZ-10
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Perbadanan Industri Pesawat Changhe
Penerbangan sulung 29 April 2003
Pengguna utama Tentera Pembebasan Rakyat

Pembangunan sunting

Sangat sedikit yang diketaui berkenaan sejarah pembangunan WZ-10, di mana projek ini telah dirahsiakan dengan ketat. Program ini telah bermula pada 1998 [1] bagi mengantikan helikopter WZ-9 yang sedang berkhidmat dengan Tentera Pembebasan Rakyat.

Kemungkinan lain adalah program WZ-10 telah disembunyikan di bawah program ‘’’H’’’elikopter ‘’’S’’’ederhana China (HSC)[2] yang bermula pada 1994 dengan Institut Penyelidikan 602 dan 608. Di bawah berselindung disebalik program awam, kebanyakan pengeluar helikopter utama Barat seperti Eurocopter (rekabentuk rotor,khidmat nasihat), Pratt & Whitney Kanada (turboshaft PT6C) dan Agusta Westland (transmisi) boleh memberi bantuan teknikal kepada program ini.[3] Helikopter penyerang WZ-10 akan mula memasuki perkhidmatan pada 2008.

Rekabentuk sunting

Foto terkini yang disiarkan di internet membolehkan pemerhatian umum dibuat ke atas rekabentuk WZ-10. WZ-10 memiliki tatarajah helicopter penyerang konvensional, di mana juruterbang dan pegawai sistem senjata duduk dalam kokpit susunan sebaris dan bertingkat. Rotor berbilah lima digunakan, manakala rotor ekor pula adalah empat. Dua enjin dipasang selepas kokpit belakang berserta penindas inframerah. Persenjataan terbina dalam termasuk meriam yang dipasangkan pada dagu helikopter (berkemungkinan berkaliber 30 mm) dan dua tunggul sayap bagi menyediakan tenggekan untuk persenjataan luaran. [4]

Tunggul sayap memiliki satu atau dua tenggekan, menjadikan jumlah kemungkinan tenggekan dua atau empat. Peluru berpandu anti kereta kebal mungkin dibawa dalam kumpulan dua atau empat butir, dan mungkin dari jenis HJ-9 (setanding dengan peluru berpandu TOW A.S). Terdapat kemungkinan helikopter ini juga boleh membawa peluru berpandu baru iaitu HJ-10. Ini akan meningkatkan keupayaan anti kereta kebal WZ-10 dengan ketara, disebabkan HJ-10 dipercayai adalah setanding dengan peluru berpandu Hellfire A.S.

Pengguna sunting

  Republik Rakyat China

Spesifikasi (WZ-10 - jangkaan) sunting

Ciri umum

  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 14.1 m (kaki)
  • Diameter rotor: 12.0 m [1] (kaki)
  • Tinggi: 3.85 m (kaki)
  • Ceper luas: m² (kaki²)
  • Berat kosong: 5540 kg [1] (lb)
  • Berat berisi: kg (lb)
  • Berat berguna: 1500 kg [1] (lb)
  • Berat berlepas maksimum: 6000 kg (lb)
  • Loji kuasa: 2× turboshaft [1]

Prestasi

  • Pecutan maksimum: +3 g (29 m/s²))

    Lihat juga sunting

    Pesawat setanding

    Rujukan sunting

    1. ^ a b c d e f g h i 欧美专家称中国武直10可媲美阿帕奇(组图)_新浪军事_新浪网
    2. ^ Hewson, Robert, "China’s Z-10 helicopter built on Western expertise", Jane’s Defence Weekly, 13 April 2005
    3. ^ "Jane's Helicopter Markets & Systems". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-28. Dicapai pada 2008-12-21.
    4. ^ Z-10 Attack Helicopter - SinoDefence.com

    Pautan luar sunting