CATOBAR (Catapult Assisted Take-Off But Arrested Recovery atau Catapult Assisted Take-Off Barrier Arrested Recovery) adalah sejenis sistem yang digunakan untuk melancarkan dan mendaratkan pesawat di atas sebuah kapal pengangkut pesawat. Dengan menggunakan teknik ini, sebuah pesawat akan dilepaskan dengan menggunakan sebuah manjanik-terbantu pelepasan dan mendarat di atas kapal dengan menggunakan wayar penangkap.

Bagaimana untuk berlepas
Bagaimana untuk mendarat

Meskipun sistem ini lebih mahal berbanding cara-cara lain, ia lebih fleksibel dalam operasi di atas kapal pengangkut pesawat, di sebabkan ia kurang bergantung pada unsur-unsur rekabentuk tunggal pada pesawat kepak kaku berbanding sistem-sistem seperti STOVL atau STOBAR, yang mana membolehkan beban persenjatan atau bahan api yang lebih berat boleh dibawa oleh pesawat. CATOBAR boleh melancarkan pesawat yang memiliki kekurangan kadar tujahan kepada berat, termasuk pesawat bukan tempur seperti E-2 Hawkeye dan Grumman C-2 Greyhound.[1][2][3]

Jenis sunting

Sistem manjanik yang digunakan di atas kapal pengangkut pesawat CATOBAR adalah dari jenis manjanik stim. Kelebihan utamanya adalah jumlah kuasa dan kawalan yang boleh diberikannya. Semasa [[Perang Dunia II, Tentera Laut Amerika Syarikat menggunakan manjanik hidraulik.

Tentera Laut Amerika Syarikat sedang membangunkan sebuah sistem baharu untuk melancarkan pesawat yang beroperasi di atas kapal pengangkut; di mana satu pemacu motor linear akan digunakan. Sistem ini dikenali sebagai EMALS.

Pengguna sunting

Hanya dua buah negara yang kini menggunakan sistem CATOBAR selepas pembersaraan kapal pengangkut pesawat Brazil NAe São Paulo pada bulan Februari 2017; iaitu Amerika Syarikat dengan kelas-Nimitz dan kelas-Gerald R. Ford dan Perancis dengan Charles De Gaulle.

Kelas-Gerald R. Ford akan menggunakan sistem pelancaran pesawat elektromagnetik EMALS untuk mengantikan manjanik stim.[4]

Kapal pengangkut pesawat CATOBAR aktif sunting

Kelas Foto Asal Jumlah kapal Pendorongan Sesaran Pengguna Pesawat yang dibawa Manjanik
Nimitz   Amerika Syarikat 10 Nuklear 100,020 t (220,510,000 lb)

Tentera Laut Amerika Syarikat

F/A-18 Hornet
C-2 Greyhound
E-2 Hawkeye
Stim C-13-1 atau C-13-2
Gerald R. Ford   Amerika Syarikat 1 Nuklear 100,000 t (220,000,000 lb) Tentera Laut Amerika Syarikat F-35C
E-2 Hawkeye
EMALS
Charles de Gaulle   Perancis 1 Nuklear 37,085 t (81,758,000 lb) Tentera Laut Perancis Rafale M
E-2C Hawkeye
Stim C-13-3

Pengguna berpotensi sunting

Kapal pengangkut pesawat China Type 002 yang kini dalam pembinaan di Limbungan Jiangnan akan menggunakan sebuah sistem pendorongan elektrik bersepadu yang mana membenarkan operasi manjanik elektromagnetik, menyerupai Sistem Pelepasan Pesawat Elektromagnetik (EMALS) yang digunakan oleh Tentera Laut A.S.[5][6]

INS Vishal, kapal pengangkut pesawat kedua yang diperbuat India dari kelas-Vikrant, dirancang akan memiliki sesaran 65,000 tan dan akan menggunakan sistem EMALS yang dibangunkan oleh General Atomics untuk menyokong operasi pesawat pejuang yang lebih besar, pesawat AEW dan UCAV yang tidak boleh dilancarkan dengan menggunakan sebuah tanjakan lompatan ski STOBAR.[7]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "How Effective Will China's Carrier-Based Fighters Be?".
  2. ^ "US-India Collaboration on Aircraft Carriers: A Good Idea?".
  3. ^ "Indian Navy seeks EMALS system for second Vikrant-class aircraft carrier".
  4. ^ "Gerald R Ford Class (CVN 78/79)". naval-technology.com. Dicapai pada 15 January 2014.
  5. ^ Minnie Chan (1 November 2017). "Breakthrough to power most advanced jet launch system on China's second home-grown aircraft carrier". South China Morning Post.
  6. ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-11. Dicapai pada 2018-01-01. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)CS1 maint: archived copy as title (link)
  7. ^ "Indian Navy seeks EMALS system for second Vikrant-class aircraft carrier".