CEO merupakan sebuah filem komedi bebas Malaysia 2014 arahan Razaisyam Rashid, dibintangi oleh Remy Ishak, Beto Kusyairy dan Cristina Suzanne sebagai pelakon utama dengan Dato' Jalaluddin Hassan, Deanna Yusof dan Taqim Zaki sebagai pelakon pembantu. Filem ini mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan 'dunia'; Adam (Remy Ishak) ialah seorang CEO sebuah empayar korporat yang berjaya (ALAM Group) dan Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar piza lepasan UiTM. Gara-gara berlakunya satu insiden, kehidupan mereka berdua bertukar antara satu sama lain. Filem ini telah ditayangkan kepada pada umum 12 Jun 2014.[2][3][4]

CEO
Poster CEO.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahRazaisyam Rashid
PenerbitAbdul Razak Abdullah
PenulisNazri M. Annuar
Dibintangi oleh
Muzik olehTaja & Reza Ramsey
SinematografiPete Abdullah
Disunting olehRazaisyam Rashid
Syarikat
penerbitan
Arafilm Sdn. Bhd.
Mula ditayangkan
12 Jun 2014 (2014-06-12)
Tempoh tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 1,600,000
Pecah panggungRM 289,587[1]

PlotSunting

CEO mengisahkan dua lelaki yang berada di berlainan 'dunia'. Adam (Remy Ishak) adalah seorang CEO dalam sebuah empayar korporat yang berjaya (ALAM Group). Sufian (Beto Kusyairy) seorang penghantar pizza lepasan UiTM yang cita-cita jangka panjangnya adalah mahu bermain pool selepas waktu bekerja. Sufian sering diperlekehkan Puan Suraya (Tania Zainal), majikan restoran piza. Firdaus (Taqim Zaki) anak saudara kepada Tan Sri (Dato' Jalaluddin Hassan) pula merupakan pesaing ketat Adam.

Ketika Adam bertemujanji dengan kekasihnya, Adam bertemu dengan Aloy (Anas Ridzuan) yang cuba menjual kasut kepadanya. Adam menghalau Aloy dan beg tangan kekasihnya telah diragut. Adam mengejar peragut tersebut sebelum peragut itu bertembung dengan Sufian. Peragut itu berjaya mloloskan diri dan beg tangan tersebut jatuh ke tangan Sufian. Niat baik Sufian untuk memulangkan semula beg tangan tersebut telah menyebabkan dirinya dituduh sebagai peragut oleh Adam. Sufian terpaksa bermalam di lokap.

Keesokkannya, Adam telah dituduh sebagai dalang kes kehilangan aset syarikat oleh peguam syarikat, Zara (Deanna Yusof). Hartanya dibekukan dan jawatannya dilucutkan manakala Zara telah membayar ikat jamin Sufian. Sufian dikejutkan dengan hakikat bahawa dirinnya merupakan pewaris kepada seorang pak cik yang menguasai syarikat ALAM Group. Nina (Cristina Suzanne), bekas setiausaha Adam ditugaskan untuk membantu Sufian menyesuaikan diri sebagai CEO, menggantikan Adam. Adam, yang masih terpingga-pingga akan nasib malang menimpa dirinya, telah meminta bantuan Aloy menyelesaikan misteri ini. Sufian pula, yang menerima durian runtuh, menikmati kesemua kemewahan bekas milik Adam bersama-sama rakan-rakannya, Husin (Fasyali Fadzly), Reza (Naque Ariffin) dan Syai (Kirin Muhammad).

Ketika Sufian meneroka pejabat bersama-sama Nina, mereka terperangkap di dalam pejabat Tan Sri dan telah terdengar perbualan Dato' bersama Firdaus akan perbuatan mereka menyingkirkan Adam kerana cuba mendedahkan rasuah yang berlaku dalam syarikat. Sufian dan Nina bertemu dengan Adam untuk menceritakan perkara yang sebenar di sebalik pemecatannya. Mereka bertiga kemudiannya berjaya mendedahkan perbuatan jahat Dato' kepada pihak polis. Penghujungnya, mereka menjadi pemilik Spa, perkongsian bersama antara Suffian, Adam, Nina, Aloy dan kawan Suffian.

PelakonSunting

Ulasan kritisSunting

Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif mengenai filem ini. Kemalia Othman dari mstar memuji jalan cerita serta persembahan dari Remy Ishak.[5] Portal hiburan Gua.com.my pula memuji sinematografi filem ini.[6] Utusan Malaysia mengatakan "CEO bukan cerita korporat biasa."[2] Portal hiburan Ohbulan.com merumuskan filem ini dalam tiga perkataan, "Kelakar,spontan dan bijak."[7] Portal hiburan Rotikaya.com pula berpendapat filem ini "sebuah filem bertih jagung tempatan yang menghiburkan tanpa memaksa untuk ketawa pada tempat yang kena."[8] Diyana AR dari portal kehidupan, TheVocket.com pula menyenaraikan filem ini sebagai "9 Filem Terbaik Malaysia 2014".[9]

Anugerah dan pencalonanSunting

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014[10] Filem Terbaik Abdul Razak Abdullah Tercalon
Pengarah Terbaik Razaisyam Rashid Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Beto Kusyairy Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anas Ridzuan Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Deanna Yusof Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-27[11] Pengarah Harapan Razaisyam Rashid Tercalon
Pelakon Harapan Lelaki Anas Ridzuan Tercalon

RujukanSunting

  1. ^ "Kutipan CEO mengecewakan". Utusan Malaysia. 29 Jun 2014. Diarkib daripada yang asal pada 18 Disember 2014. Dicapai pada 14 Jun 2015.
  2. ^ a b "CEO cerita korporat Melayu". Utusan Malaysia. 5 Jun 2014. Diarkib daripada yang asal pada 9 Ogos 2018. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  3. ^ Norhayati Nordin (30 Mei 2014). "Mesej kehidupan dalam CEO". Harian Metro. Diarkib daripada yang asal pada 12 November 2014. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  4. ^ Faten Saphilla Mohamed Isa (10 Jun 2014). "Komedi bijak dalam CEO". Kosmo!. Diarkib daripada yang asal pada 12 November 2014. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  5. ^ "CEO papar komedi ringan". mStar Online. 11 Jun 2014. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  6. ^ "CEO, kombinasi elemen komedi korporat". Yahoo! News. 11 Jun 2014. Dicapai pada 14 Jun 2014.
  7. ^ "Filem CEO, evolusi baru filem komedi tempatan". Oh! Bulan. 11 Jun 2014. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  8. ^ "Filem Minggu Ini: CEO". Rotikaya. 17 Jun 2014. Dicapai pada 20 Jun 2014.
  9. ^ Diyana AR (31 Disember 2014). "9 filem terbaik Malaysia bagi tahun 2014". The Vocket. Dicapai pada 20 Jun 2014.
  10. ^ "Psiko Pencuri Hati, Kolumpo tambat hati pengkritik filem". Astro Awani. 12 September 2014. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  11. ^ http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/691125/jom-check-it-out-24-kategori-pencalonan-akhir-ffm27

Pautan luarSunting