Skim CEPT atau Common Effective Preferential Tariff (CEPT) dalam Bahasa Inggeris, adalah satu persetujuan kerjasama di antara negara-negara anggota ASEAN yang akan mengurang tarif setempat dan menghapuskan halangan bukan tarif dalam 15 tahun mulai 1 Januari 1993. Matlamat skim ini adalah untuk mengurangkan tarif-tarif dalam semua barang dagangan pembuatan kepada 0-5% menjelang tahun 2008.

Skim CEPT adalah mekanisme utama untuk menjadikan ASEAN sebagai satu kawasan perdagangan bebas dalam 15 tahun. Ini bermakna negara-negara anggota ASEAN perlu mempunyai tarif-tarif milimewa berkesan antara mereka dalam AFTA manakala penetapan tahap tarif-tarif untuk negara-negara bukan ASEAN akan diteruskan secara berasingan.

Produk yang Terlindung Bawah Skim CEPT sunting

Semua produk pembuatan, termasuk barangan modal dan produk pertanian yang telah diproses, serta produk yang selain daripada produk jenis pertanian adalah terlindung oleh Skim CEPT. Produk-produk pertanian adalah terkecuali daripada Skim CEPT.

Definasi produk pertanian sunting

  • bahan-bahan mentah pertanian dan produk-produk pertanian yang belum diproses terlindung bawah bab-bab 1-24 Kod Sistem Berharmoni;
  • produk-produk yang telah melalui pemprosesan mudah dengan perubahan bentuk yang minimum daripada produk-produk asli.

Pengecualian yang Dibenarkan sunting

Terdapat 3 contoh di mana suatu produk dibenarkan terkecuali daripada Skim CEPT:

Pengecualian Am sunting

  • Sesebuah negara anggota boleh mengecuali sesuatu produk yang dianggap perlu sebagai perlindungan untuk keselamatan negara, perlindungan moral masyarakat, perlindungan nyawa dan kesihatan manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan, serta perlindungan benda-benda seniman, bersejarah atau bernilai secara arkeologi. Peruntukan Pengecualian Am dalam Perjanjian CEPT adalah konsisten dengan Artikel X Perjanjian Am dalam Perdagangan dan Tarif-tarif (GATT).

Pengecualian Sementara sunting

  • negara-negara anggota yang belum bersedia untuk memasukkan produk-produk sensitif tertentu dalam Skim CEPT dalam jangka masa yang pendek boleh mengecualikan produk-produk tersebut buat sementara. Produk-produk dalam Senarai-senarai terkecuali tidak boleh menikmati tarif CEPT daripada negara-negara anggota ASEAN yang lain. Senarai-senarai Terkecuali tidak boleh berkait dengan produk-produk yang terlindung bawah peruntukan Pengecualian Am dalam apa jua.
  • Senarai Terkecuali CEPT akan ditinjau semula. Dalam peninjauan, usaha-usaha akan dibuat untuk membatalkan produk-produk dalam Senarai Terkecuali CEPT dan menakluk produk-produk tersebut kepada satu jadual pengurangan tarif bagi menurunkan tarif-tarif kepada 0-5% dalam 7 tahun yang tinggal.

Produk-produk Pertanian yang Belum Diproses sunting

  • Produk-produk pertanian yang ditakrif dalam Skim CEPT.

Program Pengurangan Tarif sunting

Terdapat 2 program pengurangan tarif bawah Skim CEPT:

Program Salur Cepat sunting

1) Tarif yang lebih daripada 20% akan dikurangkan kepada 0-5% dalam 10 tahun, yakni menjelang 1 Januari 2003;
2) Tarif yang sama dan kurang daripada 20% akan dikurangkan kepada 0-5% dalam 7 tahun, yakni menjelang 1 Januari 2000;
3) Meliputi Sebanyak 15 kumpulan barang keluaran dimasukkan dalam Skim CEPT untuk pengurangan tarif yang dipercepatkan oleh Sidang Kemuncak ASEAN Ke-4, iaitu:-

  • minyak sayur
  • simen
  • bahan kimia
  • farmaseutikal
  • baja
  • plastik
  • produk getah
  • produk kulit
  • tekstil
  • produk seramik dan kaca
  • batu permata
  • katod kuprum
  • elektronik
  • perabot kayu dan rotan

Program Salur Biasa sunting

  • Tarif yang lebih daripada 20% akan dikurangkan dalam 2 tahap:
    • kepada 20% dalam 5 hingga 8 tahun (sebelum 1 Januari 2001); dan
    • kepada 0-5% dalam 7 tahun mengikut jadual yang disetujui menjelang 1 Januari 2008.
  • tarif-tarif 20% dan ke bawah akan dikurangkan kepada 0-5% dalam 10 tahun (sebelum 1 Januari 2003)