CMA CGM Medea ialah sebuah kapal kontena milik syarikat perkapalan CMA CGM dari Perancis. Ia merupakan antara kapal kontena terbesar di dunia. Kapal ini dibina di limbungan Hyundai Heavy Industries di Korea Selatan pada tahun 2006.

Sejarah
Flag of France
Nama: CMA CGM Medea
Pengguna: CMA CGM
Dilancarkan: 2006
Status: Dalam perkhidmatan
Nota:
  • Tanda pengenalan: FMFR
  • Nombor IMO: 9299800
  • MMSI: 635010200
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal kontena
Berat (tan):
Panjang: 350 m (1,150 ka)
Lunas: 43 m (141 ka)
Draft: 14.5 m (48 ka)
Jana kuasa: Enjin Man B&W 12K98MC
Halaju:
  • 25.4 knot (47 km/j) (maksimum)
  • 23.2 knot (43 km/j) (pelayaran biasa)
Kapasiti: 9,415 TEU

Enjin sunting

Enjin utama CMA CGM Medea ialah Man B&W 12K98MC yang menghasilkan kelajuan biasa pada 23.2 knot, dan kelajuan maksimum sehingga 25.4 knot. Selain itu, kapal ini dipasang dengan 2 penujah haluan dengan kuasa 2,500 kW setiap satu bagi memudahkan pengendalian di pelabuhan.

Alatan anjungan sunting

CMA CGM Medea dilengkapi dengan alatan moden untuk memplot kedudukan kapal. Alatan anjungan seperti GPS, dGPS, AIS dan ARPA, membolehkan kedudukan kapal diplot dengan ketepatan 100 meter. Sistem carta elektronik - ECDIS memplot kedudukan kapal pada carta secara automatik. Maklumat dari AIS, ARPA dan Radar digunakan untuk membolehkan anak kapal memplot kedudukan kapal lain di sekitarnya.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting