COMDEX (bahasa Inggeris: Computer Dealer's Exhibition) ialah sebuah pameran komputer yang diadakan di Las Vegas, Nevada, A.S. setiap November dari 1979 hingga 2003. Ia merupakan salah satu pameran komputer terbesar di dunia, biasanya cuma kalah deng CeBIT di Jerman. COMDEX pertama kali diadakan pada 1979 di hotel MGM Grand (kini Bally's), dengan 167 peserta dan 3904 pengunjung. Pada 1981, COMDEX/Spring pertama diadakan di bandar raya New York.

Sejak 2000, syarikat besar seperti IBM, Apple dan Compaq (kini dibeli oleh Hewlett-Packard) memutuskan tidak mengikut COMDEX disebabkan biaya dan penurunan kualiti. Pada Jun 2004, COMDEX secara rasmi menunda pameran 2004 disebabkan kekurangan peserta kelas berat. Sejak itu COMDEX telah dibatalkan dan digantikan dengan Interop.

Pautan luar sunting