COSCO Guangzhou ialah antara kapal kontena terbesar di dunia. Ia dibina oleh syarikat perkapalan COSCO di limbungannya sendiri pada tahun 2006. Kapal ini mempunyai kapasiti kargo 9.500 TEU dan laluan utamanya adalah antara China, India, Jepun, Eropah Barat dan Amerika Syarikat.

Sejarah
Flag of Greece
Nama: COSCO Guangzhou
Pengguna: COSCO
Pembina: Hyundai Heavy Industries
Dilancarkan: 2006
Status: Dalam perkhidmatan
Nota:
  • Tanda pengenalan: SYIE
  • Nombor IMO: 9305570
  • MMSI: 240475000
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal kontena
Berat (tan):
Panjang: 350 m (1,150 ka)
Lunas: 43 m (141 ka)
Draft: 11.5 m (38 ka)
Jana kuasa:
Halaju:
  • 25.6 knot (47 km/j) (maksimum)
  • 24.5 knot (45 km/j) (pelayaran biasa)
Kapasiti: 9,500 TEU

Reka bentuk sunting

Kapal ini direka dengan beberapa pembaharuan, termasuk jenis cat yang lebih tahan air. Penggunaan bahan api dan minyak pelincir juga 4% lebih rendah dari kapal lain yang sama saiz.

Alatan anjungan sunting

Ini termasuk AIS, GPS, dGPS dan ARPA, serta sistem carta elektronik yang digunakan untuk memplot posisi kapal di dalam carta secara automatik. Sistem berkomputer juga digunakan untuk membantu dalam pemuatan dan pemunggahan kargo.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

Pautan luar sunting