Club de Regatas Vasco da Gama (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈvaʃku dɐ ˈɡɐ̃mɐ], Kelab Lumba Dayung Vasco da Gama), selalunya dikenali sebagai Vasco da Gama, ialah sebuah kelab aneka sukan dari Rio de Janeiro, Brazil. Ia ditubuhkan pada 21 Ogos 1898 (walaupun bahagian bola sepak dimulakan pada 5 November 1915), oleh pendatang Portugis, dan ia masih disokong oleh komuniti Portugis di Rio de Janeiro. Ia merupakan salah satu kelab terpopular di Brazil dengan seramai 10 juta orang penyokong.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ "Flamengo e Corinthians lideram levantamento de torcidas no país – UOL Esporte". Dicapai pada 18 November 2013.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.