Cili

(Dilencongkan dari Cabai)

Cili (Jawi: چيلي), lada (Jawi: لادا), cabai (Jawi: چاباي) atau nama saintifiknya Capsicum spp. ialah sejenis sayuran berbuah daripada keluarga Solanaceae[3] terdiri daripada pelbagai spesies dan varieti tumbuhan yang mengeluarkan buah memberikan rasa pedas hasil kandungan kapsaisin[4] sehinggakan sangat diingini dalam masakan sebagai rempah.

Cili
Cabai
Lada
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Genus:
Varieti and Kultivar
Sinonim[2]
Synonymy
  • Capsicum buforum Salisb.

Ia dipercayai berasal dari penanaman baka liar di Mexico[5] dan Amerika Selatan.[6] Ia disebarkan meluas serata dunia selepas diperkenalkan para pelayar Eropah di Asia dan Eropah pada abad-abad ke-15 dan 16, di mana ia menjadi kegemaran banyak masyarakat sedunia terutamanya di kawasan beriklim tropika yang menerapkan dalam masakan dan perubatan setempat.[7][8]

Peristilahan sunting

Nama "cili" berasal dari nama setempat tumbuhan ini dalam bahasa Nahuatl iaitu chīlli.

Nama "lada" (turunan kata akar Proto-Austronesia *lajaq "memedihkan, memijar"[9]) merupakan asas kepada nama rempah lada hitam dan lada putih kerana rasa pedasnya, walaupun ia adalah spesis yang berlainan sama sekali. Nama ini juga sewarisan dengan kata serupa makna dalam bahasa-bahasa serumpun seperti lado dalam bahasa Minangkabau[10][11] (yang turut dilanjutkan dalam loghat Negeri Sembilan).

"Cabai" (atau "cabe"[10]) lebih digunakan di kawasan utara Semenanjung Melayu dan Riau dalam Indonesia. Nama ini pada asalnya dikaitkan khusus dengan suatu tumbuhan rempah lebih tepatnya bernama "cabya" yang mana ia mempunyai ciri rasa pedas yang boleh ditambahkan pada makanan setempat; catatan mengenai rempah ini ada tertulis dalam manuskrip Jawa sejak abad ke-10 Masihi.[12] Apabila tumbuhan chīlli yang diperkenalkan dari Dunia Baru ini menjadi disukai masyarakat serata Nusantara, maka nama "cabya" ini makin lama makin beralih kepada tumbuhan tersebut kerana kemiripan ia sambil "cabai jawa" disempitkan kegunaannya kepada fungsi khusus seperti membuat jamu.[12]

Sejarah sunting

Buah rempah cili mula dikenali masyarakat Amerika purba sejak sekitar 7500 tahun sebelum Masihi. Ia merupakan tanaman tertua yang dihasilkan di benua-benua Amerika di mana bentuk liar tumbuhan-tumbuhan asal dipilih secara langsung;[6] penanaman terawal cili dapat ditemukan dari peninggalan di timur tengah Mexico 6,000 tahun dahulu.[13][14] Terdapat bukti juga tapak penemuan arkeologi yang terletak di barat daya Ecuador yang menjadikan cili sebagai makanan sejak 600 tahun lalu,[15][16] dan ia merupakan salah satu dari kawasan penanaman cili yang terpenting di benua Amerika pada ketika itu sebagai ladang cili.

Ia diperkenalkan ke benua Asia melalui para pedagang Portugis yang melihat ia sebagai bahan tukaran yang berbaloi daripada rasanya yang mirip lada hitam yang ada didagangkan seluruh rantau tersebut.[6][17][18] Cili dibawa ke tanah India pada kurun ke-15.[19]

Morfologi sunting

Cili adalah sejenis tanaman yang tumbuh menegak, berakar tunjang, batang bercabang berwarna hijau (buku batang berwarna hijau atau ungu bergantung kepada kultivar cili), dan daun berwarna hijau muda ke hijau tua dan berbentuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar).

Bunga cili berkelopak lima dengan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buah pula berbentuk tirus memanjang.

Rujukan sunting

  1. ^ "Cili". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat.
  2. ^ "Capsicum annuum L. — The Plant List". www.theplantlist.org.
  3. ^ "HORT410. Peppers – Notes". Purdue University Department of Horticulture and Landscape Architecture. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-26. Dicapai pada 20 October 2009. Common name: pepper. Latin name: Capsicum annuum L. ... Harvested organ: fruit. Fruit varies substantially in shape, pericarp thickness, color and pungency.
  4. ^ https://www.majalahsains.com/cili-rasa-pijar-kimia-menjelaskan/
  5. ^ Kraft, KH; Brown, CH; Nabhan, GP; Luedeling, E; Luna Ruiz, Jde J; Coppens; d'Eeckenbrugge, G; Hijmans, RJ; Gepts, P (4 Disember 2013). "Multiple lines of evidence for the origin of domesticated chili pepper, Capsicum annuum, in Mexico". Proceedings of the National Academy of Sciences. 111 (17): 6165–6170. Bibcode:2014PNAS..111.6165K. doi:10.1073/pnas.1308933111. PMC 4035960. PMID 24753581.
  6. ^ a b c Bosland, P.W. (1998). "Capsicums: Innovative uses of an ancient crop". Dalam J. Janick (penyunting). Progress in New Crops. Arlington, VA: ASHS Press. m/s. 479–487. Dicapai pada 23 December 2010.
  7. ^ Simon Robinson (14 Jun 2007). "Chili Peppers: Global Warming". Time Magazine. Dicapai pada 25 Mei 2019.
  8. ^ John McQuaid (20 Februari 2015). "What's driving the global chili pepper craze?". Forbes Media. Dicapai pada 25 May 2019.
  9. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*lajaq: pepper; to sting, of a wound or spices in food". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 19 November 2022.
  10. ^ a b "Cabai". Ensiklopedia tanaman obat tradisional. MedPress. 2008. m/s. 52.
  11. ^ "lado". Kamus Minangkabau-Indonesia. Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan. 1985. m/s. 155.
  12. ^ a b Sherly Puspita (12 Jun 2019). "Mengenal Cabya, Nenek Moyang Cabai di Nusantara". Kompas. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  13. ^ Kraft, K. H.; Brown, C. H.; Nabhan, G. P.; Luedeling, E.; Luna Ruiz, J. D.; Coppens d'Eeckenbrugge, G.; Hijmans, R. J.; Gepts, P. (2014). "Multiple lines of evidence for the origin of domesticated chili pepper, Capsicum annuum, in Mexico". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 111 (17): 6165–6170. Bibcode:2014PNAS..111.6165K. doi:10.1073/pnas.1308933111. PMC 4035960. PMID 24753581.
  14. ^ "Birthplace of the domesticated chili pepper identified in Mexico". EurekaAlert, American Association for the Advancement of Science. 21 April 2014.
  15. ^ Perry, L. et al. 2007. Starch fossils and the domestication and dispersal of chili peppers (Capsicum spp. L.) in the Americas. Science 315: 986-988. Link.
  16. ^ "Chillies heated ancient cuisine". BBC News. 16 February 2007. Dicapai pada 16 February 2007.
  17. ^ Bosland, Paul W.; Votava, Eric (2000). Peppers: Vegetable and Spice Capsicums (dalam bahasa Inggeris). New York City: CABI. m/s. 1. ISBN 9780851993355. Dicapai pada 29 November 2018.
  18. ^ Collingham, Elizabeth (February 2006). Curry. Oxford University Press. ISBN 978-0-09-943786-4.
  19. ^ N.Mini Raj; K.V.Peter E.V.Nybe (1 January 2007). Spices. New India Publishing. m/s. 107–. ISBN 978-81-89422-44-8.