Cabak tenggara (burung)

Cabak tenggara (Antrostomus carolinensis) ialah spesies tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia kebanyakannya ditemui di tenggara Amerika Syarikat dengan populasi terputus di Long Island (New York), Ontario (Kanada), dan Tanjung Cod, (Massachusetts)berhampiran paya, tanah tinggi berbatu, dan hutan pain. Ia berhijrah ke Hindia Barat, Amerika Tengah, dan barat laut Amerika Selatan.

Cabak tenggara
Betina
Seruan

Terlindung  (NatureServe)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Antrostomus
Spesies:
A. carolinensis
Nama binomial
Antrostomus carolinensis
(Gmelin, JF, 1789)
     Membiak     Menetap     Bukan membiak
Sinonim

Caprimulgus carolinensis

Taksonomi sunting

Ia telah diperihalkan rasminya pada tahun 1789 oleh semulajadiman Jerman Johann Friedrich Gmelin dalam Systema Naturae (karya Carl Linnaeus) suntingannya yang disemak dan diperluaskan. Beliau menyusunkannya bersama semua tukang lain dalam genus Caprimulgus dan mencipta nama binomial Caprimulgus carolinensis.[3] Gmelin mengasaskan pemerihalannya pada pengarang terdahulu termasuklah "Penyedut-kambing Carolina" yang telah diperihalkan dan digambarkan oleh semulajadiman Inggeris Mark Catesby dalam The Natural History of Carolina, Florida and the Bahama Islands yang diterbitkan antara 1729 dan 1732.[4] Ia kini ditempatkan bersama 11 spesies lain dalam genus Antrostomus yang didirikan oleh semulajadiman Perancis Charles Bonaparte pada tahun 1838.[5][6] Nama genusnya menggabungkan antron dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "gua" dan stoma yang bermaksud "mulut". Epitet spesiesnya carolinensis adalah daripada toponim Carolina.[7] Ketempatan jenisnya ialah South Carolina.[8] Spesies tersebut ialah ekajenis: tiada subspesies yang diiktiraf.[6]

Nama lazimnya dalam bahasa Inggeris "chuck-will's-widow" ialah onomatopoeia daripada seruannya.[9] Nama silihannya dalam bahasa Inggeris termasuklah "chuckwuts-widow" dan "chip-fall-out-of-a-oak".[10]

Ia kadangkala dikelirukan dengan Antrostomus vociferus yang lebih dikenali,[11] kerana seruannya mirip dan namanya luar biasa. Walaupun agak berkait rapat, ia merupakan dua spesies yang berbeza.

Pemerihalan sunting

Ia mempunyai paruh pendek dan ekor panjang. Bahagian bawahnya berbelak perang, tekaknya kuning pucat, bulunya perang kemerahan berjalur hitam, dan terdapat corak perang dan putih pada kepala dan dadanya. Jantan mempunyai tompok putih pada bulu ekor luarnya. Ia ialah tukang terbesar di Amerika Utara. Panjangnya antara 28 hingga 33 cm (11 hingga 13 in). Lebar sayapnya antara 58 hingga 66 cm (23 hingga 26 in). Jisim badannya dari 66 hingga 188 g (2.3 hingga 6.6 oz).[12] Rentas sayapnya ialah 20.1 hingga 22.5 cm (7.9 hingga 8.9 in), ekornya ialah 13 hingga 15.1 cm (5.1 hingga 5.9 in), paruhnya ialah 1.1 hingga 1.4 cm (0.43 hingga 0.55 in), dan tarsusnya ialah 1.5 hingga 1.9 cm (0.59 hingga 0.75 in).[13]

Seruannya yang berulang-ulang sering kedengaran pada waktu malam. Bunyinya terdiri daripada satu tubian seruan dengan nada tengah bergetar antara dua nada lebih pendek, tidak banyak berubah dalam rani.[14] Ia lebih perlahan, berani rendah, dan kurang menusuk berbanding seruan A. vociferus.

Tingkah laku dan ekologi sunting

Diet sunting

Ia makan kebanyakannya serangga, terutamanya yang giat pada waktu malam seperti rama-rama, kumbang, dan semut bersayap. Ia juga akan memakan burung kecil dan kelawar, menelan keseluruhannya.[15][16]

Pembiakan sunting

Telur dihasilkan terus ke atas longgokan daun mati di tanah. Telurnya berwarna jambu dengan tompok perang dan gandaria dan diieram oleh betina.

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2020). "Antrostomus carolinensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2020: e.T22689778A154067182. doi:10.2305/IUCN.UK.2020-3.RLTS.T22689778A154067182.en. Dicapai pada 13 November 2021.
  2. ^ "NatureServe Explorer 2.0". explorer.natureserve.org. Dicapai pada 5 November 2022.
  3. ^ Gmelin, Johann Friedrich (1789). Systema naturae per regna tria naturae : secundum classes, ordines, genera, species, cum characteribus, differentiis, synonymis, locis (dalam bahasa Latin). 1, Part 1 (ed. 13th). Lipsiae [Leipzig]: Georg. Emanuel. Beer. m/s. 1028.
  4. ^ Catesby, Mark (1729–1732). The Natural History of Carolina, Florida and the Bahama Islands (dalam bahasa English dan French). 1. London: W. Innys and R. Manby. m/s. 8, Plate 8.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ Bonaparte, Charles Lucian (1838). A Geographical and Comparative List of the Birds of Europe and North America. London: John Van Voorst. m/s. 8.
  6. ^ a b Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (January 2022). "Frogmouths, Oilbird, potoos, nightjars". IOC World Bird List Version 12.1. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 8 July 2022.
  7. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London: Christopher Helm. m/s. 50, 92. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  8. ^ Peters, James Lee, penyunting (1940). Check-List of Birds of the World. 4. Cambridge, Massachusetts: Harvard University Press. m/s. 197.
  9. ^ Straight, C.A.; Cooper, R.J. (2020). Poole, A.F. (penyunting). "Chuck-will's-widow (Antrostomus carolinensis), version 1.0". Birds of the World. Ithaca, NY, USA: Cornell Lab of Ornithology. doi:10.2173/bow.chwwid.01. Dicapai pada 8 July 2022.
  10. ^ Cleere, Nigel (2010). "Appendix 2 – Alternative English Names". Nightjars, Potoos, Frogmouths, Oilbird and Owlet-nightjars of the World. Old Basing: WILDGuides. m/s. 443–447. ISBN 978-1-903657-07-2.
  11. ^ For example, Henninger (1906) combines the old scientific name of C. carolinensis with the common name "Whip-poor-will".
  12. ^ Chuck Wills Widow.
  13. ^ Holyoak, D.T. (2001): Nightjars and their Allies: the Caprimulgiformes.
  14. ^ "Call recording". www.floridamuseum.ufl.edu. Dicapai pada Dec 21, 2022.
  15. ^ Owre, Oscar (September 1967). "Predation by the Chuck-will's-widow upon migrating warblers" (PDF). Wilson Bulletin. 79 (3): 342.
  16. ^ Thayer, Gerald H (1899). "The Chuck-will's-widow on shipboard" (PDF). The Auk. 16 (3): 273–276. doi:10.2307/4069463. JSTOR 4069463.

Sumber sunting