Drama Cahaya Hati merupakan sebuah drama Rashid Sibir yang menemui penonton mulai 24 Jun 2007 jam 10 malam melalui slot Cerekarama di TV3. Gandingan tiga tunjang utama - Eja, Fahrin Ahmad dan pendatang baru yang semakin melonjak naik, Aaron Aziz menjadi kekuatan drama ini. Selain itu, drama ini turut dibintangi Normah Damanhuri dan Aqasha.

Drama ini memulakan penggambaran awal Jun 2007 di sekitar Lembah Klang. Cahaya Hati adalah hasil garapan kreatif pengarah, Rashid Sibir dan diterbitkan Rasbir Media Sdn Bhd.

Sinopsis

sunting

Ia mengisahkan percintaan antara tiga hati - Jay, Ayu dan Jeffri. Ketiga-tiga mereka mempunyai karektor tersendiri dan saling berhubung kait. Perkenalan antara mereka terjadi apabila suatu hari, Jay yang bekerja sebagai jurugambar mengambil gambar seorang gadis cantik di tepi tasik. Jay tidak mengetahui gadis itu cuba untuk membunuh diri, tiba-tiba gadis itu terjun ke dalam tasik, lalu Jay terus terjun dan menyelamatkan gadis berkenaan.

Sejak peristiwa itu, Jay mula menjadi rapat dengan gadis itu yang bernama Ayu. Jay menyerahkan gambar Ayu kepada rakannya, Jeffri yang berkerja di agensi model. Jeffri begitu tertarik dengan keterampilan Ayu dan mengubahnya sehingga menjadi peragawati terbaik di agensi itu.

Bermula saat itu, Ayu mengorak langkah kehidupannya sebagai peragawati dan Jay bertindak sebagai jurugambar. Namun, semuanya berubah apabila Rahim meluahkan perasaan cintanya terhadap Ayu. Jay menyedari perkara itu dan mula menjauhkan diri daripada Ayu.

Ayu menolak cinta Jeffri dan mengakui cintanya hanya milik Jay. Jeffri sangat marah apabila mengetahui hal itu dan akibat perasaan cemburu yang menguasai diri, Jeffri mengambil keputusan drastik dengan menamatkan kontrak Jay.

Jeffri tetap tidak berputus asa walaupun mengetahui cintanya bertepuk sebelah tangan. Dia cuba melamar Ayu untuk menjadi isterinya. Ayu yang tidak berpuas hati dengan tindakan Jay menjauhkan diri daripadanya, pergi mendapatkan Jay untuk meminta penjelasan.

Jay berterus-terang bahawa dia juga menyintai Ayu tetapi dia berasa dirinya serba kekurangan jika dibandingkan Jeffri yang lebih layak untuk menjaga Ayu. Selepas mengadakan perbincangan, Ayu dan Jay kembali berbaik selepas menyedari perasaan timbul antara satu sama lain.

Namun, satu kejadian menimpa Ayu hingga menyebabkan cinta ke tiga-tiga insan ini teruji lagi.