Call of Duty: Black Ops

Call of Duty: Black Ops ialah permainan video penembak orang pertama yang dibangunkan oleh Treyarch, diterbitkan oleh Activision dan telah dikeluarkan pada tarikh 9 November 2010 untuk Microsoft Windows, Xbox 360, PlayStation 3,Wii dan Nintendo DS (versi berasingan dibangunkan oleh n-Space). Permainan ini secara rasmi telah diumumkan pada tarikh 30 April 2010. Ia ialah ansuran ketujuh daripada siri Call Of Duty dan permainan ketiga dalam siri yang dibina oleh Treyarch. Ini ialah susulan bagi judul permainan video sebelumnya iaitu Call of Duty: World at War. Ini ialah yang pertama daripada siri Call of Duty yang mana ia berlangsung dalam era Perang Dingin.

Call of Duty: Black Ops
Muka depan versi Amerika Utara
PembangunTreyarch
n-Space (DS)
PenerbitActivision
PerekaMark Lamia (pengarah studio), David Vonderhaar (pengarah seni permain berganda)
KomposerSean Murray
SiriCall of Duty
EnjinIW Engine Sunting ini di Wikidata
PlatformMicrosoft Windows, PlayStation 3, Xbox 360, Wii dan Nintendo DS
Pelepasan9 November 2010
GenrePenembak orang pertama
ModSeorang pemain, pemain berganda

Dalam masa 24 jam, permainan ini telah terjual lebih daripada 7 juta salinan, 5.6 juta di Amerika Syarikat dan 1.4 juta di United Kingdom, memecahkan rekod siri terdahulunya Call of Duty: Modern Warfare 2 sebanyak 2.5 juta salinan. Permainan ini telah dikeluarkan di Jepun pada tarikh 18 November 2010.

Sinopsis sunting

Call of Duty: Black Ops berlangsung semasa Perang Dingin pada tahun 1960-an. Kisah bertumpu pada CIA Special Activities Division (SAD) Studies and Observations Group (SOG) (awalnya dan saat ini dikenali sebagai "Special Operations Group") - yang disokong operasi hitam yang berahsia dilakukan di belakang garis musuh. Misi ini berlangsung di pelbagai lokasi di seluruh dunia seperti Gunung Ural di pusat Rusia, Cuba, Laos, dan Vietnam.

Pautan luar sunting

Rujukan sunting