Camar siput

spesies burung

Camar siput (Sterna hirundo)[2] adalah sejenis burung laut daripada keluarga Laridae. Burung ini mempunyai taburan lingkar kutub dan empat subspesiesnya membiak di kawasan beriklim sederhana dan subartik di Eropah, Asia dan Amerika Utara. Camar siput merupakan burung hijrah di mana semasa musim sejuk, burung ini akan bermigrasi ke rantau tropika dan subtropika pesisir pantai. Burung dewasanya mempunyai bahagian atas berwarna kelabu muda, bahagian bawah berwarna putih hingga kelabu muda, atas kepala berwarna hitam, kaki berwarna jingga-merah dan paruh yang runcing. Bergantung kepada subspesies paruh itu mungkin kebanyakkannya berwarna merah dengan hujung hitam atau keseluruhannya berwarna hitam. Terdapat beberapa spesies yang serupa, termasuk tern Artik simpatrik, yang boleh dipisahkan pada butiran buluan, warna kaki dan paruh, atau penyuaraan.

Camar siput
Burung camar siput dengan ikan di paruhnya
Burung camar siput dengan ikan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Sterna
Spesies:
hirundo
Nama binomial
Sterna hirundo
Linnaeus, 1758
     Pembiakan      Menetap      Tidak membiak      Laluan      Berkeliaran (musim tidak menentu)
Sinonim
  • Sterna fluviatilis Naumann, 1839

Ciri-ciri sunting

Burung Camar Siput ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Camar Siput adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Camar Siput tidak bergigi.

Pembiakan sunting

Burung Camar Siput membiak dengan bertelur. Telur Burung Camar Siput bercangkerang keras.

Galeri sunting

  Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2019). "Sterna hirundo". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (dalam bahasa Inggeris). 2019: e.T22694623A155537726. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-3.RLTS.T22694623A155537726.en. Dicapai pada 12 November 2021.
  2. ^ Allen Jeyarajasingam (2012). A Field Guide to the Birds of Peninsular Malaysia and Singapore (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. ISBN 9780199639434. OCLC 798522650. Dicapai pada 3 Julai 2022.

Pautan luar sunting


Senarai burung  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z