Canapé ialah istilah bagi sejenis hidangan pembuka selera atau dikenali sebagai tartine di Itali. Canape juga bermaksud kanopi dalam bahasa Perancis. Ia adalah hidangan yang kecil dan dihiasi dengan berbagai cara untuk menjadikan ia menarik, dipegang menggunakan tangan dan kebiasaanya dimakan dengan sekali gigit sahaja.

Selalunya Canapé dijadikan hidangan pembuka selera atau atau hidangan utama semasa majlis koktel upacara perasmian atau majlis perkahwinan di kebanyakkan Negara-negara Barat. Canapé biasanya pedas atau sedikit masin untuk menggalakkan tetamu untuk minum lebih banyak air. Disebabkan bentuknya yang kecil, ia juga sesuai untuk parti kanak-kanak.

Biskut, roti dan pastri dipotong kepada pelbagai bentuk geometri seperti bulat dan segitiga. Ia dijadikan sebagai tapak atau ‘base’ canapé manakala ‘spread’nya pula boleh dihasilkan daripada marjerin, mayonis atau mentega boleh digunakan sebagai bahan utama pelbagai jenis savory seperti daging, keju, puri dan kaviar. Selain itu, pelbagai lagi bahan boleh di gunakan kerana ia tidak terhad, sebenarnya Canapé tidak mempunyai resepi yang tetap kerana ia bergantung kepada kreativiti seseorang untuk menghasilkan Canapé.

Secara tradisionalnya Canapé di hasilkan daripada roti putih. Roti ini akan dipotong kepada potongan yang kecil. Kemudian roti ini akan di sauté, digoreng atau dibakar. Pada kebiasaanya Canapé akan dihidangkan diatas dulang khas dan dimakan diatas pinggan canapé yang lebih kecil.

Rahsia kepada penghasilan Canapé yang baik adalah terletak kepada rasanya. Seseorang itu hanya mendapat sekali gigit sahaja jadi ia perlu menpunyai rasa yang menakjubkan supaya ia boleh diingati oleh sesiapa sahaja yang menikmatinya.