Buka menu utama

Canarium odontophyllum ialah sejenis pokok buah dari genus Canarium dalam keluarga Burseraceae. [2] Ia merupakan asli di Borneo, yang mana buahnya dikenali sebagai dabai di Sarawak dan kembayau di Sabah dan Brunei. Pokok ini tumbuh sehingga ketinggian dalam 40 hingga 50 meter. Kulit luar buahnya berwarna hitam licau sementara isinya kuning dan mempunyai biji yang panjang. Buahnya keras dan tidak dapat dimakan apabila masak dan perlu direndam dalam air panas sebelum dimakan. Rasanya seperti buah avokado dan biasanya diperasakan dengan garam atau kicap soya.

Canarium odontophyllum
Pengelasan saintifik e
Alam: Tumbuhan
Klad: Angiosperms
Klad: Eudikot
Klad: Rosids
Order: Sapindales
Keluarga: Burseraceae
Genus: Canarium
Spesies: C. odontophyllum
Nama binomial
Canarium odontophyllum
Miq.[1]

Memandangkan ianya berada dalam genus yang sama dengan kacang Pili (Canarium ovatum) bijinya juga boleh dimakan, dan serupa dengan badam atau pistasio.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Burseraceae - Canarium odontophyllum (Miq.)". Indeks Nama-Nama Tumbuh-Tumbuhan Antarabangsa. Dicapai 14 Mei 2019. 
  2. ^ L.Y. Chew; I. Amin; A. Azrina; C.Y. Lau. "Canarium odontophyllum Miq.: An Underutilized Fruit for Human Nutrition and Sustainable Diets" (PDF). Universiti Putra Malaysia. Dicapai 30 March 2014. 
  3. ^ Lim T. K., Edible Medicinal and Non-Medicinal Plants: Volume 1, Fruits, Springer Science & Business, p. 629; Hoe, V.B. and Siong, K.H., "The Nutritional Value of Indigenous Fruits and Vegetables in Sarawak,"Asia-Pacific Journal of Clinical Nutrition, Vol. 8, no. 1, 1998, pp 24-31