Kacang laut, kekara laut atau kacang rangrang (nama botani: Canavalia rosea)[7][8] ialah spesies tumbuhan berbunga dalam genus Canavalia keluarga Fabaceae, ia ditemukan di kawasan pantai atau berpasir tropika dan subtropika.[6][9]

Canavalia rosea
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. rosea
Nama binomial
Canavalia rosea
Sinonim[6]
Senarai
    • Canavalia maritima Thouars[2][3][4]
    • Canavalia obtusifolia DC.
    • Clitoria rotundifolia Sessé & Moc.
    • Dolichos maritimus Aubl.
    • Dolichos obtusifolius Lam.
    • Dolichos roseus Sw.[5]
    • Dolichos rotundifolius Vahl
    • Mucuna mutilans DC.
    • Rhynchosia rosea DC.

Peristilahan sunting

Nama kacang laut digunakan di Singapura,[3] Sarawak,[8] dan Brunei.[10]

Botani sunting

Batang-batang sunting

Batang sulurnya menjalar dengan panjang lebih daripada 6 meter dan ketebalan kira-kira 2.5 sentimeter, pangkalnya berkayu.[9] Helai daunnya terdiri daripada tiga anak daun bujur berukuran 3–15 sm, daun-daun ini melipat apabila didedahkan kepada cahaya matahari pada waktu tengah hari.[8][2]

Bunga dan lenggai sunting

Bunga-bunga kacang laut tumbuh pada bulir bertangkai panjang, sekuntum bunga berukuran 2–5.1 sm panjang dan berwarna merah jambu keunguan dengan jalur putih di tengah.[4] Buahnya jenis lenggai yang lurus atau sedikit melengkung dengan 6–15.2 sm panjang, setiap lenggai mempunyai 2–10 biji benih.[9][2]

Kegunaan sunting

Biji dan lenggai muda boleh dimakan terutamanya selepas direbus. Bunganya boleh dibuat rempah.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Bárrios, S.; Copeland, A. (2021). "Canavalia rosea". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2021: e.T65899681A192148107. doi:10.2305/IUCN.UK.2021-3.RLTS.T65899681A192148107.en. Dicapai pada 26 Mac 2022.
  2. ^ a b c d Tan, Ria (Januari 2013). "Sea bean (Canavalia maritima)". Wild Singapore. Dicapai pada 26 Mac 2023.
  3. ^ a b Polunin, Ivan (1987). Plants and Flowers of Singapore. Singapore: Times Editions. m/s. 66. ISBN 9971-40-114-2.
  4. ^ a b Lee Shin Shin; Aziah Muhamad; Joanne Tong (2015). Mangrove Guidebook for Malaysia. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Wetlands International, Malaysia. m/s. 90. ISBN 978-983-42276-6-1.
  5. ^ "Canavalia rosea". Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma (GRIN). Perkhidmatan Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. Dicapai pada 26 Mac 2023.
  6. ^ a b "Canavalia rosea (Sw.) DC". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 26 Mac 2023.
  7. ^ "Canavalia rosea". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  8. ^ a b c Paulus Amin Det; Lau Cheng Yuon; Shariah bt. Umar; Pearlycia Brooke; Rajmah Muzli bt. Razali; Hairani bt. Ismawi; Liew Siew Meng, penyunting (2013). Edible Wild Plants in Sarawak. Kuching, Sarawak: Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok. m/s. 42. ISBN 978-967-11861-0-7.
  9. ^ a b c Christman, Steve (14 Oktober 2004). "#857 Canavalia rosea". Floridata. Dicapai pada 26 Mac 2023.
  10. ^ Marina Wong; Aziah binte Hj. Ahmad (1996). Common Seashore Life of Brunei. Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: Muzium Brunei. m/s. 27.