Anjing Besar (buruj)

(Dilencongkan dari Canis Major (buruj))

Anjing Besar atau Canis Major (CMa) ialah sebuah buruj di hemisfera samawi selatan. Pada abad kedua, buruj ini disertakan dalam 48 buah buruj Ptolemy, dan dikira sesama 88 buah buruj moden. Namanya dalam bahasa Latin bermaksud "anjing (lebih) besar", berlawanan dengan Canis Minor (Anjing Kecil); kedua-dua figura kerap diwakilkan mengikuti Orion (Belantik), sang pemburu, melalui langit. Bimasakti melalui Canis Major dan beberapa buah gugusan terbuka terletak di dalam lingkungan sempadan, paling ketara M41.

Canis Major
Buruj
Canis Major
Nama LatinCanis Major
SingkatanCMa
GenitifCanis Majoris
Sebutan/kanis mad͡ʒor/, genitif /kanis mad͡ʒoris/
SimbolismeAnjing Besar
Pencerapan
(Epok J2000)
06j 12.5m hingga 07j 27.5m[1]
Keserongan−11.03° hingga −33.25°[1]
SukuanSQ2
KeluargaBelantik
Keluasan380 darjah persegi (ke-43)
Bintang
Bintang utama8
32
Bintang dengan planet
7
Bintang terang (lebih daripada 3.00m)
5
Bintang dalam 10.00 pc
(32.62 ly)
1
Bintang paling terang
Sirius (α CMa) (−1.46m)
Bintang terhampirSirius (α CMa)
(8.60 tc, 2.64 pc)
Objek
Objek Messier1
Pancuran meteor
Tiada
Buruj bersempadan
Catatan
Boleh dilihat pada garis lintang antara +60° dan −90°.
Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Februari.
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Canis Major mengandungi Sirius, bintang tercerah di langit malam, dikenali sebagai "Bintang Anjing". Bintang ini adalah cerah oleh sebab kehampirannya dengan Sistem Suria kita. Berlawanan pula, bintang-bintang cerah lain dalam buruj ini merupakan bintang yang berjarak jauh dan berkekilauan tinggi. Pada magnitud 1.5, Epsilon Canis Majoris (Adhara) ialah bintang kedua tercerah dalam buruj ini dan sumber tercerah bagi sinaran ultraungu ekstrem di langit malam. Yang seterusnya dari segi kecerahan ialah bintang raksasa super kuning-putih Delta (Wezen) pada 1.8, bintang raksasa biru-putih Beta (Mirzam) pada 2.0, bintang-bintang raksasa super biru-putih Eta (Aludra) pada 2.4 dan Omicron1 pada 3.0, dan bintang dedua spektroskopik putih Zeta (Furud), juga pada 3.0. Hiper-raksasa merah VY Canis Majoris ialah salah sebuah bintang terbesar yang diketahUi, sementara bintang neutron RX J0720.4-3125 mempunyai jejari hanya sebanyak 5 km.

Catatan sunting

  1. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan boundary tidak disediakan

Teks kutipan sunting

  • Allen, Richard Hinckley (1963) [1899]. Star Names: Their Lore and Meaning. New York, New York, Amerika Syarikat: Dover. ISBN 0-486-21079-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Makemson, Maud Worcester (1941). The Morning Star Rises: An Account of Polynesian Astronomy. New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat: Akhbar Universiti Yale.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Ridpath, Ian; Tirion, Wil (2001). Stars and Planets Guide. Princeton, New Jersey: Akhbar Universiti Princeton. ISBN 978-0-691-08913-3.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Schlegel, Gustaaf (1967) [1875]. Uranographie Chinoise (dalam bahasa Perancis). Taipei, Republik China: Ch'eng Wen Publishing Company.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wagman, Morton (2003). Lost Stars: Lost, Missing and Troublesome Stars from the Catalogues of Johannes Bayer, Nicholas Louis de Lacaille, John Flamsteed, and Sundry Others. Blacksburg, Virginia, Amerika Syarikat: The McDonald & Woodward Publishing Company. ISBN 978-0-939923-78-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Wilkins, Jamie; Dunn, Robert (2006). 300 Astronomical Objects: A Visual Reference to the Universe. Buffalo, New York, Amerika Syarikat: Firefly Books. ISBN 978-1-55407-175-3.CS1 maint: ref=harv (link)

Pautan luar sunting

Templat:Bintang dalam Canis Major

Koordinat:   07h 00m 00s, −20° 00′ 00″