Canseleri Parti Nazi

(Dilencongkan dari Canseleri Parti)

Canseleri Parti (Parteikanzlei), sehingga tahun 1941 Staf Timbalan Führer (Stab des Stellvertreters des Führers), ialah nama bagi ibu pejabat Parti Nazi (NSDAP) Jerman.

Organisasi sunting

Sejak tahun 1933 pejabat parti di Munich telah berada dibawah timbalan Hitler iaitu Rudolf Hess yang menyandang jawatan Menteri Reich dalam kabinet Hitler. Jabatan Hess bertanggungjawab bagi mengurus hal ehwal parti; menyelesaikan pertikaian didalam parti dan bertindak sebagai orang tengah antara parti dan negara yang membabitkan keputusan dasar dan perundangan.[1] Organisasi ini bertanggungjawab bagi hal ehwal parti yang bersaing kuasa bukan hanya dengan Canseleri Reich dibawah Hans Lammers tetapi juga dengan Canseleri Führer dan Gau- serta Reichsleiter Nazi.[2] Martin Bormann, setiausaha peribadi dan ketua staf kepada Hess, merupakan orang yang bertanggungjawab.[3] Bormann menggunakan kedudukan ini untuk mencipta birokrasi yang luas dan banyak melibatkan diri dalam membuat keputusan.[1] Bormann kelak menjadi seorang wakil yang sangat cekap dan amat diperlukan dalam kepentingan parti, mengatasi kuasa pemimpin-pemimpin daerah di peringkat pertengahan dan membawa penglibatan parti dalam enakmen undang-undang dan dekri Führer. Pada tahun 1939, Hitler melantik Bormann sebagai pentadbir harta dan kewangan peribadinya. Bormann menubuhkan Dana Adolf Hitler bagi Perdagangan dan Industri Jerman, yang mengumpul wang daripada para usahawan Jerman bagi pihak Hitler. Sesetengah dana yang diterima menerusi program ini telah di agih-agihkan kepada beberapa pemimpin parti, tetapi Bormann menyimpan kesemuanya untuk kegunaan peribadi Hitler.[4]

Selepas penerbangan Hess ke United Kingdom untuk mencari perundingan damai dengan kerajaan British pada 10 Mei 1941, Hitler memansuhkan jawatan Timbalan Führer pada 12 Mei 1941. Hitler menugaskan Bormann dengan kerja-kerja lama Hess, dengan gelaran Ketua Parteikanzlei (Canseleri Parti).[5] Pada kedudukan ini beliau bertanggungjawab bagi semua pelantikan NSDAP, dan hanya menjawab kepada Hitler.[5][6] Bormann menggunakan posisinya untuk menyekat akses kepada Hitler demi kepentingannya sendiri[7] dan dibantu oleh timbalan-timbalan seperti Albert Hoffmann, Gerhard Klopfer dan Helmuth Friedrichs, serta menambah pengaruh parti di kawasan-kawasan seperti persenjataan dan tenaga manusia. Menteri Kelengkapan Perang Albert Speer mengadu tentang penglibatan Bormann bersama stafnya dalam hal ini. Pada 12 Februari 1943 Bormann secara rasminya dilantik sebagai Setiausaha Sulit Führer, menjangkau satu hubungan saling percaya yang unik bersama Hitler.[8] Pada ketika ini, Bormann mempunyai kawalan de facto ke atas semua hal ehwal domestik. Beliau memegang jawatan pemimpin Canseleri Parti Nazi sehingga 30 April 1945.[9]

Nota sunting

  1. ^ a b Lang 1979, m/s. 78.
  2. ^ McNab 2009, m/s. 78–80.
  3. ^ Lang 1979, m/s. 74–77.
  4. ^ Speer 1971, m/s. 131–132.
  5. ^ a b Miller 2006, m/s. 149.
  6. ^ McGovern 1968, m/s. 63.
  7. ^ McNab 2009, m/s. 79.
  8. ^ Miller 2006, m/s. 151.
  9. ^ Miller 2006, m/s. 149–151.

Rujukan sunting

  • Lang, Jochen von (1979). The Secretary. Martin Bormann: The Man Who Manipulated Hitler. New York: Random House. ISBN 978-0-394-50321-9.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McGovern, James (1968). Martin Bormann. New York: William Morrow & Company. OCLC 441132.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Miller, Michael (2006). Leaders of the SS and German Police, Vol. 1. San Jose, CA: R. James Bender. ISBN 978-93-297-0037-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Speer, Albert (1971) [1969]. Inside the Third Reich. New York: Avon. ISBN 978-0-380-00071-5.CS1 maint: ref=harv (link)