Cap cai, kadangkala dieja cap cay, (Cina tradisional: 雜菜pinyin: zácàiPe̍h-ōe-jī: cha̍p-chhài; secara harfiahnya "sayur campur") ialah istilah terbitan Hokkien untuk hidangan tumis sayuran orang Cina Indonesia dan Peranakan yang popular berasal daripada masakan Fujian.[1]

Cap cai
Cap cai
Jenis sajianHidangan utama
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauDi seluruh negara di Indonesia, juga popular di Asia Tenggara
Suhu penghidanganPanas
Bahan utamaSayur tumis
Keragaman/variasiCap cai kuah (bersup) dan Cap cai goreng (kering)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pelbagai sayur-sayuran seperti bunga kubis, kubis, kubis cina, kubis Napa, lobak merah, putik jagung, cendawan, dan bawang perai dicincang dan ditumis dalam kuali dengan sedikit minyak masak dan air. Bawang putih dan bawang besar yang dicincang dengan garam, gula, kicap soya, wain masakan Cina ang ciu dan sos tiram ditambah untuk perisa. Sos cair dipekatkan menggunakan kanji jagung.[perlu rujukan]

Cap cai boleh dibuat sebagai hidangan vegetarian, atau dicampur dengan daging seperti ayam, hati atau hempedal, daging lembu, ikan, udang atau cumi-cumi, dan hirisan daging lembu atau bakso ikan. Jenis dan bilangan sayur-sayuran berbeza mengikut variasi resipi dan ketersediaan sayur-sayuran dalam setiap isi rumah, tetapi sayuran yang paling biasa dalam cap cai ringkas ialah bunga kubis, kubis dan lobak merah.[perlu rujukan]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Atiyah, Jeremy (2002). "Indonesia". Southeast Asia. London: Rough Guides. m/s. 228. ISBN 978-1-85828-893-2.



Templat:Tunas-masakan-indonesia Templat:Tunas-masakan-china