Capra merupakan sebuah genus mamalia, iaitu rumpun kambing yang terdiri daripada sembilan spesies, termasuklah kambing liar, markhor, dan beberapa spesies yang bergelar ibeks. Kambing bela jinak (Capra aegagrus hircus) merupakan subspesies kambing liar (Capra aegagrus) yang dibela jinak. Pembelajinakan kambing terbukti seawal 8,500 tahun yang lalu.

Capra
Julat zaman: 2.6–0 Ma
Pleistosen - Kini
Ibeks Siberia jantan dan betina di Taman Zoologi Berlin
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Capra

Linnaeus, 1758
Spesies

Rujuk teks.

Anggaran taburan spesies Capra

Kambing liar adalah haiwan yang hidup di kawasan gunung. Ianya sangat tangkas dan tahan lasak, mampu memanjat batu gondol serta hidup dengan tumbuh-tumbuhan yang jarang. Ianya dibezakan daripada genus Ovis iaitu rumpun biri-biri dengan terdapat kelenjar bau dekat telapuk, di dalam groin, dan di hadapan mata, serta ketiadaan kelenjar muka yang lain, janggut yang tumbuh pada yang jantan dan belulang tidak berbulu pada lutut kaki depan.[1]

Kambing Gunung Rocky tergolong dalam genus yang berasingan iaitu Oreamnos.

Spesies dan subspesies kambing sunting

  Capra caucasica Tur Kaukasia Barat
  Capra cylindricornis Tur Kaukasia Timur
  Capra falconeri Markhor
  Capra aegagrus Kambing liar
  Capra (aegagrus) hircus Kambing bela jinak
  Capra sibirica Ibeks Siberia
  Capra pyrenaica Ibeks Sepanyol
  Capra walie Ibeks Walia
  Capra ibex Ibeks Alp
  Capra nubiana Ibeks Nubia

Rujukan sunting

  1. ^ Parrini, F.; dll. (2009). "Capra ibex (Artiodactyla: Bovidae)". Mammalian Species. 830: 1–12. doi:10.1644/830.1. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)

Pautan luar sunting