Koordinat: 17°30′S 24°16′E / 17.500°S 24.267°E / -17.500; 24.267

Caprivi, kadangkala dipanggil Strip Caprivi atau Daerah Caprivi (dalam Bahasa Jerman: Caprivi-Zipfel) dan sebelumnya dikenal sebagai Itenge, merupakan bonjolan negara Namibia di bahagian timur lebih kurang 45km, antara Botswana di selatan, Angola dan Zamia di utara, dan Kavango. Caprivi bersempadan dengan Sungai Cuando, Linyanti, Chobe, dan Sungai Zambezi. Katima Mulilo merupakan bandar yang terbesarnya. Caprivi dibahagikan antara daerah-daerah Caprivi dan Okavango.

Caprivi
Bendera Pemisah
Bendera Pemisah

Bendera Separatis
Bendera

Lambang
Cogan kata: -
Ibu negara Katima Mulilo
Bandar terbesar Katima Mulilo
1890
Gabenor Bernard Sibalatani
Parti memerintah SWAPO
Keluasan:
 Jumlah:
-
19,532 km2
Penduduk:
 Jumlah:
  Kepadatan:
-
79,852 (2001)
4.02/km2
Bahasa rasmi -
Bahasa lain Khoikhoi, Inggeris
Lagu kebangsaan -
Agama rasmi -
Agama lain
Mata wang -
Zon waktu UTC+1
Domain -
Kod panggilan ?
Laman web = www.arc.org.na

Geografi sunting

Caprivi merupakan kawasan yang padat bertropika, dengan suhu tinggi dan hujan lebat semasa musim hujan Disember hingga Mac, menjadikannya daerah Namibia yang terlembap. Rupa bumi selebihnya terdiri daripada paya, dataran banjir, dataran basah, dan hutan jarang.

Caprivi juga merupakan tempat tinggal semulajadi 450 spesies binatang, termasuk gajah Afrika, menjadikan Caprivi tempat popular mencerap haiwan. Hidupan liar dilindungi oleh beberapa hutan simpanan, seperti Bwabwata, Mudumu, Lizauli, West Caprivi Game Park, Mahango Game Reserve, dan Taman Negara Mamili; haiwan-haiwan bebas bergerak sempadan yang tidak tertanda dengan Botswana, di mana Taman Negara Chobe terletak. Caprivi juga merupakan kawasan mengkaji burung terutama, dengan hampir 70 peratus spesies burung dijumpai di Namibia dicatat di sini. Katima Mulilo adalah bandar yang terbesarnya, dengan bandar-bandar ketara yang lain termasuk Choi, Chinchimane, Bukalo, Sibinda, dan Impaliola.

Tambahan Sungai Zambezi, Caprivi juga terdapat Sungai Cuando dan Kwando, yang merupakan sempadan asli dengan Botswana. Cawang-cawang sungai di sini diberikan namanya tersendiri, termasuk Linyata dan Chobe. Di bahagian tertimur wilayahlah di mana Cuando bertemu Zambezi.

Sejarah dan rakyat sunting

Caprivi dinamai selepas Canselor Jerman Leo von Caprivi, yang merundingkan tanah tersebut di dalam pertukaran 1890 dengan United Kingdom. Von Caprivi mengaturkan untuk Caprivi ditambahkan ke dalam Afrika Barat Daya Jerman untuk memberi peluang negara Jerman menggunakan Sungai Zambezi sebagai sebahagian daripada Perjanjian Heligoland-Zanzibar.

Lebih kurang 80,000 orang tinggal di Caprivi, empat peratus daripada jumlah penduduk Namibia. Lebih kurang 17,000 terdiri daripada 556,000 orang puak etnik Lozi, yang juga tinggal di Zambia barat, Zimbabwe barat laut (70,000), dan Botswana timur (14,000).

Terdapat tegangan etnik antara puak Lozi dan puak Ovambos, puak etnik majoriti Namibia utara. Ini telah mengakibatkan konflik lalu, termasuk formasi 1994 Barisan Liberasi Caprivi (Caprivi Liberation Front), yang mendesak untuk daerah berautonomi Caprivi-Lozi.

Daerah ini terdiri daripada enam Kawasan Pilihan Raya Namibia: Kongola, Linyanti, Sibinda, Katima Mulilo Bandar, Katima Mulilo Luar Bandar, dan Kabe.