Captain America: The First Avenger

Filem Captain America: The First Avenger (bahasa Melayu harafiah Kapten Amerika: Avenger Pertama ) merupakan sebuah filem berbahasa Inggeris yang mula ditayangkan pada tahun 2011. Filem Captain America: The First Avenger ini telah dihasilkan di bawah arahan pengarah Joe Johnston.

Captain America: The First Avenger
Poster tayangan pawagam
PengarahJoe Johnston
Lakon layarChristopher Markus
Stephen McFeely
BerdasarkanCaptain America oleh
Joe Simon
Jack Kirby
Dihasilkan olehKevin Feige
Dibintangi
  • Chris Evans
  • Tommy Lee Jones
  • Hugo Weaving
  • Hayley Atwell
  • Sebastian Stan
  • Dominic Cooper
  • Neal McDonough
  • Derek Luke
  • Stanley Tucci
SinematografiShelly Johnson
Disunting olehJeffrey Ford
Robert Dalva
Muzik olehAlan Silvestri
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehParamount Pictures
Tarikh tayangan
  • 19 Julai 2011 (2011-07-19) (El Capitan Theatre)
  • 22 Julai 2011 (2011-07-22) (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
124 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$140 juta
Pecah panggung$370.6 juta

Plot sunting

Pada bulan Mac 1942, pegawai kanan Nazi yang dipimpin oleh Johann Schmidt bersama pasukannya telah mencuri sebuah kiub kosmik berwarna biru dipercayai dimiliki oleh dewa Norse. Dikenali sebagai Tesseract. Mereka telah mencurinya di sebuah gereja kuno di dalam bandar Tønsberg, Norway yang ketika itu dijajah oleh Jerman.

Sementara itu di New York City, Amerika Syarikat, Steve Rogers tidak layak untuk menyertai pasukan tentera Amerika Syarikat bagi menghadapi Perang Dunia Kedua di atas faktor kesihatan mudah letih, hipertensi dan saiz fizikal, kurang berat badan. Percubaannya permohonan untuk kali kelima akhirnya diterima menyertai pasukan tentera darat Amerika Syarikat. Dr. Abraham Enskine dan Ejen Peggy Carter sering membantu Rogers dalam latihan ujian rutin tentera walaupun dia tidak berapa disukai oleh Kolonel Chester Philips. Dr. Enskine tetap memilih Rogers kerana dia mempunyai niat hati yang bersih, lemah lembut perwatakannya dan kesanggupan untuk berkorban demi bangsa dan negara. Rogers dijadikan bahan eksperimen untuk suntikan serum askar super dan dibantu oleh mesin pancaran vita-ray hasil ciptaan Howard Stark. Selepas menjalani eksperimen tersebut, fizikal tubuh badannya berubah secara keseluruhan. Badannya lebih tegap, sasa, berani, kuat dan tinggi. Dr. Enskine mendedahkan bahawa serumnya yang belum selamat pada masa itu, telah dicuri oleh Johann Schmidt untuk disuntik ke atas dirinya sendiri. Akibat dari itu, fizikalnya telah berubah keseluruhannya. Wajah bertukar menjadi merah, bengis, kuat dan jahat kerana hati budinya amat berbeza dengan Rogers.

Rogers dijadikan sebagai simbol hiburan dan ejen propaganda sahaja untuk Amerika Syarikat terhadap musuh-musuh perangnya. Semasa siri penjelajahan ke Itali, Rogers yang bosan, mula mempelajari tentang selok belok perperangan terutama yang melibatkan rejimen infantri 107 yang diketuai oleh rakannya, Sarjan Bucky Barnes menentang pasukan Nazi di Eropah. Peggy menyampaikan berita bahawa rejimen tersebut telah di tawan di Itali oleh pasukan Schmidt / Nazi dan berkemungkinan ramai yang telah terkorban di sana. Ini membuatkan Rogers wajar bertanggungjawab untuk menyelamatkan rakan-rakannya lain walaupun ditentang hebat oleh Kol. Chester Philips. Dengan bantuan Peggy Carter dan Howard Stark, Rogers dihantar seorang diri ke Itali dalam misi menyelamatkan tawanan perang. Walaupun hanya seorang diri, Rogers berjaya juga menyelamatkan mereka semua dan pulang semula ke kem Amerika Syarikat. Tindakannya ini juga telah menyelamatkan mereka bertiga dari dikenakan tindakan disiplin kerana ingkar pada arahan Kolonel.

Semasa dalam misi menyelamat, Dr. Arnim Zola dan Johann Schmidt berjaya melarikan diri. Dendam terhadapnya masih terbuku di dalam dada Rogers. Kali ini, Rogers mula merekrut Barnes, Dum Dum Dugan, Gabe Jones, Jim Morita, James Montgomery Falsworth dan Jacques Derni untuk pergi ke markas H.Y.D.R.A. bagi menyelamatkan Tesseract dari digunakan oleh Schmidt kelak. Howard Stark menganugerahkan sebuah pelindung Vibranium yang diperakukan kalis peluru kepada Rogers untuk digunakannya disana. Rogers dan pasukannya berjaya mensabotaj operasi H.Y.D.R.A.. Tesseract yang ketika itu dibawah jagaan dan pengujian oleh Dr. Zola. Dia telah diberkas oleh Rogers dan Gabe Jones tetapi Bucky Barnes pula terjatuh dari keretapi terus ke dalam gaung bersalji dan boleh dikatakan telah terbunuh. Sementara itu, Dr. Zola mengatakan bahawa Tesseract akan digunakan sebagai senjata pemusnah besar-besaran oleh Schmidt kelak.

Schmidt terus membawa Tesseract keluar dari New York City untuk dibomkan melalui pesawat khas miliknya. Rogers berjaya menyelinap masuk ke dalam pesawat hasil bantuan Jones dan Peggy Carter. Rogers tidak mengetahui yang Peggy Carter sanggup membantunya pada hari itu. Peggy Carter sempat memberikan kucupan bibir buat kali yang terakhir kepada Rogers sebelum mereka berdua berpisah. Ketika di dalam pesawat, Rogers dan Schmidt bergelut sehingga pelindung Rogers terkena secara tidak sengaja ke pusat penyimpanan Tesseract yang menyebabkan ia terkeluar dari bekas silinder. Tanpa membuang masa, Schmidt terus memegang Tesseract menggunakan tangannya sendiri. Akibat dari itu, Tesseract telah mengaktifkan untuk membuka portal bumi terus ke langit. Beberapa saat kemudian, Schmidt terus diangkat dengan serta merta. Selepas ghaib, portal tertutup dan Tesseract terjatuh dari langit dan terus ke dasar laut yang bersalji di lautan Artik. Rogers yang runsing, terus mengemudi pesawat Schmidt untuk di hempaskan di lautan tersebut bagi tujuan mengaburkan dari pantauan radar pihak Nazi. Rogers hanya ditemani dengan panggilan suara dari Peggy Carter dari bilik kawalan Amerika Syarikat. Mereka berbual untuk persiapan ke sesi temujanji dan pesta menari pada hari esoknya walaupun dia sedar bahawa hari ini adalah hari terakhir mereka bersama. Pesawat yang dikemudinya terhempas jua akhirnya dan panggilan suara Rogers terus lenyap dan terputus di talian. Rogers disahkan telah terkorban dalam misi penyelamat tersebut. Ekoran dari itu, Nazi juga disahkan telah tewas di dalam perang dunia kedua. Manakala, misi menyelamatkan Rogers dan pencarian Tesseract diteruskan oleh Howard Stark.

Lebih kurang 70 puluh tahun kemudian, Rogers tersedar dari koma yang teramat panjang. Dia yang kebingungan kemudian terus direkrut sebagai ahli Avenger yang pertama oleh Nick Fury, yang merupakan Pengarah S.H.I.E.L.D. pada ketika itu dalam misi menyelamatkan dunia pada era masa kini.

Pelakon sunting

Sekuel sunting

*Captain America: The Winter Soldier

*Captain America: Civil War

Rujukan sunting


Pautan luar sunting