Carcosa Seri Negara

Carcosa Seri Negara adalah sebuah kompleks agam atau mahligai terletak di sebelah Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

Carcosa Seri Negara
Carcosa Seri Negara.jpg
Pemandangan bahagian Seri Negara pada 2009
Nama lamaKing's House
Maklumat umum
JenisHotel
Gaya seni bina
Neo-Gothic & Tudor Revival
LokasiJalan Kebun Bunga, 50480 Kuala Lumpur,  Malaysia
Pembinaan bermula1896 - 1897
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekArthur Charles Norman
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Tempat ini dibina oleh Sir Frank Swettenham pada tahun 1896 dan merupakan kediaman rasminya sebaik pindah pada 1904. Bangunan ini menjadi kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British, sedangkan King's House (kini digelar "Seri Negara") merupakan rumah tetamu rasmi bagi tetamu Malaysia yang terpenting. Carcosa dipulang kepada Kerajaan Malaysia pada 1987.

BinaanSunting

Rumah ini terdiri dari dua bangunan utama: Carcosa dan Seri Negara (atau King's House).[1]

CarcosaSunting

Rumah agam Carcosa dibina berdasarkan rekaan sama ada dari Arthur Benison Hubback atau Arthur Charles Alfred Norman atas arahan Jurutera Negeri Jabatan Kerja Raya Selangor Charles Edwin Spooner[2][3] dari 1896 hingga 1897.

Frank Swettenham memberi nama bangunan ini diilham selepas beliau membaca suatu antologi cerita pendek karya Robert W. Chambers bertajuk The King in Yellow tahun 1895 di mana nama itu merujuk kepada suatu bandar purba penuh misteri yang menghilang; beliau turut memilih nama tersebut kerana barangkali kata gabung bahasa Itali iaitu cara "disayang" dan casa "rumah" menjadi "kediaman diidamkan/disayangi" (desired dwelling).[4][5]

Seri NegaraSunting

Rumah ini pada asalnya dibina sebagai tempat kediaman rasmi menyambut tetamu-tetamu Gabenor Negeri-negeri Selat (Governor's Residence); ia dibuka pada tahun 1913. Ia kemudiannya dikenali sebagai the King's House.[5]

SejarahSunting

Kuala Lumpur pada masa itu merupakan sebuah kampung sederhana yang pada khususnya didiami oleh pelombong timah Cina. Akan tetapi Sir Frank mencintai tapak ini sejak 1888 sewaktu melawat kawasan hutan di pinggir barat. Oleh sebab beliau berasa bahawa bandar itu memerlukan sebidang kawasan awam, Sir Frank mengempang sungai di tapak hutan. Sungai itu menjadi tasik dan hutannya menjadi apa yang kini dikenali sebagai Taman Tasik Perdana.

Dari 1904 sehingga serangan Jepun pada 1941, Carcosa merupakan kediaman rasmi wakil-wakil tertinggi British kepada negeri-negeri Melayu. Semasa Perang Dunia II, Carcosa menjadi Dewan Mes Pegawai Kanan Tentera Jepun. Pada Ogos 1945, Tentera British menggunakan tempat itu untuk Pegawai-pegawai Kanannya sehingga Ketua Setiausaha dilantik.

Zaman pasca-perangSunting

Dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957, Carcosa menjadi kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi British, sedangkan King's House (kini digelar "Seri Negara") mernjadi bangunan Istana Tetamu rasmi bagi tetamu-tetamu Persekutuan Tanah Melayu (dan kemudiannya Persekutuan Malaysia) terpenting.

Semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 1982, Rahmah Osman iaitu wakil Pergerakan Wanita parti tersebut menggesa Mahathir bin Mohamad agar mendapatkan kembali tanah Carcosa atas sebab ia "hak negara".[6] Sebuah memorandum ditandatangani di mana pemilikan Carcosa diserahkan pulang pada tahun 1984 ditukarkan dengan sebidang tanah di Ampang,[7] penyerahan ini dirasmikan 3 tahun kemudian.[5]

Pada 1989 tidak lama selepas Ratu Elizabeth II mendiami di Carcosa semasa Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel, pentadbiran kedua-dua rumah agam ini digabung untuk membentukkan kompleks "Carcosa Seri Negara" kini.

Pengurusan kiniSunting

Kediaman ini menjadi salah satu latar penggambaran filem Crazy Rich Asians semasa ia dibikin tahun 2017[8] di mana ia berada dalam keadaan terbiar pada ketika ini, pengarah filem tersebut Jon M. Chu menyatakan beliau sendiri melihat dalaman kediaman tersebut dipenuhi najis monyet semasa melakukan kerja membersihkan lokasi ini.[9]

Muzium Warisan Asia (Asian Heritage Museum, AHM) dipertanggungjawabkan menguruskan pekarangan rumah agam tersebut sebagai suatu hotel mewah sejak mendapat hak penyewaan daripada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) selama tiga tahun sejak April 2017 hingga Mac 2020 dengan syarat kos pembaikan ditanggung AHM sendiri; namun, PTP menghalau pihak AHM keluar dari Carcosa Seri Negara tanpa sebab hampir setahun sebelum tarikh dijanjikan pada bulan Mac lalu sebelum notis sitaan diberikan mereka pada April tahun sama.[10] Pada 2019, akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa pihak muzium tersebut menanggung kerugian mencecah RM1.3 juta menguruskan Carcosa Seri Negara termasuk kos pembaikan dan pemulihan bangunan bersejarah tersebut.[10] Pada bulan Julai tahun sama, akhbar The Star mendapati dari sumber yang dekat dengan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia bahawa kompleks tersebut mengalami kerosakan mendalam di mana dindingnya dihinggapi kulat serta adanya tanda kebocoran pada lantai rumah agam.[11]

RujukanSunting

  1. ^ Cheh, Samantha (29 October 2017). "Asian Heritage Museum to open at Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur". Luxuo. Art Republik. Diarkibkan from yang asal pada 1 October 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
  2. ^ Tee, Kenneth (31 August 2018). "Carcosa Seri Negara: Birthplace of Malaysia's Constitution to be reborn as beacon of peace". Malay Mail. Diarkibkan from yang asal pada 2 October 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
  3. ^ Ahmad, Dr. A. Ghafar (June 1997). "Chronological biography of Arthur Charles Alfred Norman". Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. LXX: 21–29. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 April 2008.
  4. ^ "Letter to the Editor". British Malaya. Association of British Malaya. May 1936. Diarkibkan from yang asal pada 1 October 2018. Dicapai pada 1 October 2018.
  5. ^ a b c Warren, William; Gocher, Jill (photographer) (2007). "Carcosa Seri Negara". Asia's Legendary Hotels: The Romance of Travel. Singapore: Periplus Editions (HK) Ltd. m/s. 164. ISBN 978-1-4629-0674-1. Dicapai pada 1 October 2018.
  6. ^ "Kerajaan Digesa Ambil Semula Carcosa". Utusan Malaysia. 19 September 1982.
  7. ^ "British Serah Balik Carcosa". Mingguan Malaysia. 14 Julai 1984. m/s. 1.
  8. ^ Yeoh, Angelin (Ogos 31, 2018). "How Malaysia became a big part of 'Crazy Rich Asians'". The Star. Diarkibkan from yang asal pada Ogos 31, 2018. Dicapai pada September 30, 2018.
  9. ^ Moore, Booth (Ogos 2, 2018). "Inside the "Gigantic, Fabulous, Amazing" Costumes and Sets of 'Crazy Rich Asians'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan from yang asal pada Ogos 23, 2018. Dicapai pada Ogos 23, 2018.
  10. ^ a b Anita Abu Hasan; Nor Ainna Hamzah; Ahmad Ismadi Ismail (26 Ogos 2019). "'Carcosa makin buruk sejak kami keluar'". Sinar Harian.
  11. ^ "Carcosa and Seri Negara's grand exterior belies decay within". The Star. 29 Julai 2019.

Pautan luarSunting