Labi-labi Hidung Babi

(Dilencongkan dari Carettochelys)

Labi-labi Hidung Babi atau nama saintifiknya Carettochelys insculpta adalah sejenis labi-labi yang terdapat di Asia Tenggara, termasuk juga di Malaysia.

Labi-labi Hidung Babi
Individual muda dalam kurungan di Slovakia.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subfilum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Carettochelyidae
Genus:
Carettochelys
Spesies:
C. insculpta
Nama binomial
Carettochelys insculpta
Ramsay, 1886[1]
Sinonim[2]
  • Carettocchelys insculptus Ramsay, 1886
  • Carettochelys insculpta Boulenger, 1889
  • Carettochelys insculptus Boulenger, 1889
  • Chelodina insculpta Cann, 1997
  • Carettochelys canni Artner, 2003 (nomen nudum)

Sistematik sunting

Carettochelys insculpta adalah satu-satunya genus Carettochelys, iaitu subkeluarga Carettochelyinae dan keluarga Carettochelyidae. Sesetengah kajian menyatakan terdapat dua subspesies, namun penemuan terkini telah membatalkan dakwaan tersebut.[3]

Ciri-ciri sunting

(video) Labi-labi Hidung Babi berenang

Labi-labi Hidung Babi memiliki kaki yang berselaput renang seperti penyu. Mereka digelar "Hidung Babi" kerana memiliki hidung seperti babi, iaitu lubang hidung yang besar dan agak menonjol. Karapas (Cangkerang belakang) berwarna kelabu atau berwarna zaitun, manakala plastron (cangkerang bawah) berwarna krim. Labi-labi jantan memiliki ekor yang lebih panjang dan halus berbanding betina. Mereka boleh membesar sehingga 70 cm (28 in) panjang dengan berat melebihi 20 kg (44 lb).

 
C. insculpta yang dibela

Tidak seperti labi-labi dari keluarga Trionychidae, Labi-labi Hidung Babi mempunyai tulang berbentuk kubah disebalik karapasnya yang dilindungi oleh lapisan kulit nipis. Malah, plastronnya dihubungkan dengan karapas oleh tulang yang keras.[4]

Perlakuan sunting

Mereka tidaklah bersifat akuatik spenuhnya. Masih sedikit yang diketahui mengenai labi-labi ini, walaupun pelbagai kajian mengenainya masih dilakukan. Tindakan agresif mereka[5] terutamanya labi-labi yang dibela mungkin disebabkan mereka memiliki sifat pemilikan wilayah (territorial) berbanding kura-kura.

Diet sunting

C. insculpta bersifat maserba, diet mereka adalah pelbagai merangkumi buah-buahan, daun serta krustasia, moluska dan serangga.

Pembiakan sunting

Labi-labi betina mencapai kematangan seksual pada umur 18 tahun atau lebih, dan jantan sekitar 16 tahun. Mereka bertelur akhir musim kemarau di tebing-tebing berpasir. Apabila anak labi-labi hampir menetas, mereka tetap berada di dalam telurnya untuk berhibernasi hibernation sehinggalah keadaan sesuai untuk mereka keluar. Proses penetasan mungkin terganggu disebabkan banjir atau paras air meningkat.

Pemuliharaan sunting

Di Malaysia, ia merupakan sejenis haiwan yang dilindungi di bawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 686 AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2808.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Ramsay, E.P. 1886. On a new genus and species of fresh water tortoise from the Fly River, New Guinea. proceedings of the Linnaean Society of New South Wales. (2)1:158-162.(Read Full Paper)
  2. ^ Fritz Uwe; Peter Havaš (2007). "Checklist of Chelonians of the World" (PDF). Vertebrate Zoology. 57 (2): 163–164. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2010-12-17. Dicapai pada 29 May 2012.
  3. ^ Georges, A.; Thomson, S. (2010). "Diversity of Australasian freshwater turtles, with an annotated synonymy and keys to species". Zootaxa 2496: 1–37.
  4. ^ Obst, Fritz Jurgen (1998). Cogger, H.G.; Zweifel, R.G. (penyunting). Encyclopedia of Reptiles and Amphibians. San Diego: Academic Press. m/s. 118. ISBN 0-12-178560-2.
  5. ^ Bargeron, Michael (1997). "The Pig-nosed Turtle, Carettochelys insculpta". California Turtle & Tortoise Club. Dicapai pada 2013-04-08.
  6. ^ "UNDANG-UNDANG MALAYSIA Akta 686 AKTA PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES TERANCAM 2808". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-27. Dicapai pada 2015-06-26.

Bacaan lanjut sunting

  • Boulenger, George Albert (1889). Catalogue of the Chelonians, Rhynchocephalians, and Crocodiles in the British Museum (Natural History). New Edition. London: Trustees of the British Museum (Natural History). (Taylor and Francis, printers). x + 311 pp. + Plates I-III. (Carettochelys insculpta, p. 236).
  • Goin, Coleman J.; Goin, Olive B.; Zug, George R. (1978). Introduction to Herpetology, Third Edition. San Francisco: W.H. Freeman and Company. xi + 378 pp. ISBN 0-7167-0020-4. (Carettochelys insculpta, pp. 264–265).

Pautan luar sunting