Carlos Carmona

Chilean footballer

Carlos Emilio Carmona Tello (lahir 21 Februari 1987) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk Atalanta. Beliau bermain di posisi pemain tengah.

Carlos Carmona
Maklumat peribadi
Nama penuh Carlos Emilio Carmona Tello
Tarikh lahir (1987-02-21) 21 Februari 1987 (umur 37)
Tempat lahir Coquimbo, Chile
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Atalanta
Nombor 17
Kerjaya remaja
2003–2005 Coquimbo Unido
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2007 Coquimbo Unido 97 (7)
2007–2008 O'Higgins 17 (3)
2008–2010 Reggina 67 (0)
2010– Atalanta 116 (5)
Pasukan kebangsaan
2008– Chile 47 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 Jun 2014

Kerjaya kelab sunting

Carmona memulakan kerjaya bola sepaknya di Coquimbo Unido. Dua tahun kemudian, beliau berpindah ke [Club Deportivo O'Higgins|O'Higgins]] selama satu musim.

Pada 1 Jun 2008, Carmona dibeli oleh kelab Reggina. Beliau membuat debut pada 14 September ketika seri 1-1 menentang Torino. Carmona bermain 32 perlawanan ketika kempen liga musim 2008-09.

Pada musim panas 2010, Carmona berpindah ke Atalanta yang tersingkir ke Serie B pada musim 2009-10. Beliau bermain 32 perlawanan untuk Atalanta ketika naik ke Serie A semula.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 6 Februari 2013, Carmona menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan Chile ketika menentang Mesir, Chile menang 2-1.

Gol antarabangsa sunting

# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
6 Februari 2013 Madrid, Sepanyol   Mesir
2–0
2–1
Persahabatan

Pautan luar sunting