Cas nuklear berkesan

Cas nuklear berkesan (lazimnya diringkaskan dengan Zeff atau Z*) ialah nilai cas positif bersih daripada nukleus atom yang dialami oleh satu elektron dalam sesebuah atom dengan banyak elektron. Kesan perisaian elektron-elektron menyebabkan elektron pada orbital bahagian luar tidak mengalami cas nuklear nukleus yang penuh akibat cas negatif elektron lain yang menolak elektron yang dirujuk.

PengiraanSunting

Dalam atom dengan satu elektron, elektron tunggal tersebut mengalami cas nuklear yang penuh, dan oleh itu, cas nuklear berkesan boleh dikira berdasarkan hukum Coulumb. Dalam atom dengan elektron yang banyak pula, sesebuah elektron mengalami tarikan oleh nukleus serta tertolak oleh elektron-elektron lain. Cas nuklear berkesan sesebuah elektron boleh dikira dengan persamaan di bawah:

 

dengan Z ialah nombor atom, yakni bilangan proton dalam sesebuah atom, dan S ialah pemalar perisaian berdasarkan aturan Slater.

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  • Brown, Theodore; LeMay, H.E.; & Bursten, Bruce (2002). Chemistry: The Central Science (edisi semakan semula kelapan). Upper Saddle River, New Jersey 07458: Prentice-Hall. ISBN 0-13-061142-5.