"Casablanca" (digayakan dalam semua huruf besar) ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Naufal Azrin dan Nuha Bahrin.[1][2] Lagu ini, yang mengandungi lirik bahasa Arab dan Melayu, ialah hasil nukilan oleh Daqmie dan Wan Saleh, manakala lirik oleh Daqmie dan Abdulkarim Al Ali dan dikeluarkan pada 20 Mei 2022. Meskipun tajuk lagu ini diambil dari ibu negara Maghribi yang bernama sama, namun ia tidak terkandung dalam lirik.[3]

"Casablanca"
Single oleh Naufal Azrin dan Nuha Bahrin
Dilancarkan pada
  • 20 Mei 2022 (single)
  • 4 Jun 2022 (muzik video)
Dirakamkan pada2022
Format
GenrePop
Panjang
  • 3:02 (single)
  • 3:15 (muzik video)
Syarikat
Penulis
  • Daqmie
  • Wan Saleh
  • Abdulkarim Al Ali
Penerbit
  • Amir Hufaz
  • Khairul
  • Wan Saleh
  • Daqmie
Kronologi Kronologi single Nuha Bahrin
""XSEMPURNA"
(2021)"
"Casablanca"
"Casablanca" di YouTube
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan rakaman

sunting

"Casablanca" ialah sebuah lagu yang berkonsepkan moden dengan pengaruh Timur Tengah. Ia merupakan kolaborasi pertama Naufal Azrin dan Nuha Bahrin. Naufal pernah menganggotai kumpulan nasyid Zayne, manakala Nuha ialah bekas peserta Vokal Mania di TV3 dan melancarkan single pertamanya, "XSEMPURNA" pada Mac 2021.[4][5] Nuha berkata mengenai proses rakaman lagu ini:

"Proses rakaman lagu alhamdulillah saya dan Naufal sangat faham antara satu sama lain. Jadi semuanya berjalan lancar. Pada saya proses penghasilan lagu ini sangat cepat dan saya rasa sebab pasukan ini sangat membantu. Semua orang saling tolong menolong, sokong satu sama lain dan berkongsi idea untuk menjadikan lagu ini lebih baik. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya harap semua orang boleh hargai usaha yang kami berikan untuk lagu ini,".

"Casablanca" dicipta oleh Daqmie dan Wan Saleh, manakala liriknya ditulis oleh Daqmie dan penulis lirik kelahiran Syria, Abdulkarim Al Ali. Amir Hufaz, Khairul dan Wan Saleh berkhidmat sebagai penerbit. Proses rakaman lagu ini mengambil masa sehari untuk disiapkan. Naufal berkata:

"Untuk bahasa Arab kami diberi tunjuk ajar oleh Abdul Karim, dia yang ajar kami supaya ia sedap didengari oleh orang. Kalau tak memang susah nak bawa, tapi bila dia ada ia menjadi senang. Abdul Karim juga boleh berbahasa Melayu, jadi ia memudahkan proses rakaman lagu ini,".

Lirik lagu "Casablanca" menggabungkan bahasa Arab dan Melayu.[4] Di bawah ialah rangkap pertama (dinyanyikan secara berulang pada rangkap kedua) dalam bahasa Arab dengan terjemahan bahasa Melayu.

Asal Terjemahan

يا حبيبي، يا نبض قلبي
خليك معايا طول الوقت ما تفارق عيني
بعدك يكويني، قربك يحيني
محتاجك جنبي دلوقتي وأيامي الجايه

وحدك أنت نصيبي، نور العين يا حبيبي
غيرك ما بعشق حدا

Duhai cintaku
Denyut jantungku
Tetaplah bersama aku sepanjang waktu, jangan berjauhan dariku
Jauh darimu membuat aku resah
Bersamamu aku bahagia
Tetaplah bersamaku saat ini dan selamanya
Kaulah satu-satunya milikku

Jantung hati kasihku
Tiada selain dirimu yang aku rindu

Muzik video

sunting

Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan single ini, diarahkan oleh Huzai Abu Zarim dan dikeluarkan secara rasmi di saluran YouTube Masyhur pada 4 Jun 2022.[4] Sejak dikeluarkan, muzik video untuk "Casablanca" kini menerima lebih daripada 24 juta tontonan di YouTube.[6]

Persembahan secara langsung

sunting

Bagi mempromosikan "Casablanca", Naufal Azrin dan Nuha Bahrin mempersembahkan lagu ini secara langsung dalam rancangan MeleTOP di Astro Ria pada 13 Julai 2022[7][8] dan Malaysia Hari Ini di TV3 pada 16 Julai 2022.[9]

Persembahan komersial

sunting

"Casablanca" menjadi kejayaan secara komersial sejak dikeluarkan sekaligus berjaya mencuri perhatian pendengar di Indonesia[10][11] apabila ia menjadi lagu pertama tempatan yang paling tular dengan menduduki tangga teratas carta Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia.[6][12] Di aplikasi TikTok, lagu ini telah meraih mencecah 14.1 juta menerusi #casablancachallenge.[13][14]

Kontroversi

sunting

Tidak lama selepas dikeluarkan, "Casablanca" menjadi subjek kontroversi apabila sebaris ayat lagu ini yang berbunyi 'denyut jantung ku berdebar' dalam lirik lagu itu menerima teguran daripada pempengaruh media sosial yang juga guru Bahasa Malaysia, Saliza Ibrahim atau Cikgu Zack Kirana melalui media sosial. Cikgu Zack Kirana mendakwa istilah 'denyut' digunakan bagi menggambarkan jantung berdebar dalam lirik lagu itu. Namun, pandangan beliau disanggah beberapa personaliti media sosial lain. Mereka berpendapat tiada salahnya istilah denyut digunakan kerana membawa makna serupa.[15]

Tenaga kerja

sunting

Kredit diperoleh daripada muzik video.[16]

Lagu
  • Naufal Azrin, Nuha Bahrin - vokal, vokal latar
  • Daqmie, Wan Saleh - komposer
  • Daqmie, Abdulkarim Al Ali - penulis lirik
  • Wan Saleh - penggubah, adunan, mastering
  • Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh, Daqmie - penerbit
  • AA - pereka kulit
Muzik video
  • Huzai Abu Zarim - pengarah
  • Mino - pembantu pengarah, pereka grafik, penyunting
  • Awis - pencahayaan
  • Akek & Azah - seni dan prop
  • Justin - penggaya
  • Safwan - solekan
  • Babel Restaurant - penaja lokasi
Carta (2022) Kedudukan
carta
Malaysia (Lagu Melayu RIM)[17] 1
JOOX Malay Hits 1
Apple Music Top 100 2

Format dan senarai runut

sunting
Muat turun digital[18]
  1. "Casablanca" – 3:02

Sejarah keluaran

sunting
Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 20 Mei 2022 Muat turun digital[18]
Penstriman digital[19]
Beegood Music
Universal Music Malaysia

Rujukan

sunting
  1. ^ Wafa Aula (20 Ogos 2022). "Fenomena Casablanca Nuha Bahrin, Naufal Azrin". Getaran. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  2. ^ Mohd Haikal Isa (9 Julai 2022). "Ledakan Casablanca, Nuha Bahrin temukan signatur". Kosmo!. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  3. ^ Wartawan Malaysia Gazette (2 Julai 2022). "Nuha, Naufal bersatu dalam Casablanca". Malaysia Gazette. Dicapai pada 14 Julai 2022.
  4. ^ a b c Sudirman Mohd Tahir (4 Julai 2022). "Angkat tema cinta". Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  5. ^ Padin (4 Julai 2022). "Lagu Irama Arab 'Denyut Jantungku Berdebar' Viral Di TikTok… Casablanca Temukan Nuha Bahrin & Naufal Azrin". XTRA. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  6. ^ a b Najiy Jefri (23 Julai 2022). "Casablanca paling tular". Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  7. ^ "CASABLANCA Cecah 3.4 Juta Tontonan Sebulan! First Time LIVE! Nuha & Naufal Menyanyi di MeleTOP". MeleTOP. Dicapai pada 27 Ogos 2022 – melalui YouTube.
  8. ^ Sudirman Mohd Tahir (17 Julai 2022). "Nuha & Naufal teruk nyanyi Casablanca?". Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  9. ^ "Nuha Bahrin & Naufal Azrin - Casablanca". Malaysia Hari Ini (MHI). TV3. 16 Julai 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022 – melalui YouTube.
  10. ^ Khadijah Ibrahim (16 Julai 2022). "Lagu Casablanca lonjak nama Nuha, Naufal di negara jiran". Bebas News. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  11. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (18 Julai 2022). "Lagu Casablanca cetus fenomena di Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  12. ^ "'Casablanca' cetus fenomena di media sosial". Free Malaysia Today. 15 Julai 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  13. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Julai 2022). "Casablanca cipta sejarah duduki puncak carta Spotify Viral". Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  14. ^ Budiey (16 Julai 2022). "Tahniah! Lagu CASABLANCA Nuha Bahrin & Naufal Azrin Makin Viral & Trending". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  15. ^ Farihad Shalla Mahmud (29 Julai 2022). "'Denyut' cetus kontroversi". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2022.
  16. ^ Casablanca (Catatan media). Naufal Azrin & Nuha Bahrin. Universal Music, Masyhur & Beegood Music. 2022.CS1 maint: others (link)
  17. ^ "Top 10 Most Streamed Malay Singles In Malaysia Week 27". Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Persatuan Industri Rakaman Malaysia. Dicapai pada 17 July 2022.
  18. ^ a b "CASABLANCA by Nuha Bahrin & Naufal Azrin". Apple Music (MY). 20 Mei 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  19. ^ "CASABLANCA - Single by Nuha Bahrin, Naufal Azrin". Spotify. 20 Mei 2022. Dicapai pada 27 Ogos 2022.

Pautan luar

sunting