Cassandane adalah seorang bangsawan Achaemenian dan pasangan kepada kepada Cyrus Agung. Beliau merupakan anak perempuan kepada Pharnaspes. Beliau melahirkan empat anak untuk Cyrus II: Cambyses II yang mengantikan bapanya dan menakluk Mesir, Smerdis yang juga memerintah sebagai raja Parsi buat seketika, Atossa, dan seorang anak perempuan lain yang tidak dapat dikenal pasti.[1]

Anap perempuan beliau Atossa kemudian memainkan peranan penting di dalam keluarga diraja Achaemenid, apabila mengahwini Darius Agung dan melahirkan raja Achaemenid berikutnya iaitu Xerxes I. Beliau memiliki "kuasa besar" dalam keluarga diraja Achaemenid dan perkahwinan beliau dengan Darius dirancang di sebabkan kuasa beliau dan berketurunan dari Cyrus.[2] Apabila beliau meninggal dunia, seluruh empayar Cyrus "berkabung besar". Peristiwa ini dicatatkan oleh Herodotus. Berdasarkan kepada laporan Kisah Nabonidus terdapat perkabungan awam selepas kematian beliau di Babylonia yang berlangsung selama enam hari. Mengikut M. Boyce, makam beliau terletak di Pasargadae.[1]

Nota sunting

  1. ^ a b Dandamaev, M. A. (1992). "Cassandane". Encyclopaedia Iranica. Vol. 5. Encyclopedia Iranica Foundation. ISBN 0933273673. |volume= has extra text (bantuan)
  2. ^ Schmitt, Rüdiger (1989). "Atossa". Encyclopaedia Iranica. vol. 3. Encyclopedia Iranica Foundation. ISBN 0710091214. |volume= has extra text (bantuan)