Cassie Jackman (lahir 22 Disember 1972 juga dikenali sebagai Cassie Campion) ialah seorang pemain skuasy dari England yang memenangi gelaran Terbuka Dunia pada tahun 1999. Dia menjadi pemain utama England sepanjang tahun 1990-an dan awal abad ke-21.

Kerjaya sunting

Dilahirkan di North Walsham, Norfolk, England, Cassie ialah seorang yang berbakat sehinggakan jurulatih beliau sering mengaturkan pertemuan menentang lelaki. Dia memenangi Kejohanan Terbuka Remaja Dunia pada tahun 1991 dan setahun kemudian, pemain legenda, Susan Devoy mendakwa yang Cassie cukup hebat untuk menggantikannya. Namun itu bukan mudah buat Cassie apabila dia tewas kepada Michelle Martin (9/1 9/0 9/6) pada Terbuka Dunia tahun 1994.

Semasa Terbuka Dunia tahun 1996, dia tewas kepada Sarah Fitz-Gerald 9-4 9-2 4-9 9-6. Semasa Sukan Komanwel 1998 dia berjaya memenangi pingat emas dalam acara beregu (bersama Sue Wright) dan pingat gangsa untuk acara perseorangan.

Tahun 1999 menyaksikan Cassie mendapat gelaran Terbuka Dunia pertamanya apabila menumpaskan Michelle Martin 9-6, 9-7, 9-7 di Seattle. Walau bagaimanapun, dia tumpas Leilani Joyce dalam Terbuka British.

Pada tahun 2000 dia berjaya menduduki ranking No. 1 dunia spanjang tahun itu. Tahun berikutnya menyaksikan Cassie terpaksa berehat apabila dia menjalani pembedahan akibat sakit belakang. Pada tahun 2003 Cassie berjaya sampai ke peringkat akhir, tetapi tewas kepada Carol Owens 3-9, 9-2, 9-7, 9-3.

Keputusan Terbuka Dunia sunting

  • 1994: - Naib juara (tewas kepada Michelle Martin 9-1 9-0 9-6)
  • 1995: -
  • 1996: - Naib juara (tewas kepada Sarah Fitz-Gerald 9-4 9-2 4-9 9-6)
  • 1997: - Suku akhir
  • 1998: -
  • 1999: - Menang (kalahkan Michelle Martin 9-6 9-7 9-7)
  • 2000: -
  • 2001: - Suku akhir
  • 2002: -
  • 2003: - Naib juara (tewas kepada Carol Owens 3-9, 9-2, 9-7, 9-3)