Catriona Ross
Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross (dilahirkan pada 2 September 1980) merupakan seorang pelakon, model, pengacara, penulis skrip, dan penulis buku wanita Malaysia.
Catriona Ross | |
---|---|
Kelahiran | Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross 2 September 1980 |
Nama lain | Catriona Norhayati |
Pendidikan | Sarjana Muda Komunikasi Massa |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Shaharuddin Mokhtaruddin (k. 2009) |
Anak | 3 |
Ibu bapa | Bahrin Ross Abdullah (bapa) Siti Zawiyah Ab. Rahman (ibu) |
Saudara | Fiona Aishah (adik) Shakirin Alistair (adik) Razzi Rahman (bapa saudara) |
Beliau juga merupakan penulis skrip drama tv dan buku bersama bapa saudaranya, penyanyi Razzi Rahman yang masyhur pada 1990-an. Beliau turut mempunyai laman web mengenai cinta, hubungan dan cerita yang turut menjual barangan seperti tshirt, mug dan pelekat kereta.[1]
Kerjaya seni Catriona bermula apabila berjaya dalam ujibakat untuk menjadi pengacara Wayang Kita terbitan Astro Ria.
Kehidupan peribadiSunting
Catriona dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 2 September 1980 dan berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Scotland (bapa). Merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik. Catriona mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu. Kemudian berpindah ke Sekolah Sri Inai Junior, sebuah sekolah swasta di Kuala Lumpur, kerana mengikuti tuntutan kerja ayahnya sebagai jurutera. Selepas itu Catriona kembali ke Kota Bharu dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Naim Lil Banat, sebelum mengakhiri pengajian menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra.
Selepas tamat persekolahan, Catriona melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi MARA dalam Jurusan Komunikasi Massa dari tahun 1998 hingga 2002.
Pada 26 Jun 2009, Catriona telah selamat dinikahkan dengan penerbit dan pengarah rancangan hiburan televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin di Kota Bharu, Kelantan.[2] Mereka berdua telah dikurniakan dengan tiga orang anak, Sephia Rania, Edruce Riyadh dan Jammal Raess.
KemalanganSunting
Pada April 2007, kereta yang dinaiki Catriona berlanggar dengan lori di lebuh raya Utara Selatan.[3] Akibat dari itu, beliau patah kedua belah kaki, tangan dan cedera di kepala dan badan, terpaksa tinggal di hospital sehingga Jun 2007.[4]
FilemografiSunting
Menunjukkan filem/drama yang belum dikeluarkan |
FilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2003 | Mistik | Tasya | A. Razak Mohaideen | Filem pertama; bersama Cico Harahap, Lisdawati & Uji Rashid |
2007 | Chermin | Yasmin | Zarina Abdullah | |
Qabil Khushry Qabil Igam | Zaili Sulan | |||
2010 | Hooperz | Wan Zurina | Rosihan Zain | |
TBA | Dimensi Cinta | Eddie Pak | Tarikh tayangan sebenar tidak dapat dipastikan |
DramaSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Bagasi Biru | |||
Sephia | Sephia | TV3 | [5] | |
2005 | Salina | TV3 | ||
Rafflesia | TV2 | |||
2007 | Datin Diaries | TV3 | ||
2009 | Bonda | TV9 | ||
Ceplos | Kak Dah | TV9 | ||
2010 | Fitrah Wanita | TV2 | ||
2011 | Selimut Cinta | Intan Balqish | TV AlHijrah | |
Antara Maghrib Dan Isyak | Suraya | TV3 | ||
Kasih Alia | Maya | TV3 | ||
2013 | Jodoh | Minda | Astro Ria | |
Hujan | Halima | TV3 | ||
Cinta Dan Wahyu | Siti Aisyah | TV AlHijrah | ||
2014 | Ramadan Jangan Pergi | TV3 | ||
Anugerah Terindah | TV3 | |||
2015 | Cinta Si Egois | Hypp Sensasi | ||
2016 | Mr. Tanda Soal | Puan Nora | TV3 | |
2017 | Cucu Tauke Beras | Davini | TV3 | |
Dekatkan Jarak Kita | Umi Khadijah | TV3 | [6] | |
2018 | Jangan Padam Rindu | Puan Raihan | TV Okey | |
Jangan Benci Cintaku | Puan Azlin | TV3 | ||
Rahasia Kasih | Nailis | ntv7 | ||
Pujaan Hati Kanda | Mama Nadine | TV3 | ||
Aku Cinta Dia | Puan Zaity | TV3 | ||
2019 | Dia Pengantinku | TV1 | [7] |
2019 Dia Yang Ku Cinta sebagai Puan Marhanna TV3
TelefilemSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2007 | Kalis Cinta | Wan Katrina | TV3 | |
Mek Salmah Dari Scotland | Mek Salmah/Sally | TV2 | ||
2008 | Kelahiran Teristimewa | TV3 | ||
Kak Kiah Serunding | TV9 | |||
2012 | Bila Mak Mengandung Lagi | Astro Prima | ||
2013 | Titis Kasih Ibu | Mira | TV AlHijrah | |
2017 | Detik Berputar | Datin Suriawati | TV1 | |
Sakit | Aishah | TV3 | ||
Ke Pintu Kaabah | Mek Som | TV1 | ||
2018 | Manipulasi | Puan Rose | ntv7 | |
Uniknya Cinta | Mak Erman | TV3 | ||
2019 | Lelaki Kacak Dari Dhaka | |||
2021 | Kuba Guling, Karipap Pusing | Ani | Awesome TV |
TelevisyenSunting
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Nota |
---|---|---|---|---|
2004 | Wayang Kita | Pengacara | Astro Ria | [8] |
2013 | Seleksi Hijab | Tetamu undangan | TV2 |
TeaterSunting
Tahun | Tajuk | Peranan |
---|---|---|
2008 | Muzikal Ibu Zain[9] |
RujukanSunting
- ^ Legs broken, she makes write turn
- ^ "Kahwin cerai dunia artis". Utusan Melayu. 31 Disember 2009.
- ^ Catriona Ross Is Badly Injured In A Car Crash Accident
- ^ 14 April 2007. Catriona Ross cedera parah dalam kemalangan. Utusan Online.
- ^ Abd. Aziz Itar (19 Julai 2004). HANS ISAAC, CATRIONA ROSS - Mantapkan Sephia. Utusan Malaysia.
- ^ Muhamad Fairoz Azizan (2 Februari 2018).Bukan lagi masa kejar wang - Catriona Ross. Berita Harian.
- ^ "Bukan lagi masa kejar wang - Catriona Ross". Berita Harian. 2 Februari 2018.
- ^ "Catriona Ross tolak watak perempuan mat salih". Utusan Melayu. 20 Disember 2005.
- ^ "Aidilfitri bermakna Catriona Ross". mStar. 6 Oktober 2008.