Cedric Diggory dilahirkan pada tahun 1977 dan mati pada 24 Jun 1995. Watak rekaan J. K. Rowling ini merupakan seorang pengawas dan kapten pasukan Quidditch bagi rumah Huflepuff yang memegang posisi Seeker. Beliau ialah anak kepada Amos Diggory dan mempunyai teman wanita iaitu Cho Chang. Cedric digambarkan sebagai seorang yang "pendiam" dan "sangat kacak".

Watak Harry Potter
Cedric Diggory
Cedric Diggory, dilakonkan oleh Robert Pattinson.
Cedric Diggory
Jantina Lelaki
Warna rambut Perang
Warna mata Kelabu
Rumah Hufflepuff
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Dilakonkan oleh Robert Pattinson
Kemunculan pertama Harry Potter and Prisoner of Azkaban

Dalam Harry Potter dalam Piala Api, watak beliau lebih menonjol dan di dalam filem, watak ini dilakonkan oleh Robert Pattinson.

Peranan dalam siri Harry Potter sunting

Ketika Harry dalam tahun ke-3, Cedric adalah kapten pasukan Quidditch Hufflepuff yang mengalahkan pasukan Gryffindor gara-gara Harry terjatuh dari penyapunya akibat serangan dementor. Bapa Cedric, Amos, sangat bangga atas perkara ini iaitu Cedric mengalahkan Harry Potter yang terkenal, tapi Cedric tidak suka akan sikap bapanya. Dan si kembar Weasley menunjukkan sikap tidak senang pada Cedric akibat kekalahan tersebut.

Dalam Harry Potter and the Goblet of Fire, Cedric terpilih sebagai wira Hogwarts dalam Kejohanan Triwizard. Ketika Harry secara terpilih sebagai wira keempat, Draco Malfoy membuat lencana menyokong Cedric Diggory untuk pelajar Slytherin (Sokong Cedric, Wira Sebenar Hogwarts, Potter Busuk).

Sebelum tugasan pertama, Harry memberitahu Cedric bahawa mereka akan berhadapan dengan naga, kerana hanya Cedric, di antara keempat-empat orang wira, yang tidak mengetahui apa tugas pertama bagi mereka. Dalam tugas tersebut, Cedric mengubah sebuah batu menjadi anjing untuk menarik perhatian naganya, tapi kemudian naga kehilangan minat dan mula mengejarnya kembali. Cedric berhasil mengambil telur emas walaupun tercedera akibat luka di pipinya.

Di Majlis Tari-menari Krismas, Cedric mengajak Cho Chang, gadis cantik dari Ravenclaw yang juga disukai Harry.

Dalam tugasan kedua, Cedric pula memberi petunjuk kepada Harry bagaimana untuk mendapatkan petunjuk dalam telur emas sebagai balas jasa. Walupun pada mulanya Harry ragu-ragu kerana Cedric hanya menyuruhnya mandi di bilik mandi pengawas. Harry menganggap petunjuk daripada Cedric tidak jelas, sedangkan sebelum tugasan pertama, dia secara terang mengatakan bahawa wira-wira akan menghadapi naga. Namun, Harry berjaya juga mendapatkan petunjuk tersebut dengan bantuan Myrtle Mengerang. Cedric berjaya menyelamatkan Cho dari dasar tasik dengan jampi Gelembung Kepala. Dia berjaya muncul di permukaan lebih satu minit dari waktu yang ditentukan, mendapat nilai 47 dan berada di tempat kedua.

Pada tugasan ketiga, Harry menyelamatkan nyawa Cedric dua kali dalam pagar sesat, dan ketika mereka sama-sama telah berada di sebelah piala, Cedric merasa Harry lebih berhak untuk mendapatkan piala itu, walaupun itu memberi makna yang dia akan mematikan harapan Hufflepuff yang jarang sekali memperoleh kejayaan. Namun Harry menolak, sehingga akhirnya mereka sepakat untuk menjadi juara bersama dan menyentuh piala tersebut bersama-sama.

Piala tersebut ternyata adalah kunci gerbang yang membawa mereka kepada Voldemort dan hamba setianya, Wormtail. Wormtail membunuh Cedric dengan sumpahan Avada Kedavra. Ketika tongkat Harry dan Voldermort berhubungan dan menghasilkan Incantatem Terdahulu, bayang Cedric muncul dari tongkat Voldemort meminta Harry membawa jasadnya pulang kepada ibu bapanya. Harry berjaya melepaskan dan membawa jasad Cedric kembali ke Hogwarts.

Kementerian Sihir menyembunyikan punca kematian Cedric dan mengatakan kematian itu kerana kemalangan. Pada akhir tahun, Dumbledore mengatakan kepada seluruh sekolah bahawa Cedric mati dibunuh Voldemort. Sebagai pelajar yang menunjukkan mutu Hufflepuff, baik dan setia, bekerja keras, dan menghargai permainan dengan jujur, segala usaha untuk berpura-pura bahawa Cedric meninggal kerana kemalangan adalah satu penghinaan bagi kenangan kepada Cedric.

Kematian Cedric menyebabkan Harry merasa bersalah, kerana beliau yang mencadangkan agar Cedric menjadi juara bersama. Harry menolak untuk memperkatakan lagi tentang kematian Cedric dan menawarkan wang hadiah Kejohanan tersebut kepada ibu bapa Cedric, dan mengatakan bahwa wang itu seharusnya menjadi milik Cedric. Namun, ibu Cedric menolak dan mengucapkan terima kasih kerana Harry telah membawa pulang anak mereka. Selama musim panas setelah tamat tahun keempatnya, Harry dihantui oleh kematian Cedric dan memimpikannya setiap malam, tetapi pada tahun berikutnya, dia berjaya mengatasi rasa bersalah dan kesedihannya.

Tongkat sihirnya sepanjang 12.5 inci, diperbuat daripada kayu ash dan berisi sehelai bulu tunggal dari seekor unikorn jantan. Dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat, Ronan, sentora dari Rimba Larangan mengatakan "Selalu saja yang tak bersalah menjadi korban lebih dulu". Yang dimaksudkan Ronan adalah unikorn, namun dia seolah-olah turut juga meramalkan pembunuhan Cedric.

Nama belakang Cedric berkemungkinan berdasarkan watak Digory Kirke dari Riwayat Narnia karangan C.S Lewis, yang dikatakan salah satu pengarang kegemaran J.K. Rowling.


Lihat juga sunting