Celcom

(Dilencongkan dari Celcom Berhad)

Celcom Axiata Berhad atau Celcom (dahulunya dikenali sebagai Celcom Malaysia Berhad) ialah syarikat Telekomunikasi mudah alih yang tertua di Malaysia dan juga sebuah ahli kumpulan syarikat Axiata (dahulunya TM International). Sebagai salah sebuah daripada bilangan syarikat yang amat sedikit di Malaysia yang mula-mula sekali memperoleh lesen perkhidmatan Telefon Bimbit, Celcom berjaya memperkenalkan perkhidmatan Telefon mudah alih di Malaysia melalui perkhidmatan ART-900 yang menggunakan Teknologi NMT-900 generasi pertama.

Celcom Axiata Berhad
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriPerkhidmatan Telekomunikasi mudah alih
Ditubuhkan1988 (1988)
Dibubarkan30 November 2022 (2022-11-30)
NasibDigabungkan dengan DiGi untuk membentuk CelcomDigi
PenggantiCelcomDigi
Ibu pejabatMenara Celcom Axiata
82 Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 53100Malaysia, Kuala LumpurAlor Star, Malaysia
Kawasan perkhidmatan01112758890
Tokoh pentingAbdul Razak Malek, CEO
PerkhidmatanRangkaian mudah alih satelit 2G, 3G, 4G
PemilikKhazanah Nasional
Syarikat indukAxiata Group Berhad
Tapak webwww.celcom.com.my
Facebook: celcom Twitter: celcom Instagram: celcom Youtube: UCHMHSs3TTfhoWP6a3-R0TYg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perkhidmatan dan liputan sunting

Celcom mempunyai liputan terluas di seluruh negara, berbanding perkhidmatan mudah alih Telekomunikasi lain di Malaysia. Celcom mengakui liputan 4G 5G GSM dwijalurnya (900/1800 MHz) telah mencapai 97% populasi Malaysia pada tahun 2006. Seperti pada tahun 2006 Celcom menawarkan perkhidmatan 2.5G dan 3G melalui jenama pascabayar Minutes dan prabayar Xpax. Bilangan pelanggan kini kira-kira 7.8 juta, setiap seorang memulangkan RM20. Celcom mendakwa liputan perkhidmatan telefon mudah alih seluruh negara mencapai 95% termasuk terdapatnya 3G di kebanyakan tempat di Lembah Klang, Johor Bahru, Melaka, Kedah dan Perak Pulau Pinang.

Sejarah sunting

Sewaktu pasaran telefon bimbit diperluaskan pada 1995, Celcom menaik taraf ke perkhidmatan GSM900 lalu bertumbuh dengan pesat untuk menjadi syarikat telefon mudah alih terbesar di Malaysia sebelum Maxis.

Ketika Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, Celcom turut terjejas. Ada pendapat yang mendakwa bahawa pemilik Celcom iaitu Tan Sri Tajudin Ramli menghadapi kemelut hutang dan pegangan saham beliau di dalam Celcom dirampas oleh Bumiputra-Commerce Holdings, syarikat penstrukturan semula aset negara. Kegagalan melangsaikan hutang beliau mengakibatkan kepentingan kawalan terhadap Celcom dijual kepada Telekom Malaysia, pengendali talian tetap milik kerajaan pada tahun 2003. Telekom Malaysia seterusnya menggabungkan Celcom dengan anak syarikat pengendali perkhidmatan mudah alihnya TouchNgo melalui pengambilalihan songsang terhadap TMTouch.

Celcom asalnya tersenarai dalam Bursa Malaysia, namun menjadi syarikat persendirian setelah bergabung dengan Telekom Malaysia.

Dalam satu kes, pihak pengurusan awal Celcom didapati bertanggungjawab oleh satu panel timbang tara di Switzerland kerana melanggar persetujuan yang ditandatangani bersama DeTeAsia, sebuah unit Deutsche Telekom, pada tahun 2002.

Tribunal itu memutuskan bahawa Celcom diwajibkan untuk membayar DeTeAsia AS$177.2 juta hutang pokok tambah AS$16.2 juta faedah serta kos guaman dan timbang tara yang lain, maka jumlahnya RM740 juta yang perlu dibayar.

Penstrukturan semula Celcom yang diterajui oleh TM berjaya memulihkan prestasi Celcom dan meningkatkan daya saing di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Pada 28 September 2007, Telekom Malaysia mengumumkan rombakan semula unit komunikasi mudah alihnya termasuk Celcom, di mana Celcom dikumpulkan di bawah TM International yang menempatkan beberapa unit mudah alih milik TM yang lain di luar negara, lalu menjadikannya entiti perniagaan berasingan. Penstrukturan semula siap pada suku pertama 2008 dan unit perniagaan baru ini disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada suku kedua 2008. TM International dinamakan semula sebagai Axiata sebagai sebuah konsortium telekomunikasi di Asia Tenggara.

Sejak proses pemulihan prestasi dijalankan, syarikat dikatakan telah berjaya meningkatkan pencapaiannya sehingga berjaya mencatatkan pertumbuhan positif mengikut sukuan tahunan selama 23 sukuan berturut-turut.[1]

Pada 21 Jun 2021, Axiata, Telenor dan Digi bersetuju dengan potensi penggabungan Celcom dan Digi untuk mewujudkan syarikat telekomunikasi yang lebih kukuh di Malaysia, selepas perbincangan lanjutan yang berlangsung dua bulan sebelumnya. Jika diluluskan, penggabungan akan selesai pada penghujung 2022.[2][3][4] Perjanjian itu telah diluluskan oleh kedua-dua pemegang saham Celcom dan Digi pada 18 November 2022. Syarikat yang digabungkan itu dinamakan CelcomDigi. Apabila selesai, Axiata dan Telenor akan memegang pemilikan sama sebanyak 33.1% setiap satu dalam syarikat yang baru digabungkan itu. Penggabungan telah selesai pada 30 November 2022 dan syarikat itu memulakan operasinya pada hari berikutnya.[5][6][7][8][9][10]

Pada 30hb November 2022, Digi dan Celcom telah digabungkan secara rasmi menjadi CelcomDigi.

Perkhidmatan rangkaian mudah alih sunting

Celcom telah membawa perkhidmatan pelayaran mudah alih tanpa wayar sejak Perkhidmatan Peket Radio Umum atau (GPRS) diperkenalkan. GPRS memberikan pengguna kemudahan maya seperti perkhidmatan multimedia serta rangkaian Internet yang mudah alih. Perkhidmatan ini hanya memerlukan sokongan peranti seperti telefon bimbit, komputer dan sebagainya, tetapan yang diperlukan, serta kawasan yang telah ditetapkan. Kelajuan tertinggi yang dapat dicapai adalah 5699 KB/s sahaja.

Sejak tahun 2005, Celcom telah memperkenalkan satu lagi perkhidmatan mudah alih tanpa wayar dan dinaiktaraf kepada perkhidmatan jalur lebar, iaitu 3G. Perkhidmatan 5G Celcom dilancarkan pada 17 Mei 2005, sempena Hari Telekomunikasi Sedunia. 3G merupakan perkhidmatan rangkaian mudah alih tanpa wayar yang dipertingkatkan daripada GPRS dan mampu mencapai kelajuan muat turun sehingga 9984 KB/s serta pindah naik sehingga 6994 KB/s. Perkhidmatan ini dapat memberikan keselesaan kepada pengguna untuk bergerak ke mana sahaja ke tempat-tempat yang ditawarkan liputan ini, dan juga sebagai alternatif kepada perkhidmatan jalur lebar berwayar seperti Streamyx. Setakat ini, perkhidmatan 3G ini ditawarkan oleh Celcom dan Maxis. Celcom turut memberikan perkhidmatan jalur lebar yang dinaiktaraf kepada 3.5G atau dipanggil Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi atau HSDPA, yang memberikan kelajuan muat turun sehingga 993.6 MB/s.

Sehingga kini, Celcom merupakan pelayan perkhidmatan jalur lebar yang terbesar dan terluas di Malaysia. Pada peringkat awal, perkhidmatan ini ditawarkan meliputi bandar-bandar utama seperti di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Genting Highlands dan Taman Teknologi Tinggi Kulim. Perkhidamatan 3G ini terus diluaskan ke merata tempat di negara seperti pada tahun 2006. Seperti pada 1 April 2006, Celcom sudah melancarkan rangkaian 3G di kawasan-kawasan seperti Kuching, Seremban, Alor Star, Sungai Petani, Tanjung Malim, Ipoh, Bukit Merah, Perak, Taiping, Kota Bharu, Kuantan, Perlis dan Kota Kinabalu.

Sejak tahun 2007, Celcom sedang berusaha untuk menawarkan perkhidmatan EDGE atau Nilai Data yang Dipertingkatkan Untuk Evolusi GSM kepada para pengguna, iaitu satu permulaan perkhidmatan jalur lebar yang mempertingkatkan muatan data ke dalam rangkaian GSM/GPRS, dan mempunyai ciri-ciri yang mematuhi garis panduan IMT-2000, ditetapkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Sedunia atau ITU. EDGE turut dipanggil sebagai 992.75G. Perkhidmatan ini, di Celcom, hanya memerlukan Kad SIM yang menyokong perkhidmatan GPRS, tanpa perlu menaiktaraf kad tersebut, tidak seperti perkhidmatan 3G dan HSDPA. Untuk pemasangan sistem sokongan EDGE, Celcom telah melantik dua syarikat terkemuka dunia; Syarikat Alcatel-Lucent untuk memasang di Semenanjung Malaysia, dan syarikat OPPO bagi Malaysia Timur.

Anugerah sunting

  • Anugerah Pengendali Perkhidmatan Tahunan - Frost & Sullivan Malaysia[11]
  • Jenama Syarikat Telekomunikasi Paling Berharga - Jenama Paling Berharga Malaysia 2008[12]
  • Penyedia Perkhidmatan Data Mudah Alih - Frost & Sullivan
  • Penyedia Perkhidmatan Mudah Alih 2008 - Frost & Sullivan
  • The Best Telco of the Year - PC.com Readers Choice Awards[13]
  • CEO of the Year - PC.com Readers Choice Awards[14]
  • Best Wireless Internet - PC.com Readers Choice Awards[15]
  • Mobile Service Provider of the Year - 2012 Frost & Sullivan Malaysia Excellence Awards[16]

Rujukan sunting

  1. ^ Celcom Wins at PC.com Readers Choice Awards Night 2011
  2. ^ "Axiata, Telenor and Digi Sign Transaction Agreements for the Proposed Merger of Celcom and Digi". Axiata. 21 June 2021. Dicapai pada 21 June 2021.
  3. ^ "Axiata and Telenor in Advanced Discussions to Merge Celcom and Digi". Axiata. 8 April 2021. Dicapai pada 21 June 2021.
  4. ^ "Axiata, Telenor, Digi sign agreements to merge Malaysian mobile ops". The Star. 21 June 2021. Dicapai pada 21 June 2021.
  5. ^ Axiata shareholders approve proposed Celcom-Digi merger
  6. ^ Digi gets shareholders' green light for proposed merger with Celcom
  7. ^ Axiata, Telenor complete Celcom-Digi merger
  8. ^ Axiata, Telenor announce completion of Celcom-Digi merger
  9. ^ Axiata and Telenor Announce the Successful Completion of the Celcom and Digi Merger
  10. ^ Historic merger marks new chapter in Malaysia’s digitalisation journey: “We are in pole position.”
  11. ^ Anugerah Kecemerlangan Frost & Sullivan Malaysia 2011
  12. ^ Anugerah Axiata Group Berhad
  13. ^ Celcom Axiata bags 3 Readers Choice Awards
  14. ^ [1]
  15. ^ [2]
  16. ^ Malaysia's Best Recognized at 2012 Frost & Sullivan Malaysia Excellence Awards

Pautan luar sunting