Celestine Ujang Jilan

Tan Sri Celestine Ujang anak Jilan (meninggal dunia 10 Januari 2018) merupakan ahli politik Malaysia yang berasal dari Sarawak. Beliau pernah menjadi Menteri Kabinet Sarawak dari tahun 1974 sehingga 1981[1][2] termasuklah bertanggungjawab untuk enteri Pembangunan Tanah dan Perumahan dan kemudian dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak (1981 - 1987)[3][4].

Pada 1982, beliau dianugerahkan Panglima Negara Bintang Sarawak yang membawa gelaran Dato Sri dari Yang di-Pertua Negeri Sarawak[2].

Beliau kemudiannya dikurniakan Panglima Setia Mahkota, yang membawa gelaran Tan Sri, oleh Yang DiPertuan Agong, Tuanku Al-Haj Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada tahun 2013[5][6][7]. Pada ketika itu, beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Harbour-Link Group Berhad[6][7][8].

Celestine Ujang juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Bintulu[9] from October 2003[2].

Kerjaya politik sunting

Celestine Ujang telah dipilih mewakili Kemena dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak dari tahun 1974 sehingga 2001.

Semasa pilihan raya parti pada tahun 1998, Celestine Ujang memenangi tanpa bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sebuah parti komponen Barisan Nasional[10].

Pada tahun 2007, Celestine Ujang bersara dari politik dan tidak bertanding untuk Naib Presiden Kanan[1][11].

Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Dayak (DPPD) sunting

Pada tahun 2003, Celestine dilantik menjadi Panel Penasihat untuk Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Dayak (DPPD)[12]. Beliau kemudiannya memegang jawatan Timbalan Presiden DPPD selepas bersara dari politik.

Kematian sunting

Celestine Ujang meninggal dunia pada 10 Januari 2018 di usia 70 tahun akibat sakit tua[13][14].

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Adenan won't seek re-election as veep - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2018-01-10.
  2. ^ a b c Harbour-Link Group Berhad 2012 Annual Report.http://www.harbour.com.my/annual_reports/annual_report2012.pdf
  3. ^ Encyclopedia, World Heritage. "World Heritage Encyclopedia". www.worldheritage.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-10.
  4. ^ Payne, Stephen. "Sarawak State Legislative Assembly". www.theinfolist.com. Dicapai pada 2018-01-10.
  5. ^ "Senarai penerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Agong | Petang Hot". petanghot.blogspot.my. Dicapai pada 2018-01-10.
  6. ^ a b "Senarai Nama Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2013 - Panglima Setia Mahkota" (PDF). Ceremonies & International Conventions Division, Prime Minister's Department. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-01-11. Dicapai pada 10 January 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ a b Webmaster, MT. "Federal awards: Michelle Yeoh now a 'Tan Sri' – Malaysia Today". www.malaysia-today.net (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-10. Dicapai pada 2018-01-10.
  8. ^ "Stocks". Bloomberg.com. Dicapai pada 2018-01-10.
  9. ^ "Official Website of Bintulu Development Authority". www.bda.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-10.
  10. ^ "Awang Tengah Withdraws From Veep Post In Favour Of Adenan". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-11. Dicapai pada 2018-01-10.
  11. ^ "Focus on Taib and Sarawak's future". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-10.
  12. ^ "Linggi elected DCCI president". netinc.net.my. Dicapai pada 2018-01-10.
  13. ^ "Former Sarawak Speaker dies after long illness". 2018-01-10. Dicapai pada 2018-01-10.
  14. ^ "Celestine Ujang passes away". BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News (dalam bahasa Inggeris). 2018-01-10. Dicapai pada 2018-01-10.