Cells at Work!

siri manga dan anime oleh Shimizu Akane

Cells at Work! (Jepun: はたらく細胞, Hepburn: Hataraku Saibō) (Bahasa Melayu: Sel Bekerja) merupakan siri manga Jepun ditulis dan diilustrasikan oleh Akane Shimizu. Ia menampilkan antropomorfisme bagi sel-sel dalam tubuh manusia, dengan dua protagonis utama iaitu sel darah merah dan neutrofil yang kerap ditemuinya. Manga ini diterbitkan secara bersiri dalam majalah manga shōnen Kodansha, Monthly Shōnen Sirius bermula dari Mac 2015. Ia dilesenkan di Amerika Utara oleh Kodansha USA. Sebuah siri anime televisyen adaptasi oleh David Production mula bersiaran pada 7 Julai 2018.[3]

Cells at Work!
Fail:Cells at Work v1 cover.jpg
Kulit hadapan jilid pertama Cells at Work!
はたらく細胞
(Hataraku Saibou)
GenreKomedi[1]
Manga
PengarangAkane Shimizu
PenerbitKodansha
Penerbit LainKodansha USA
DemografikShōnen
Majalah AsalMonthly Shōnen Sirius
Tarikh PengeluaranMac 2015 – kini
Jilid5
Manga
Bacteria at Work
IlustrasiHaruyuki Yoshida
PenerbitKodansha
DemografikShōjo
Majalah AsalNakayoshi
Tarikh PengeluaranMei 2017 – kini
Manga
Cells that Don't Work
IlustrasiMoe Sugimoto
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalMonthly Shōnen Sirius
Tarikh Pengeluaran26 Julai 2017 – kini
Manga
Cells at Work! BLACK
PengarangShigemitsu Harada
IlustrasiIssei Hatsuyoshi
PenerbitKodansha
DemografikSeinen
Majalah AsalMorning
Tarikh Pengeluaran7 Jun 2018 – kini
Siri televisyen anime
PengarahKenichi Suzuki (musim 1)
Hirofumi Ogura (musim 2)
PenerbitYuma Takahashi
Skrip/Penulis
  • Yūko Kakihara
  • Kenichi Suzuki
Lagu/MuzikKenichirō Suehiro
StudioDavid Production
Dilesenkan oleh
Penyiaran AsalTokyo MX, BS11, GYT, GTV, MBS, TV Aichi, RKB, HBC
Penyiaran bahasa Inggeris
Tarikh tayangan7 Julai 2018 – kini
Episod13 + 2 episod khas
Manga
Cells that Don't Work
IlustrasiMoe Sugimoto
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalMonthly Shōnen Sirius
Tarikh Pengeluaran26 Julai 2017 – kini
Novel ringan
PengarangYui Tokiumi
IlustrasiAkane Shimizu
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Terbitan12 Julai 2018
Jilid1
Manga
Cells at Work! Friend
PengarangKanna Kurono
IlustrasiMio Izumi
PenerbitKodansha
DemografikShōjo
Majalah AsalBessatsu Friend
Tarikh Pengeluaran12 Januari 2019 – kini
Jilid2
Manga
Platelets at Work
PengarangYuuko Kakihara
IlustrasiYasu
PenerbitKodansha
DemografikShōnen
Majalah AsalMonthly Shōnen Sirius
Tarikh Pengeluaran21 Mei 2019 – kini
Jilid1 (Senarai jilid)
Siri televisyen anime
Cells at Work! Code Black
PengarahHideyo Yamamoto
Skrip/PenulisHayashi Mori
Lagu/MuzikYugo Kanno
StudioLiden Films
Tarikh tayangan9 Januari 2021[2](dirancang)
Portal Anime dan Manga

Plot sunting

Ceritanya bertempat dalam tubuh manusia, di mana bertrilion-trilion sel-sel antropomorfik yang melakukan kerja masing-masing bagi memastikan tubuh tersebut kekal sihat. Siri ini tertumpu kepada dua sel seumpamanya; sel darah merah baharu, AE3803, yang sering tersesat semasa melakukan penghantaran dan dan sel darah putih, U-1146, yang tidak henti-henti berlawan dengan mana-mana kuman yang cuba menakluk tubuh tersebut tanpa belas kasihan.

Senarai watak sunting

Sel Darah Merah (AE3803) (Jepun: 赤血球, Hepburn: Sekkekkyū)
Disuarakan oleh: Kana Hanazawa[4]
Sel darah merah yang baru sahaja memulakan kerjanya menghantar oksigen, karbon dioksida dan pelbagai nutrien ke serata tubuh. Dia bertemu dengan Neutrofil apabila sel darah putih itu menyelamatkannya daripada serangan bakteria pneumokokus. Dia agak cemerkap dan kerap tersesat, tetapi berkeyakinan menjalankan tugas sehabis baik.
Neutrofil (Jepun: 好中球, Hepburn: Kōchūkyū) / Sel Darah Putih (U-1146) (Jepun: 白血球, Hepburn: Hakkekkyū)
Disuarakan oleh: Tomoaki Maeno[4]
Sejenis sel darah putih, yang kerjanya membunuh patogen yang menjangkiti tubuh. Di sebalik pekerjaannya yang kejam, dia sebenarnya seorang yang bersopan-santun dan berbudi bahasa.
Makrofaj (Jepun: マクロファージ, Hepburn: Makurofāji) / Monosit (Jepun: 単球, Hepburn: Tankyū)
Disuarakan oleh: Kikuko Inoue[4]
Sejenis sel darah putih. Dia dan sel sejenisnya ditampilkan sebagai pembantu rumah berbaju besar, bersenjatakan pelbagai senjata besar untuk membunuh pelbagai patogen penakluk, dan sering kelihatan tersenyum ceria walaupun ketika sedang berlawan. Semasa di dalam salur darah, mereka mengambil peranan sebagai monosit dan memakai sut hazmat yang meliputi baju mereka.
Sel T Pemusnah (Jepun: キラーT細胞, Hepburn: Kirā Tī Saibō)
Disuarakan oleh: Daisuke Ono[4]
Sejenis sel darah putih yang mengenal pasti dan membunuh pelbagai jirim asing dan sel-sel berpenyakit. Dia kelihatan agresif, bengis dan kasar, menyembelih patogen dan sel-sel berpenyakit dengan ganas dan kejam. Dia sering memandang rendah akan sel-sel darah putih yang menjalinkan hubungan dengan sel-sel bukan darah putih, seperti persahabatan Neutrofil dengan Sel Darah Merah. Dia merupakan sarjan bagi angkatan Sel-sel T Pemusnah dan seorang guru yang kejam terhadap anak-anak muridnya, Sel-sel T Naif. Dia mempunyai hubungan yang buruk dengan Sel T Pembantu dan Sel NK, yang mana Sel T Pembantu sering tampil lebih hebat daripadanya dalam Divisyen T Pemusnah. Semasa zaman mudanya, dia sering dianggap lemah seperti sel-sel T muda yang lain, hanya berjaya menyempurnakan latihan melalui bantuan Sel T Pembantu, yang sekurang-kurangnya menjadikannya lebih kuat.
Platelet (Jepun: 血小板, Hepburn: Kesshōban)
Disuarakan oleh: Maria Naganawa[4]
Sejenis sel yang bertanggungjawab membina semula tubuh daripada pelbagai kecederaan. Mereka digambarkan sebagai kanak-kanak kerana saiz mereka yang kecil dan bertindak sebagai pekerja pembinaan dan pembaikan di serata tubuh. Salah seorang daripadanya bertindak sebagai ketua dan sering ditampilkan dalam siri.
Sel T Pembantu (Jepun: ヘルパーT細胞, Hepburn: Herupā Tī Saibō)
Disuarakan oleh: Takahiro Sakurai[5]
Sejenis sel T yang merangka strategi dan tindakan semasa menangani serangan musuh. Dia merupakan komander utama bagi Sel T Pemusnah dan mempunyai pembawaan intelektual dan licik, menyebabkan dia sering berselisih dengan Sel T Pemusnah yang kasar dan bengis, walaupun kedua-dua mereka menghadiri kem latihan yang sama.
Sel T Pengawal (Jepun: 制御性T細胞, Hepburn: Seigyosei Tī Saibō)
Disuarakan oleh: Saori Hayami[5]
Sel T yang bertindak sebagai setiausaha Sel T Pembantu, meskipun dia berupaya untuk berlawan apabila perlu. Dia menghadiri kem latihan yang sama dengan Sel T Pemusnah dan Sel T Pembantu.
Sel T Naif (Jepun: ナイーブT細胞, Hepburn: Naību T saibō)
Disuarakan oleh: Mutsumi Tamura
Sel T baharu yang terlalu takut untuk berlawan dengan kuman penakluk tubuh, sehinggalah Sel Dendrit membantunya untuk bertukar kepada Sel T Efektor. Dia dan rakan sejenisnya merupakan anak murid Sel T Pemusnah yang sering mendera mereka dengan latihan yang keras dan layanan yang kejam.
Sel T Efektor (Jepun: エフェクターT細胞, Hepburn: Efekutā T saibō)
Disuarakan oleh: Kenji Nomura
Sel Naif yang bertukar kepada sel T yang besar, kuat dan berbadan sado. Rekaan watak dan kelakuannya merupakan parodi kepada pelbagai protagonis lelaki dalam JoJo's Bizarre Adventure.
Eosinofil (Jepun: 好酸球, Hepburn: Kōsankyū)
Disuarakan oleh: M.A.O[5]
Sejenis sel darah putih yang mengenali Sel Darah Putih memandangkan mereka membesar dalam sumsum tulang yang sama. Dia berasa tidak bernilai pada sel-sel keimunan yang lain kerana ketidakupayaannya melawan virus dan bakteria, tetapi dia menunjukkan keupayaannya yang sebenar dengan membunuh parasit Anisakis tatkala sel darah putih yang lain pula tidak mampu. Dia menggunakan lembing bercabang dua sebagai senjatanya..
Sel Dendrit (Jepun: 樹状細胞, Hepburn: Jujō Saibō)
Disuarakan oleh: Nobuhiko Okamoto[5]
Digambarkan sebagai utusan berbaju hijau yang ditempatkan di pusat panggilan menyerupai sebatang pokok. Dia boleh merangsang Sel T Naif dan menukarkannya kepada Sel T Efektor.
Sel Ingatan (Jepun: 記憶細胞, Hepburn: Kioku Saibō)
Disuarakan oleh: Yuichi Nakamura[6]
Sel neurotik yang paranoid yang mana tugasnya ialah mengingati jangkitan lepas dan alergi supaya sistem keimunan dapat bersedia. Namun, pemikirannya sering berserabut dan amat sukar baginya untuk menyusun ingatannya, sering panik dan menjerit setiap kali bencana datang.
Sel Masta (Jepun: マスト細胞, Hepburn: Masuto Saibō)
Disuarakan oleh: Ayako Kawasumi[6]
Sel yang tugasnya memantau dan melepaskan histamin sebagai tindak balas kepada reaksi alergi dan keradangan. Dia sering mengikuti arahan di dalam buku tidak kira apa jua situasi dan tidak popular kerana hilang pertimbangan terhadap tindakannya terhadap sel lain. Juga dikenali sebagai "sel lemak", dia sering meradang setiap kal dia dirujuk dengan nama sedemikian.
Sel Darah Merah Senior (AA5100) (Jepun: 先輩赤血球, Hepburn: Senpai Sekkekkyū)
Disuarakan oleh: Aya Endo[6]
Sel darah merah yang lebih tua yang ada kalanya menunjuk ajar AE3803 tentang bagaimana hendak melaksanakan kerjanya dengan sempurna.
Sel B (Jepun: B細胞, Hepburn: Bī Saibō)
Disuarakan oleh: Shōya Chiba[7]
Sel darah putih yang membawa senjata yang menyembur antibodi. Dia sering meradang dan cemburu apabila tidak diberikan penghargaan sebagaimana Sel T Pemusnah. Dia juga mempunyai hubungan kurang baik dengan Sel Masta, memandangkan gabungan fungsi-fungsi mereka hanya mendatangkan bala bencana pada sel-sel lain.
Basofil (Jepun: 好塩基球, Hepburn: Kōenkikyū)
Disuarakan oleh: Tomokazu Sugita
Watak misteri lagi puitis yang tugasnya tidak diketahui, muncul setiap kali ada jangkitan bawaan makanan untuk memberikan ulasan tentang peristiwa yang berlaku.
Sel NK (Jepun: NK細胞, Hepburn: NK Saibō)
Disuarakan oleh: Toa Yukinari
Dia meronda seluruh tubuh untuk mengesan virus, bakteria dan sel abnormal, dengan bersenjatakan parang. Dia sering berlagak dan hubungannya dengan Sel T Pemusnah disamakan sebagai persaingan adik-beradik yang sengit.
Pencerita (Jepun: ナレーション, Hepburn: Narēshon)
Disuarakan oleh: Mamiko Noto[7]

Media sunting

Manga sunting

Manga ini telah dilancarkan majalah manga shōnen oleh Kodansha, Monthly Shōnen Sirius pada Mac 2015.[8] Setakat Oktober 2017, Kodansha telah mengumpulkan manga tersebut kepada lima buah tankōbon.[9] Kodansha USA telah mengumumkan bahawa mereka telah melesenkan manga tersebut di Amerika Utara pada 21 Mac 2016 dan juga dilesenkan di Taiwan oleh Tong Li Publishing.[8][10]

Manga itu juga mendapat terbitan turunan dalam isu Nakayoshi Mei 2017 iaitu Hataraku Saikin (はたらく細菌, "Bakteria Bekerja") oleh Haruyki Kichida yang mengisahkan kehidupan bakteria-bakteria baik dan buruk dalam usus.[11] Sebuah lagi selingan bertajuk Hatarakanai Saibō (はたらかない細胞. "Sel Tidak Bekerja") oleh Moe Sugimoto telah dilancarkan dalam siri Monthly Shōnen Sirius September 2017 yang bercerita tentang sel darah merah muda (eritoblas) yang tidak ingin bekerja.[12]

Manga ini juga mendapat sebuah lagi terbitan turunan bertajuk Hataraku Saibō Black (Jepun: はたらく細胞 BLACK), tentang kisah dalam badan manusia yang berada dalam persekitaran "hitam", di mana tuan empunya badan mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Manga ini diterbitkan dalam Weekly Morning sejak 7 Jun 2018 dan ditulis oleh Shigemitsu Harada, dengan ilustrasi oleh Isei Hatsuyoshi serta pengawasan daripada Shimizu[13]

Cells at Work! sunting

No. Tarikh keluaran original ISBM Original Tarikh keluaran bahasa Amerika Utara ISBN bahasa Amerika Utara
1 9 Julai 2015[14]ISBN 978-4-06-376560-11 November 2016[15]ISBN 978-1632363565
  • 01. "Pneumococcus" (Jepun: 肺炎球菌, Hepburn: Haienkyūkin)
  • 02. "Alahan Debunga Sedar" (Jepun: スギ花粉アレルギー, Hepburn: Sugikafun Arerugī)
  • 03. "Influenza" (Jepun: インフルエンザ, Hepburn: Infuruenza)
  • 04. "Lelasan Kulit" (Jepun: すり傷, Hepburn: Surikizu)
  • 2 20 November 2015[16]ISBN 978-4-06-376589-227 Disember 2016[17]ISBN 978-1632363572
    • 05. "Keracunan Makanan" (Jepun: 食中毒, Hepburn: Shokuchūdoku)
    • 06. "Strok Haba" (Jepun: 熱中症, Hepburn: Netchūshō)
    • 07. "Eritroblast and Myelosit" (Jepun: 赤芽球と骨髄球, Hepburn: Sekigakyū to Kotsuzuikyū)
  • 08. "Sel Kanser (Bahagian I)" (Jepun: がん細胞(前編), Hepburn: Gansaibō (Zenpen))
  • 09. "Sel Kanser (Bahagian II)" (Jepun: がん細胞(後編), Hepburn: Gansaibō (Kōhen))
  • 3 9 Jun 2016[18]ISBN 978-4-06-390633-228 Mac 2017[19]ISBN 978-1632363909
    • 10. "Sistem Peredaran Darah" (Jepun: 血液循環, Hepburn: Ketsueki Junkan)
    • 11. "Selesema" (Jepun: 風邪症候群, Hepburn: Kaze Shōkōgun)
    • 12. "Timosit" (Jepun: 胸腺細胞, Hepburn: Kyōsen Saibō)
  • 13. "Keimunan Terperoleh" (Jepun: 獲得免疫, Hepburn: Kakutoku Men'eki)
  • 14. "Jerawat" (Jepun: ニキビ, Hepburn: Nikibi)
  • 4 30 November 2016[20]ISBN 978-4-06-390664-62 Mei 2017[21]ISBN 978-1632363916
    • 15. "Staphylococcus aureus" (Jepun: 黄色ブドウ球菌, Hepburn: Ōshoku Budō Kyūkin)
    • 16. "Demam Denggi" (Jepun: デング熱, Hepburn: Dengu Netsu)
    • 17. "Serangan Hipovolemik (Bahagian I)" (Jepun: 出血性ショック(前編), Hepburn: Shukketsusei Shokku (Zenpen))
  • 18. "Serangan Hipovolemik (Bahagian II)" (Jepun: 出血性ショック(後編), Hepburn: Shukketsusei Shokku (Kōhen))
  • 19. "Tampalan Peyer" (Jepun: パイエル板, Hepburn: Paieuru Ban)
  • 5 9 Ogos 2017[9]ISBN 978-4-06-390720-921 November 2017[22]ISBN 978-1632364265
    • 20. "H. Pylori" (Jepun: ピロリ菌, Hepburn: Pirorikin)
    • 21. "Peralihan Antigen" (Jepun: 抗原変異, Hepburn: Kōgen Hen'i)
    • 22. "Sitokin" (Jepun: サイトカイン, Hepburn: Saitokain)
  • 23. "Bakteria Berbahaya" (Jepun: 悪玉菌, Hepburn: Akudamakin)
  • 24. "Sel Kanser II (Bahagian I)" (Jepun: がん細胞2(前編), Hepburn: Gansaibō Tsū (Zenpen))
  • 25. "Sel Kanser II (Bahagian II)" (Jepun: がん細胞2(後編), Hepburn: Gansaibō Tsū (Kōhen))
  • Bacteria at Work sunting

    No. Tarikh keluaran original ISBM Original Tarikh keluaran ISBN
    1 9 Februari 2018[23]ISBN 978-4-06-510910-6
    2 9 Julai 2018[24]ISBN 978-4-06-512138-2
    3 9 Oktober 2018[25]ISBN 978-4-06-513423-8

    Cells that Don't Work sunting

    No. Tarikh keluaran original ISBM Original Tarikh keluaran ISBN
    1 9 Julai 2018[26]ISBN 978-4-06-511982-2

    Cells at Work! BLACK sunting

    No. Tarikh keluaran original ISBM Original Tarikh keluaran ISBN
    1 9 Julai 2018[27]ISBN 978-4-06-512067-5
    • 01. "Merokok, Kuman, Permulaan Pengakhiran" (Jepun: 喫煙、細菌、終わりの始まり, Hepburn: Kitsuen, Saikin, Owari no hajimari)
    • 02. "Hati, Alkohol, Kesombongan" (Jepun: 肝臓、アルコール、誇り, Hepburn: Kanzō, Arukōru, Hokori)
    • 03. "Ereksi, Pemancutan, Kekosongan" (Jepun: 勃起、射精、虚無, Hepburn: Bokki, Shasei, Kyomu)
  • 04. "Gonococcus, Serangan" (Jepun: 淋菌、襲来, Hepburn: Rinkin, Shūrai)
  • 05. "Kerja Berlebihan, Kekeliruan, Keguguran Rambut" (Jepun: 過重労働、錯乱、脱毛, Hepburn: Kajū Rōdō, Sakuran, Datsumō)
  • 2 21 September 2018[28]ISBN 978-4-06-512760-5
    • 06. "Fenomena Aneh, Tinea Pidis, Erti Bekerja" (Jepun: 異変、水虫、働く意味, Hepburn: Ihen, Mizumushi, Hataraku Imi)
    • 07. "Ulser Perut, Persahabatan, Kehilangan" (Jepun: 胃潰瘍、友情、喪失, Hepburn: Ikaiyō, Yūjō, Sōshitsu)
    • 08. "Terdesak, Gout, Pemberontakan" (Jepun: 自暴自棄、痛風、反乱, Hepburn: Jibōjiki, Tsūyū, Hanran)
  • 09. "Kepulangan, Jantung, Kematian" (Jepun: 復帰、心臓、終焉, Hepburn: Fukki, Shinzō, Shūen)
  • 10. "Penyakit Jantung, Kelahiran Semula, Perubahan" (Jepun: 心筋梗塞、蘇生、変化, Hepburn: Shinkinkōsoku, Sosei, Henka)
  • 3 22 Februari 2019[29]ISBN 978-4-06-514640-8
    • 11. "Keamanan, Polip, Bencana (Jepun: 平和、ポリープ、天変地異, Hepburn: Heiwa, Porīpu, Tenpenchi'i)
    • 12. "Minuman Tenaga, Hidung Berdarah, Kuota" (Jepun: エナジードリンク、鼻血、ノルマ, Hepburn: Enajīdorinku, Hanadji, Noruma)
    • 13. "Buah Pinggang, Urolitiasis, Kencing Berdarah" (Jepun: 腎臓、尿路結石、血尿, Hepburn: Jinzō, Nyōrokessekishō, Ketsunyō)
  • 14. "Jangkitan Salur Kencing, Kesunyian, Tangisan" (Jepun: 尿路感染、沈黙、涙, Hepburn: Nyōrokansen, Chinmoku, Namida)
  • 15. "Sebum, Bau Penuaan, Kerja Terakhir" (Jepun: 皮脂、加齢臭、最後の仕事, Hepburn: Hishi, Kareishū, Saigo no Shigoto)
  • 16. "Betis, Gangguan Pekerjaan, Sebuah Lagi Mimpi Ngeri" (Jepun: ふくらはぎ、パワハラ、悪夢再び, Hepburn: Fuku-ra Hagi, Pawahara, Akumufutatabi)
  • 17. "Trombosis Pulmonari, Kebijaksanaan, Pertemuan Semula" (Jepun: 肺血栓、機転、再会, Hepburn: Haikessen, Kiten, Saikai)
  • 4 21 Jun 2019[30]ISBN 978-4-06-516113-5
    • 18. "Pankreas, Insulin, Kemusnahan (Jepun: 膵臓、インスリン、決壊, Hepburn: Suizō, Insurin, Kekkai)
    • 19. "Kepenatan, Sakarifikasi, Alasan" (Jepun: 疲弊、糖化、言い訳, Hepburn: Hihei, Tōka, Iiwake)
    • 20. "AGA, Air Mani, Kehilangan Kerja" (Jepun: AGA、精液、無くなる仕事, Hepburn: Ēga, Seieki, Nakunaru Shigoto)
  • 21. "Kembali, Tanggungjawab, Buasir" (Jepun: 復帰、責任、痔, Hepburn: Fukki, Sekinin, Ji)
  • 22. "Fistula, Tanggungjawab, Kejayaan" (Jepun: 痔瘻、責任、手柄, Hepburn: Jirō, Sekinin, Tegara)
  • 23. "Kayap, Misi, Teman" (Jepun: 帯状疱疹、使命、仲間, Hepburn: Taijōhōshin, Shimei, Nakama)
  • 24. "Kandungan Gula, Salur Darah, Bencana" (Jepun: 糖分、血管、破局, Hepburn: Tōbun, Kekkan, Hakyoku)
  • 5 23 Oktober 2019[31]ISBN 978-4-06-517225-4ISBN —
    6 18 Ogos 2020[32]ISBN 978-1-64651-149-5ISBN —

    Cells at Work and Friends! sunting

    No. Tarikh keluaran bahasa Jepun ISBN bahasa Jepun
    1 7 Jun 2019[33]ISBN 978-4-06-515522-6
    2 7 November 2019[34]ISBN 978-4-06-517636-8
    3 9 Mac 2020[35]ISBN 978-4-06-518909-2

    Cells at Work!: Platelets! sunting

    No. Tarikh keluaran bahasa Jepun ISBN bahasa Jepun
    1 9 Januari 2020[36]ISBN 978-4-06-518185-0
    2 9 Jun 2020[37]ISBN 978-4-06-519798-1
    Cells at Work!: Baby! sunting
    No. Tarikh keluaran bahasa Japan ISBN bahasa Japan
    1 9 Januari 2020[38]ISBN 978-4-06-518231-4
    2 20 Julai 2020[39]ISBN 978-4-06-519640-3

    Cells at Work!: Lady! sunting

    No. Tarikh keluaran bahasa Japan ISBN bahasa Japan
    1 20 Julai 2020[40]ISBN 978-4-06-519908-4

    Anime sunting

    Sebuah adaptasi berupa siri anime telah diumumkan pada Januari 2018. Siri ini telah diarahkan oleh Kenichi Suzuki dengan animasi oleh David Production. Skripnya ditulis oleh Suziki dan Yūko Kakihara, rekaan watak oleh Takahiro Yoshida dan lagu oleh Kenichirō Suehiro. Siri anime tersebut ditayangkan buat kali pertama pada 7 Julai 2018 menerusi Tokyo MX dan saluran-saluran lain sekitar Jepun.[6][41] Siri itu memiliki sebanyak 13 buah episod.[42] Aniplex of America telah melesenkan siri tersebut di Amerika Utara dan melakukan tayangan serentak dalam Crunchyroll.[43]

    Lagu tema pembukaannya ialah "Mission! Ken - Dō - Dai - Ichi" (ミッション!健・康・第・イチ, "Misi! Kesihatan Diutamakan") oleh Kana Hanazawa, Tomoaki Maeno, Daisuke Ono dan Kikuko Inoue manakala lagu tema penutupnya ialah "CheerS" oleh ClariS.[6][44]

    Musim kedua siri anime ini telah diumumkan pada 23 Mac 2019 menerusi laman Twitter rasmi Cells at Work!.[45] Musim kedua dijangka akan mula disiarkan pada awal 2021.[46] Sebuah adaptasi Cells at Work! Code Black diumumkan pada April 2020 dan dijangka akan disiarkan pada Januari 2021.[47]

    Cells at Work (musim pertama) sunting

    No. Tajuk Tarikh penyiaran
    1 "Pneumokokus"
    "Haienkyūkin" (肺炎球菌) 
    8 Julai 2018
    Di dalam sebuah badan manusia, sebuah sel darah merah bernama AE3803 diselamatkan daripada serangan mengejut sekumpulan kuman Pneumokokus oleh sebuah sel darah putih bernama U-1146. Kemudian, apabila AE3803 ingin mencari arah ke peparu untuk penghantarannya, dia menjumpai bahawa salah satu kuman telah terlepas dan merancang untuk menyerang peparu. Oleh itu, dia dan U-1146 bersama-sama ke peparu untuk mencari kuman itu. Setelah tiba ke peparu dan berpisah dari U-1146, dia menemui bahawa kuman itu telah menyorok dalam pakej hantarannya selama ini dan berhasrat menyasarkan sel-sel darah merah untuk merampas nutriennya. Namun, U-1146 yang dapat menghidu rancangan tersebut tiba pada masanya dan memerangkap kuman itu sebelum dibersinkan dari peparu. 
    2 "Lelasan Kulit"
    "Surikizu" (すり傷) 
    15 Julai 2018
    Sel-sel darah merah berada dalam masalah apabila pembuluh darah yang dilalui mereka musnah akibat lelasan kulit, memaksa U-1146 dan sel-sel darah putih lain untuk mengalahkan kuman-kuman yang memasuki badan. Apabila kumpulan kuman berusaha menyingkirkan pasukan neutrofil sebelum tibanya sokongan, sel-sel darah putih dapat menghalang rancangan itu sementara pasukan platelet tiba dan melakukan penggumpalan darah untuk menutup lelasan tersebut dan seterusnya menghalang lebih banyak kuman daripada memasuki badan. 
    3 "Influenza"
    "Infuruenza" (インフルエンザ) 
    22 Julai 2018
    Sel T Naif sedang mengawasi badan untuk mengawal percambahan virus influenza. Namun begitu, dia berada dalam keadaan ketakutan kerana tidak pernah berlawan dengan sebarang musuh. Dia melarikan diri dari tempat pertempuran di mana U-1146 dan sel-sel T sedang giat menyerang. Sel T Naif dipenuhi kekecewaan sehingga Sel Dendritik menjumpainya dan mula berbual dengannya. Kesannya, Sel T Naif berubah menjadi Sel T Efektor yang lebih berani dan kuat lalu menyertai semula pasukan sel imun dalam membasmikan virus influenza. Akan tetapi, sebuah virus yang terselamat mengalami mutasi dan bercambah, memaksa sel-sel imun untuk bersedia untuk sebuah lagi pertempuran. 
    4 "Keracunan Makanan"
    "Shokuchūdoku" (食中毒) 
    29 Julai 2018
    Sekumpulan bakteria Vibrio menyerang perut. Sel Basofil memberi amaran kepada sel-sel imun tetapi kata-katanya yang penuh misteri hanya mengelirukan mereka. Sel-sel imun berjaya mengalahkan kumpulan penyerang tetapi Eosinofil tidak dapat melakukan sebarang serangan tepat dan terpaksa diselamatkan sehingga diejek sebagai sel lemah oleh sel-sel lain kecuali AE3803 dan U-1146. Kemudian, perut diserang oleh parasit Anisakis gergasi. Sel-sel imun tiada sebarang keupayaan, tetapi Eosinofil membunuhnya dengan sekali serangan sambil menerangkan bahawa tugas sebenarnya adalah untuk menyerang parasit. Sel-sel imun memohon maaf kerana memperlekehkannya lalu mengangkatnya sebagai seorang wira. 
    5 "Alahan Debunga Sedar"
    "Sugikafun Arerugī" (スギ花粉アレルギー) 
    5 Ogos 2018
    Tuan empunya badan menghirup debunga sedar yang membawa alergen-alergen gergasi. U-1146 berkata bahawa makhluk-makhluk itu tidaklah berbahaya tetapi Sel Ingatan mendakwa mereka membawa kemusnahan. Sel B dengan mudahnya mengalahkan alergen itu, tetapi Mastosit mengeluarkan histamin ke dalam badan, menyebabkan tindak balas alahan yang ganas sehingga menghancurkan persekitaran. Ketika pelbagai pihak mula menyalahkan Mastosit akibat kemusnahan tersebut, tuan empunya badan menelan steroid untuk merawat alahannya. Steroid yang berupa seperti sebuah robot mula memusnahkan persekitaran sehingga kehabisan kuasanya. Pihak yang terselamat mendapat tahu bahawa kesemua yang berlaku adalah disebabkan kerana mengikuti dakwaan-dakwaan Sel Ingatan dan cuba menyerang alergen-alergen tersebut. 
    6 "Eritroblas dan Mielosit"
    "Sekigakyū to Kotsuzuikyū" (赤芽球と骨髄球) 
    12 Ogos 2018

    AE3803 tersesat lagi dan menjumpai dirinya berada di Sumsum Tulang Merah iaitu tempat asalnya. Dia terkenang saat-saatnya sebagai seorang Eritroblas muda yang dilatih oleh Makrofaj untuk menjadi seorang Sel Darah Merah. Pada suatu hari, ketika sedang berlatih melarikan diri dari bakteria, dia tersesat dan terpisah daripada rakan-rakannya yang lain. Dia terperangkap oleh sebuah bakteria Pseudomonas yang ingin membunuhnya sebelum mencari sel-sel darah yang lain. Seorang Mielosit muda datang membantunya dan walaupun tiada kebolehan mementang bakteria itu, dia dapat memberi masa terhadap Makrofaj dan Neutrofil untuk tiba dan membunuh bakteria itu. Dia berterima kasih terhadap Mielosit kerana membantunya lalu berpisah untuk menjalankan kehidupan masing-masing dengan harapan mereka dapat bertemu bersama lagi. Pada masa kini, dia terserempak dengan U-1146. Ketika U-1146 menunjukkan arah ke destinasinya, dia berasa bahawa Mielosit yang menyelamatkannya kini menjadi U-1146.

    Kemudian, U-1146 menyelamatkan Sel Biasa daripada serangan Sel Kanser. Sel Biasa kemudiannya menjelaskan bahawa terdapat lebih banyak Sel Kanser dalam kompleks rumah pangsanya lalu membawa U-1146, Sel T Pemusnah dan Sel NK ke rumah pangsanya. Namun, Sel T Pemusnah dan Sel NK berterusan bermusuh-musuhan dan tidak ingin bekerja sama. Kumpulan itu berpisah dan ketika bersendirian, Sel NK mendapat tahu bahawa Sel Biasa sebenarnya seorang Sel Kanser. 
    7 "Sel Kanser"
    "Gansaibō" (がん細胞) 
    19 Ogos 2018
    Sel NK bertarung dengan Sel Kanser yang dapat berubah bentuk dan menyebarkan diriya ke persekitaran. Sementara itu, U-1146 dan Sel T Pemusnah menjumpai klon-klon Sel Kanser. Sel-sel Kanser tersebut meminta penghantaran nutrien yang amat banyak ke rumah pangsa mereka untuk menjamin kehidupannya, tetapi AE3803 berasa ragu-ragu dan memberi amaran terhadap sistem imun badan. U-1146, Sel T Pemusnah dan Sel NK bimbang kerana dikhuatiri akan dibunuh sebelum tiba-tiba sel-sel imun lain datang membantu. Sel-sel Kanser telah dihapuskan tetapi Sel Kanser bersumpah untuk membalas dendam sebelum menemui ajalnya. 
    8 "Sistem Peredaran Darah"
    "Ketsueki Junkan" (血液循環) 
    26 Ogos 2018
    AE3803 menjadi penat kerana sering tersesat dan membuat keputusan untuk mengelilingi badan tanpa sebarang pertolongan. Setelah melalui perjalanan yang perit, dia dapat melalui jantung dan ke peparu untuk menukarkan karbon dioksida dengan oksigen dan seterusnya ke sel-sel badan untuk menukarkan oksigen dengan karbon dioksida. Secara tersembunyi, U-1146 mengikutinya dan membantunya memulangkan nota dan topinya yang terjatuh serta membunuh beberapa kuman yang ingin menyerangnya. Setelah itu, U-1146 memberitahu Sel T Pemusnah bahawa dia menghargai kerja-kerja keras yang dilakukan Sel-sel Darah Merah setiap hari dan berharap supaya sel-sel imun dapat hidup secara aman damai bersama sel-sel lain, tetapi Sel T Pemusnah bertindak menumbuknya lalu menyuruhnya agar kembali bekerja. AE3803 bertemu U-1146 dan bercerita tentang pengalaman sepanjang hari tersebut manakala Sel T Pemusnah berjalan-jalan sambil melihat sel-sel imun bersahabat dengan sel-sel lain dan menafikan kecemburuannya dengan perasaan geram. 
    9 "Timosit"
    "Kyōsen Saibō" (胸腺細胞) 
    2 September 2018
    Ketika Sel T Pemusnah dan Sel T Pembantu bertengkar tentang kaedah-kaedah latihan, Sel Dentritik berkongsi album gambarnya bersama Sel-sel T Naif dan bercerita tentang masa-masa dahulu kedua-dua sel itu. Ketika latihan di Timus, bakal Sel T Pembantu dan Sel T Pengawal dengan mudahnya lulus dalam kesemua kursus pertarungan dan halangan manakala bakal Sel T Pemusnah mengalami kesukaran. Sel T Pembantu berasa hina terhadapnya tetapi memberi nasihat yang membantunya lulus dalam ujian terakhirnya. Sel T Pemusnah berjanji untuk menjadi pelindung yang bernilai dalam badan dan Sel T Pembantu berkeputusan untuk menjadi ketua. Pada masa kini, Sel T Pemusnah dan Sel T Pembantu terjumpa album foto tersebut. Dengan penuh malu, kedua-dua sel tersebut cuba merampas album tersebut untuk dimusnahkan tetapi gagal. Sel T Pengawal berasa bahawa mereka masih dungu seperti ketika mereka menjalani latihan. 
    10 "Staphylococcus aureus"
    "Ōshoku Budō Kyūkin" (黄色ブドウ球菌) 
    9 September 2018
    AE3803 diselamatkan daripada seekor kuman oleh sel imun misteri bernama Monosit yang tidak berkata-kata dan memakai sut hazmat. Seterusnya, rongga hidung diserang oleh sekumpulan bakteria Staphylococcus aureus. Berhasrat untuk membalas dendam atas rakannya yang dibunuh dalam episod “Lelasan Kulit”, mereka bergabung menjadi bakteria gergasi yang dapat memerangkap sel-sel darah putih dalam jaringan fibrin. Sepasukan skuad Monosit tiba dan membuka sut hazmat dan terbongkar menjadi Makrofaj. Makrofaj seterusnya membunuh kumpulan penyerang dengan mudah. Ketika sel-sel darah putih berterima kasih kepada pasukan Makrofaj kerana menyelamatkannya, AE3803 menyoal salah satu Makrofaj tentang bagaimana mereka dapat memuatkan pakaian besarnya ke dalam sut Hazmat, tetapi mereka hanya merahsiakannya. 
    11 "Strok Haba"
    "Netchūshō" (熱中症) 
    15 September 2018
    Badan mengalami strok haba, menyebabkan berlakunya gelombang haba melanda bahagian dalam badan dengan bekalan air semakin terhad. Malah, situasi menjadi lebih parah apabila bakteria Bacillus cereum yang tidak terkesan dengan haba menyerang badan tersebut. Ketika sel-sel lain berusaha bertahan dengan haba dalam badan, U-1146 mengejar bakteria itu tetapi mula keletihan. Hanya ketika seolah-olah kesemuanya sudah berakhir, badan mendapat suntikan bendalir, memberi ruang kepada sel-sel untuk pulih dan U-1146 untuk mengalahkan bakteria itu. 
    12 "Renjatan Hipovolemik (Bahagian I)"
    "Shukketsusei Shokku (Zenpen)" (出血性ショック(前編)) 
    23 September 2018
    AE3803 ditugaskan menjadi mentor kepada seorang Sel Darah Merah baharu bernama, NT4201 tetapi menghadapi kesukaran untuk membimbingnya. AE3803 berasa malu kerana sering tersesat jalan dan mendapat tahu bahawa NT4201 lebih mahir tentang badan dan mementingkan kecekapan dalam pekerjaannya. Kemudian, badan mengalami kecederaan di kepala hingga menyebabkan kehilangan darah yang banyak. U-1146 berusaha mengalahkan kuman-kuman yang memasuki bahagian yang tercedera tetapi terkejut apabila mendapati bahawa sel-sel darah merah dalam badan semakin berkurangan. 
    13 "Renjatan Hipovolemik (Bahagian II)"
    "Shukketsusei Shokku (Kōhen)" (出血性ショック(後編)) 
    30 September 2018
    Keadaan dalam badan semakin parah apabila lebih banyak sel darah merah hilang akibat peningkatan tekanan darah serta suhu badan yang menurun hingga berlakunya ribut salji di dalam badan. AE3803 dan NT4201 giat mengantar oksigen, tetapi NT4201 mula hilang harapan dan merungut bahawa segala kerja kerasnya tidak ada gunanya dan berkata bahawa badan akan mati. Kemudian, badan menerima pemindahan darah. Sel-sel darah merah yang diterima badan, meskipun kurang biasa dengan persekitaran baharunya, bekerjasama untuk menghantar oksigen ke seluruh badan sehingga dapat memulihkan badan seperti biasa. Pada pengakhirannya, NT4201 meminta maaf kerana memandang rendah terhadap AE3803 dan sel-sel tersebut kembali bekerja seperti biasa. 
    Istimewa "Selesema"
    "Kaze Shōkōgun" (風邪症候群) 
    26 Disember 2018
    Seorang Sel Biasa yang bosan dengan tugas-tugas biasanya serta diganggu oleh jiran-jiran Sel T Pembunuh berkawan dengan seorang sel aneh yang tidak berkata-kata dan memakai topi yang pelik. Kedua-duanya melakukan jenaka terhadap pelbagai sel. Lama-kelamaan, sel misteri tersebut mendedahkan bahawa dirinya merupakan sel yang dijangkiti virus dengan topinya merupakan virus yang menjalani penggandaan. Dia cuba menjangkiti Sel Biasa tetapi dapat dibasmikan oleh sel-sel imun yang datang. Selepas virus dikenal pasti sebagai rinovirus (virus selesema), sel-sel imun menasihatkan Sel Biasa agar mengenal pasti patogen pada masa akan datang. Sel Biasa yang kini sudah berbaik dengan jirannya mengajak sel-sel imun untuk bermain badminton. 

    Cells at Work!! (musim kedua) sunting

    No. Tajuk Tarikh penyiaran
    1 "Gumpalan"
    "Tankobu" (たんこぶ) 
    9 Januari 2021 (2021-01-09)
    Ketika mengejar suatu kuman, U-1146 menemui seorang platelet baharu bergelar Backward-Cap ("Si Topi Terbalik") yang giat berlatih dirinya. Ketika itu, suatu insiden di bahagian kepala menyebabkan salur darah pecah secara dalaman, dan para platelet mula bekerjasama untuk menghentikan pendarahan itu. Ketua platelet, megakariosit (penghasil platelet) menawarkan ganjaran pingat emas kepada platelet yang cemerlang sebagai motivasi untuk menghalang pendarahan. Dengan itu, para platelet membentuk suatu rangkaian manusia untuk mencapai kawasan yang pecah dan melakukan pembekuan darah untuk menutup kawasan itu. 
    2 "Keimunan Terperoleh / Tempelan Peyer"
    "Kakutoku Men'eki / Paieru-ban" (獲得免疫 / パイエル板) 
    16 Januari 2021 (2021-01-16)

    "Keimunan Terperoleh": Sel Ingatan terbayang babak kebinasaan dan percaya bahawa dia telah memperoleh kekuatan untuk melihat masa depan. Kelenjar parotid diserang oleh virus beguk. Ketika sel imun melawannya, Sel B tidak dapat membuat antibodi tanpa maklumat Sel Ingatan, tetapi Sel itu obses dengan cubaan "melihat" masa depan, tetapi tidak berguna. Ketika Sel B memukulnya dengan kecewa, dia menyedari bahawa dia benar-benar menyaksikan peristiwa masa lalu ketika badan itu menerima vaksin beguk. Sel B mencipta antibodi daripada maklumat itu dan menghapuskan virus. Selepas itu, Sel B menerangkan mengapa dia mengambil masa yang lama untuk ingat perkara itu sehingga sel-sel bertindak menyerang Sel Ingatan.

    "Tempelan Peyer": U-1146 mengambil AE3083 dan NT4201 dalam suatu lawatan ke usus kecil, tetapi Sel T Pembunuh mengejeknya kerana tidak fokus pada pekerjaannya. Usus kecil kemudiannya diserang oleh bakteria Campylobacter yang mengambil Sel Epitelium pada usus sebagai tebusan. Sel darah putih menyerah dan menuruti tuntutan bakteria untuk mengaibkan diri mereka sendiri. Namun, mereka perlahan-lahan memikat bakteria ke tempelan Peyer di mana bakteria diserang dan dihancurkan. Selepas itu, Sel T Pembunuh meminta maaf kepada U-1146, tetapi menarik balik permintaan maafnya ketika U-1146 menyedari bahawa dia lupa tentang AE3083 dan NT4201 dan bergegas untuk memeriksa mereka. 
    3 "Demam Denggi / Jerawat"
    "Dengu Netsu / Nikibi" (デング熱 / ニキビ) 
    23 Januari 2021 (2021-01-23)

    "Demam Denggi": Sel-sel mengeluh kepada Sel Masta ketika dia melepaskan histamin berlebihan bagi masalah kecil lalu menyebabkan keradangan, membuatnya marah dan bersumpah untuk tidak melakukan tugasnya. Empunya badan kemudian digigit nyamuk yang menghisap beberapa sel darah, kemudian menjangkiti tubuh dengan virus denggi. Virus ini mengambil alih sel Langerhans dan menyerang badan. Walaupun melihat kerosakannya, Sel Masta enggan melepaskan histamin sehingga Basofil menyuruhnya melakukan apa yang menurutnya betul. Histamin mengganggu sel yang dijangkiti dan memberi amaran kepada sel-sel imun sehingga mereka dapat menghapuskan virus. Sel meminta maaf kepada Sel Masta, tetapi dia bersyukur bahawa dia benar selama ini dan tidak melakukan sesuatu yang salah dengan rembesan histamin sebelumnya.

    "Jerawat": U-1146 menyelidiki liang yang berubah menjadi jerawat dan mendapati bakteria jerawat telah menawan sel penghasil rambut dan sebum untuk memastikan mereka diberi makan sebum. Bakteria juga membunuh beberapa Neutrofil dan mengubah mereka menjadi nanah. Sel rambut muda hampir menyerah dan putus asa dan mengatakan bahawa mereka hanya satu rambut dan tidak penting, tetapi U-1146 memberitahunya bahawa setiap individu itu penting. U-1146 melawan para bakteria, tetapi ketua mereka dapat tumbuh semula sebanyak mungkin kerana sebum yang dimakannya. Dengan menggunakan kata-kata U-1146, anak itu mendorong saudara-saudaranya bahawa mereka dapat membantu dengan menghasilkan sebum yang berlebihan. Ketua menjadi sangat marah sehingga dia hampir tidak dapat bergerak, membolehkan U-1146 membunuhnya. U-1146 hampir lemas di sebum, tetapi berjaya bertahan. 
    4 "H. Pylori / Peralihan Antigen"
    "Pirorikin / Kōgen Hen'i" (ピロリ菌 / 抗原変異) 
    30 Januari 2021 (2021-01-30)

    "H. Pylori": Sel Normal yang bermimpi menyelamatkan seseorang seperti yang dilakukan oleh sel-sel imun, menemui empat bakteria kecil lagi comel dan menjadikannya sebagai haiwan peliharaan. AE3083 menyampaikan oksigen kepadanya sementara U-1146 mengesan bakteria dan merampasnya untuk dibuang pada masa depan ketika dia dipanggil ke perut. Sel Normal mengikutinya sambil bimbang dengan bakteria. Perut kemudian diserang oleh H. Pylori. Ketika Sel Normal menyelamatkan bakteria dari serpihan yang jatuh, salah satunya berjaya mengalahkan H. Pylori, yang memungkinkan U-1146 membunuhnya. U-1146 menyedari bahawa mereka ialah bakteria asid laktik yang memanfaatkan tubuh. Bakteria itu tetap di perut sementara yang lain tinggal bersama Sel Normal. U-1146 mengucapkan terima kasih kepada Sel Normal dan mengajaknya untuk bergabung dengannya dalam rondaan.

    "Peralihan Antigen": U-1146 dan Sel Normal menuju ke usus kecil, yang penuh dengan purina, tetapi salah satu bakteria-bakteria asid laktik memakan purina itu sebelum berkeputusan untuk tinggal di sana. Kemudian, Sel Normal secara tidak sengaja menjatuhkan salah satu daripada dua bakterianya ke longkang. U-1146 dengan sedih menyatakan bahawa dia tidak berkuasa terhadap tindak balas imun sehingga dia tidak dapat memberitahu sel-sel imun tubuh lain untuk tidak menyerang bakteria itu jika mereka menganggap bakteria itu sebagai musuh, menyebabkan Sel Normal menangis sambil mengutuk sel-sel imun kerana "tidak berperasaan". Ketika itu, Sel NK tiba. 
    5 "Sitokin"
    "Saitokain" (サイトカイン) 
    6 Februari 2021 (2021-02-06)
    Sel NK menyerang Sel Normal kerana menghina para sel imun, tetapi U-1146 meredakan keadaan. Sel Dendritik menyelamatkan bakteria asid laktik yang jatuh ke dalam longkang dan merawatnya. Pada masa itu, usus kecil diserang influenza. Tambahan pula, virus itu bermutasi dan tidak terpengaruh oleh serangan sel-sel imun, menyebabkan Sel NK berada dalam keadaan putus asa. Bakteria asid laktik menghasilkan polisakarida yang menguatkan Sel Dendritik dan membantunya menghasilkan sitokin yang digambarkan sebagai gambar-gambar memalukan yang mengejutkan sel-sel imun dan memotivasi mereka untuk menjadi lebih kuat dan menghapuskan virus. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada bakteria, Sel Normal meminta maaf kepada U-1146 dan memberinya izin untuk mengambil bakteria terakhir yang dimilikinya. Sel NK memaklumkan kepada U-1146 bahawa Sel Kanser telah kembali. 
    6 "Bakteria Jahat"
    "Akudamakin" (悪玉菌) 
    13 Februari 2021 (2021-02-13)
    U-1146, Sel Normal dan Sel NK menuju ke usus besar yang penuh dengan gas beracun akibat bakteria berbahaya. AE3083 bergabung dengan platelet dalam perjalanan ke usus besar. Sel T Pembunuh utama telah diangkat menjadi Sel T Ingatan dan menyertai mereka dalam mencari Sel Kanser. U-1146 memberitahu Sel Normal untuk pergi sendiri dan mencari di mana bakteria asid laktik terakhir berada. Bakteria berbahaya kemudian menyerang usus besar, memaksa Sel Normal melarikan diri sementara AE3083 membantu platelet menyelamatkan diri. Sel Kanser menyerang U-1146, Sel NK dan Sel T Ingatan. Mereka kemudian membunuhnya, tetapi rupa-rupanya yang dibunuh hanya salinan sel asal. Sel asal muncul lalu memukul mereka, mengatakan bahawa mereka akan melihat siapa antara mereka yang layak bertahan. 
    7 "Sel Kanser II (Bahagian I)"
    "Gan Saibō Tsū (Zenpen)" (がん細胞II(前編)) 
    20 Februari 2021 (2021-02-20)
    Sel Normal, AE3083 dan platelet terus menyelamatkan diri. Sel T Ingatan mengingati teknik Sel Kanser, memberikan kelebihan kepada pasukannya, tetapi mereka terkejut ketika Sel T Pengawal tiba lalu mempertahankan Sel Kanser, percaya bahawa dia ialah Sel Kanser yang layak dilindungi. U-1146 tercedera dan Sel Kanser memerangkapnya ke dalam suatu bekas, mengatakan bahawa dia kagum dengannya kerana dianggap menjadi pembela ketika fungsinya adalah untuk membunuh. Sel Kanser menguatkan dirinya dengan menyerap karsinogen dalam gas beracun dan merancang untuk membunuh tubuh sehingga semua sel akan mati. Walaupun dengan kata-kata itu, Sel T Pengawal terus membelanya dan dengan mudah mengalahkan Sel NK dan Sel T Ingatan. Pada masa itu, Sel Normal disudut oleh bakteria berbahaya. Bakteria asid laktik cuba mempertahankannya, tetapi diusir. Sel Normal mengarahkan bakteria itu untuk melarikan diri sebelum diserang para bakteria jahat. 
    8 "Sel Kanser II (Bahagian II)"
    "Gan Saibō Tsū (Kōhen)" (がん細胞II(後編)) 
    27 Februari 2021 (2021-02-27)
    Sel Normal diselamatkan oleh Neutrofil, tetapi mereka mula dibanjiri bakteria sehingga bakteria asid laktik kembali bersama saudara-saudaranya, menyebabkan situasi mula berpihak kepada kumpulan Sel Normal. Setelah bakteria dikalahkan, gas beracun beransur hilang. Sel T Ingatan menggunakan teknik utamanya yang berupakan pukulan perforin. Meskipun serangan itu hanya rekaan diajarkan kepadanya sebagai lelucon, serangan itu benar-benar berfungsi, dengan suatu sinaran terhasil yang mengenai Sel Kanser sehingga Sel T Pengawal akhirnya mengenalinya sebagai musuh dan berbalik melawannya. Sel Kanser terus melawan, tetapi tanpa karsinogen dalam gas beracun, dia menjadi lemah. U-1146 bebaskan diri dan membunuhnya, dengan Sel Kanser memanggil rakannya ketika dia mati. Oleh kerana bakteria asid laktik memperbaiki kerosakan, U-1146 memanggil Sel Normal sebagai wira kerana membawa mereka. Sel T Ingatan cuba mengajarkan pukulan tersebut kepada para Sel T Naif, tetapi tidak dapat meniru apa yang dia lakukan. AE3083 mengejar U-1146 sebelum mereka kembali ke rutin biasa mereka. 

    Cells at Work! CODE BLACK sunting

    No. Tajuk Tarikh penyiaran
    1 "Merokok, Kuman, Permulaan Pengakhiran."
    "Kitsuen, Saikin, Owari no Hajimari." (喫煙、細菌、終わりの始まり。) 
    9 Januari 2021 (2021-01-09)
    Sel darah merah baharu yang naif dan idealis bernama AA2153 memulakan hari pertamanya bekerja dan terkejut dengan keadaan badan. Antaranya ialah saluran darah tersumbat oleh kolesterol, sel darah merah tidak dibenarkan berehat, dan semua orang bersikap pemarah dan kasar kerana badan berada dalam keadaan tertekan. Sambil menghantar oksigen dengan sel darah merah veteran, mereka menghadapi awan karbon monoksida dan diselamatkan daripada sekumpulan bakteria Pneumococcus oleh sel darah putih bernama U-1196. Veteran yang letih memberi amanah kepada AA2153 sebelum membunuh diri dengan berlari ke arah gas karbon monoksida. U-1196 membawa AA2153 ke paru-paru yang tercemar dengan tar, dan menakutkannya ketika dia menjelaskan bahawa empunya badan itu ketagihan rokok. 
    2 "Hati, Alkohol, Kesombongan."
    "Kanzō, Arukōru, Hokori." (肝臓、アルコール、誇り。) 
    16 Januari 2021 (2021-01-16)
    AA2153 cuba menyampaikan oksigen ke ulser mulut yang diserang oleh bakteria. Dia diselamatkan oleh U-1196 dan sel darah putih yang lain, lalu empunya badan berkumur untuk membuang bakteria. Sel-sel darah putih yang lain menggoda AA2153 ketika mereka menyedari dia tertarik pada U-1196. Kemudian, empunya badan minum minuman beralkohol, menjadikan sel darah merah kemabukan. Sel darah merah yang tua membawa mereka ke hati yang digambarkan sebagai pusat pelacuran, di mana hepatosit memberikan mereka ADH dan kemudian ALDH untuk menyingkirkan racun asetaldehid. Masih dihantui oleh kematian mentornya, AA2153 dengan marah mengatakan bahawa sel darah merah bekerja keras dan mempertaruhkan nyawa mereka setiap hari sementara hepatosit bersenang-lenang, tetapi sel tua itu membawanya ke belakang pentas untuk menunjukkan kepadanya bahawa hepatosit juga stres dan kerja berlebihak. Tidak lama kemudian, seli itu meninggal dunia kerana tua dan dimakan oleh sel Kupffer untuk mengitar semula nutriennya. AA2153 meminta maaf kepada hepatosit, yang memaafkan dan menciumnya, memalukannya ketika U-1196 terserempak mereka dalam keadaan bersama. U-1196 memberi amaran kepada mereka untuk berhati-hati kerana hati berisiko mengalami sirosis. Keesokan harinya, sel darah merah mabuk sekali lagi, kemudian mengeluh ketika badan mengambil alkohol sekali lagi. 
    3 "Ereksi, Pemancutan, Kekosongan."
    "Bokki, Shasei, Kyomu." (勃起、射精、虚無。) 
    18 Januari 2021 (2021-01-18)
    Ketika badan menerima syahwat, AA2153 dipanggil ke organ pembiakan untuk melakukan ereksi. Dia dibuli oleh eritrosit veteran yang memotong barisan dan diselamatkan oleh U-1196. Bersama dua Neutrofil lain, mereka pergi ke testis yang digambarkan sebagai taman asuhan spermatogonia di mana sel Sertoli merawatnya. Kemudian, stres empunya badan menggagalkan ereksi tetapi terdapat pengambilan Sildenafil (Viagra). Pancutan mani tercapai tetapi persetubuhan membenarkan jangkitan oleh bakteria gonorea
    4 "Barisan Hadapan, Gonococcus, Serangan."
    "Saizensen, Rinkin, Kattō." (最前線、淋菌、葛藤。) 
    18 Januari 2021 (2021-01-18)
    AA2153 menenangkan beberapa Platelet yang ketakutan dengan jangkitan Gonococci. Setelah beberapa Neutrofil terkorban, pasukan Neutrofil berundur dan berkumpul kembali di nodus limfa, tetapi kapten mereka memberi amaran bahawa Gonorrhea tidak mempunyai peluang untuk sembuh secara semula jadi. Beberapa sel menuduh Neutrofil kerana tidak melakukan tugas mereka. Sementara itu, AA2153 dan rakan sepasukan menyampaikan oksigen ke kawasan terkesan, dan mendapati para Neutrofil sedang dibanjiri dan ditangkap oleh Gonococci. Gonococci menunjukkan bahawa sel-sel lain tidak menghargai Neutrofil dan mencadangkan agar menyertai mereka untuk memusnahkan badan. Apabila mereka menolak, Gonococci hampur membunuh tawanan mereka ketika AA2153 mengalihkan perhatian mereka dengan ucapan tentang bagaimana dia menghargai para Neutrofil. Ketika itu, penisilin diberikan secara lisan, melemahkan dinding sel Gonococci dan berjaya dikalahkan. Neutrofil yang terkorban dibuang sebagai nanah di dalam air kencing. Setelah membaca laporan pertempuran, Sel T menyalahkan Neutrofil atas keadaan badan yang lemah. 
    5 "Kerja Berlebihan, Keguguran Rambut, Kekeliruan."
    "Kajū Rōdō, Datsumō, Sakuran." (過重労働、脱毛、錯乱。) 
    23 Januari 2021 (2021-01-23)
    Neutrofil diserang dengan ketara semasa jangkitan Gonococci sehingga Sel T Pembunuh terlalu banyak bekerja. AA2153 menyampaikan oksigen ke sel-sel matriks rambut dan bertemu dengan U-1196 yang bersenam walaupun tercedera. Walaupun kedua-duanya teringat akan pertempuran antara Neutrofil dengan bakteria dan berterima kasih kepadanya kerana menyelamatkan nyawanya dengan mengalihkan perhatian Gonococci, dia merasa cemas dengan melewati Sel T Pembunuh yang kemudian hilang waras dan menyerang sel rambut setelah disalah anggap sebagai sel barah, menyebabkan rambut mula gugur. AA2153 mengatur sel-sel darah merah untuk menghantar oksigen ke sel rambut, dengan harapan pengekalan rambut. Sel T Pembantu memperburukkan keadaan dengan membebaskan sitokin untuk menjadikan Sel T Pembunuh lebih mengamuk, dan situasi hanya beransur pulih dengan pemberian steroid — digambarkan sebagai robot pertempuran yang menahan Sel T. Selepas itu, AA2153 mempersoalkan tujuan bekerja keras, sementara U-1196 yang sembuh mendengar sel-sel yang bercakap mengenai kejadian dengan Sel T. Akan tetapi, masalah lain timbul, kali ini di saluran kencing. 
    6 "Ginjal, Batu Karang, Tangisan."
    "Jinzō, Nyōro Kesseki, Namida." (腎臓、尿路結石、涙。) 
    30 Januari 2021 (2021-01-30)
    AA2153 pergi ke buah pinggang untuk dimandikan dan mendapati bahawa Glomerulus juga terlalu banyak bekerja dan tertekan, tetapi pemimpin mereka, Gran, enggan membiarkan mereka berehat atau mengeluh, dengan mengatakan ginjal ialah suatu organ senyap. Tubuh memperoleh batu ginjal satu sentimeter yang merobek ureter dan menyebabkan beberapa sel darah hilang dalam air kencing. Suatu tiub dimasukkan melalui uretra yang memecahkan batu itu, tetapi juga membolehkan bakteria menyerang. Sementara Neutrofil menahannya, AA2153 kembali ke ginjal dan mendesak mereka untuk berpindah, tetapi Gran enggan mengizinkannya. Para Glomerulus mula mengeluh. Gran kemudian mengorbankan dirinya untuk melindungi salah satu daripada bakteria sebelum U-1196 dapat membunuhnya. Sebelum dia meninggal, Gran meminta maaf kerana mendorong mereka dengan kuat, tetapi kerja mereka sangat penting bagi tubuh. Neutrofil menghilang sehingga tubuh mengambil antibiotik sehingga bakteria dikalahkan. Ketika Glomerulus menangis atas kematian Gran, AA2153, yang telah menjadi sangat kotor oleh kerana serangan itu, memilih untuk tidak mandi dan terus menghantar oksigen untuk memberi ruang bagi mereka rehat dan membiarkan mereka bersedih. 
    7 "Kafeina, Godaan, Kecemburuan."
    "Kafein, Yūwaku, Shitto." (カフェイン、誘惑、嫉妬。) 
    6 Februari 2021 (2021-02-06)
    Sebilangan tong oksigen yang dihantar berubah menjadi ROS yang merosakkan sebilangan sel dan menyebabkan mereka menyalahkan sel darah merah. AA2153 mendapat penghargaan kerana memberikan oksigen terbanyak daripada kalangan pemula, menyebabkan salah seorang rakannya, AC1677, menjadi cemburu. Kedua-duanya mendapati bahawa rambut belum tumbuh semula lalu menyampaikan oksigen ke sel sebum yang sekarat, tetapi ROS daripada penghantaran AC1677 menyebabkan bau badan yang tidak menyenangkan. Dengan perasaan hasad atas kejayaan AA2153, AC1677 menuruti para veteran yang membuli mereka dan mereka membuatnya ketagih dengan kafein dan arginina lalu meningkatkan tenaganya dan membiarkannya sesuai dengan kecepatan AA2153. AA2153 menolak bahan tersebut dengan menekankan daya dorongan bahan itu yang bersifat sementara. Kemudian, hidung badan berdarah. Ketika sel-sel darah cuba menahan diri dari tersedut keluar, AC1677 hilang tenaga dan kehabisan kudrat. Dia mengakui bahawa AA2153 benar dan mengundurkan diri untuk mati, tetapi AA2153 menyelamatkannya dan mengatakan bahawa memilikinya sebagai teman adalah apa yang mendorongnya untuk berjaya. Kemudian, para pengganggu mengundang AC1677 untuk mengambil kembali ubat-ubatan tersebut, tetapi dia menolaknya setelah mengalahkan ketagihan itu. 
    8 "Betis, Embolisme Pulmonari, Fikiran Cepat."
    "Fukurahagi, Haikessen, Kiten." (ふくらはぎ、肺血栓、機転。) 
    14 Februari 2021 (2021-02-14)
    Sel-sel darah merah kembali ke hati, tetapi memandangkan empunya badan minum alkohol secara berlebihan, hati kelihatan lumpuh dan hepatosit jatuh sakit. Mereka pergi ke betis dan mendapati berlaku masalah trombosis vena dalam. Pembuli berusaha membunuh AA2153 dan AC1677 dengan menendang mereka ke dalam gumpalan darah, tetapi U-1196 menyelamatkan mereka. Gumpalan darah menjadi longgar lalu bergerak ke seluruh badan, membunuh pembuli di sepanjang jalan sehingga menyumbat arteri pulmonari. Badan mula tercekik, tetapi AA2153 memberitahu sel-sel darah merah untuk menggunakan arteri bronkus sebagai jalan alternatif ke paru-paru, yang memungkinkan mereka menjaga paru-paru sehingga gumpalan larut. U-1196 memberitahu AA2153 bahawa dia ialah wira pada hari itu. Kemudian, U-1196 terus melakukan rondaan dan terkejut apabila mendapati semua sel imun yang lain hilang. 
    9 "Kekecohan, Kaki Makan Air, Erti Bekerja."
    "Ihen, Mizumushi, Hataraku Imi." (異変、水虫、働く意味。) 
    21 Februari 2021 (2021-02-21)
    AA2153 mendapati alat kelamin dijangkiti kurap dan jumlah sperma yang rendah. U-1196 memberi amaran bahawa jumlah sel darah putih adalah rendah dan AA2153 mendapati jumlah sel darah merah juga rendah. AA2153 ditugaskan untuk menjadi mentor bagi beberapa sel darah merah pemula, tetapi ini menyebabkan dia ketinggalan dalam penghantaran oksigen dan sel-sel mula mengeluh. Dia dan AC1677 pergi ke kaki, tetapi mendapati ada masalah kaki makan air. U-1196 dan sandarannya, dua Neutrofil yang lain, memerangi kurap, tetapi mengalami kesukaran sehingga empunya badan merawat jangkitan dengan butenafina hidroklorida. Sel-sel imun yang letih kemudian diperintahkan untuk memerangi kurap di tempat lain. AA2153 menjadi terobsesi dengan meniru etika kerja U-1196 lalu membuat dirinya bekerja sekuat mungkin dalam penghantarannya. AC1677 memaksanya berhenti dan berehat sambil menunjukkan bahawa badan kekal berfungsi tanpa mereka. 
    10 "Ulser Perut, Persahabatan, Kehilangan."
    "Ikaiyō, Yūjō, Sōshitsu." (胃潰瘍、友情、喪失。) 
    28 Februari 2021 (2021-02-28)
    Tubuh mengalami ulser perut, dan sel darah merah dipanggil untuk membekalkan oksigen dan nutrien sehingga perut dapat diperbaiki. Apabila beberapa sel darah merah mati akibat percikan asid perut, AC1677 melarikan diri dalam ketakutan, tetapi akhirnya kembali. Ulser dikatakan berpunca daripada H. pylori, jadi U-1196 dan para Neutrofil bertarung dengannya. Pertempuran menyebabkan gegaran dan kaki AA2153 cedera akibat percikan asid perut. AC1677 menariknya, tetapi terjatuh ke dalam asid perut dan mati. AA2153 hilang akal dan menegaskan rakannya tidak mati, sehingga sel gastrik menenangkannya. Tubuh mengambil Clarithromycin untuk menghentikan jangkitan. AA2153 begitu tertekan sehingga dia melewati U-1196 tanpa memberi salam kepadanya, lalu dia memperhatikan kaca matanya yang dibuang. AA2153 berselindung di apartmennya dan enggan bekerja. 
    11 "Terdesak, Gout, Berontak."
    "Jibōjiki, Tsūfū, Hanran." (自暴自棄、痛風、反乱。) 
    7 Mac 2021 (2021-03-07)
    Sebutir kristal besar muncul di jari kaki. Menyangka kristal itu sebagai kuman, sel-sel imun menyerang, tetapi tidak dapat merosakkannya dan hanya merosakkan persekitaran serta menyebabkan keradangan. AA2153 mengembara tanpa tujuan, dan dengan putus asa, dia pergi ke limpa dan meminta dibunuh, tetapi ditolak dan diperintahkan kembali bekerja. Sel-sel menyedari kristal itu ialah asid urik dan empunya badan sedang menderita gout. AA2153 tiba dan mengumpulkan sel-sel untuk menyerang tubuh sehingga empunya mendengarnya lalu menghentikan gaya hidupnya yang tidak sihat. Ketika dia mula mencederakan dirinya sendiri, U-1196 memeluknya dan memintanya untuk berhenti. Dia mengembalikan kaca matanya dan mengatakan bahawa bukan salahnya AC1677 mati, dan mereka harus menghormati rakan mereka yang maut dengan memulihkan badan. Semasa dia menangis, empunya badan mengambil kolkisina untuk merawat keradangan. Sementara itu, beberapa saluran darah tersumbat oleh kolesterol dan darah beku yang penuh dengan sel mati. 
    12 "Kepulangan, Jantung, Kematian."
    "Fukki, Shinzō, Shūen." (復帰、心臓、終焉。) 
    14 Mac 2021 (2021-03-14)
    AA2153 akhirnya kembali bekerja dan meneruskan latihan sebagai pemula. Ketika mereka melalui perut, dia trauma ketika teringat tentang apa yang terjadi pada AC1677, tetapi bersorak gembira ketika sel gastrik mengingatnya dan mengatakan dia gembira bahawa dia baik-baik saja, menyebabkan dia bekerja dengan penuh semangat. Saluran darah telah pecah dan penuh dengan plak, memaksa platelet untuk membaiki saluran dan menghalang sel darah merah. Akhirnya, arteri koronari tersumbat sepenuhnya. Dengan tubuh mengalami serangan jantung akibat kekurangan oksigen, sel-sel otak mengumumkan bahawa semua orang boleh berhenti bekerja kerana tubuh akan hampir mati. Sel-sel mulai merusuh. Walaupun U-1196 berusaha membuat semua orang terus bekerja dan AA2153 dengan panik berusaha mendapatkan oksigen ke jantung, jantung berhenti dan fungsi badan ditutup. 
    13 "Serangan Jantung, Pemulihan, Perubahan."
    "Shinkinkōsoku, Sosei, Henka." (心筋梗塞、蘇生、変化。) 
    21 Mac 2021 (2021-03-21)

    Tubuh menerima tekanan dada dan renjatan ke jantung. Sel-sel kemudian menyorak kepada jantung untuk berfungsi semula kecuali sel darah merah veteran yang bosan bekerja. Jantung dikejutkan oleh defibrilator dan berfungsi semula. Arteri koronari mendapat sten yang dimasukkan untuk membersihkan penyumbatan, membolehkan darah beredar lagi. Sel darah merah menghantar oksigen ke semua sel badan untuk menyelamatkannya. Setelah itu, AA2153 mengenangkan perjalanan hidupnya dan bertemu dengan U-1196 ketika mereka memperhatikan bahawa empunya badan telah memperelok perbuatannya, dengan empunya badan telah berhenti merokok, minum alkohol dan makan makanan yang tidak baik, menjadikan badan lebih sihat dan kurang tertekan. U-1196 berkata bahawa AA2153 telah matang dan AA2153 mengatakan bahawa dia selalu mengagumi U-1196, membuat mereka tersipu malu.

    Selepas penutup, badan dicucuk oleh jarum suntik yang menyedut sel darah ke dalamnya, termasuk AA2153 dan U-1196. Mereka bangun dan merasa ngeri kerana mendapati diri mereka berada dalam badan baharu yang lebih kotor daripada badan asal. 

    Novel ringan sunting

    Sebuah novel ringan Shōsetsu Hataraku Saibō (小説 はたらく細胞) telah diterbitkan pada 12 Julai 2018 oleh pihak Kodansha. Novel ini ditulis oleh Yui Tokiumi dengan ilustrasi Akane Shimizu.[48]

    Penerimaan sunting

    Rebecca Silverman daripada Anime News Network memaparkan aspek pendidikan manga meskipun terdapat kelemahan dalam penyampaian maklumat, dan akhirnya mendapati manga tersebut menghiburkan dengan watak-watak yang disukai ramai.[49] Sean Gaffney daripada Manga Bookshelf menggelarkannya "manga shonen aksi yang sangat menyeronokkan", memuji unsur karut-marut dan humor dalam manga tersebut.[50]

    Buku panduan Kono Manga ga Sugoi! 2016 menyenaraikan manga ini sebagai manga ketujuh teratas untuk pembaca lelaki.[51] Paul Gravett menyertakan manga tersebut dalam senarai "22 Komik, Novel Grafik & Manga Teratas" bagi Oktober 2016.[52] Setakat Julai 2017, manga tersebut sudah dicetak melebihi 1.3 juta naskhah.[53] Manga ini sudah tercetak melebihi 1.5 juta naskhah setakat Januari 2018.[54]

    Dr. Satoru Otsuka, felo pasca-kedoktoran di jabatan neuroonkologi molekular di Sekolah Perubatan Universiti Emory di Atlanta, Georgia, memuji perwakilan sel-sel kanser dalam episod ketujuh siri ini.[55] Guru-guru biologi di sebuah sekolah menengah yang bersekutu dengan Universiti Barat Daya China begitu kagum akan ketepatan siri tersebut sehinggakan mereka menjadikannya sebagai kerja rumah untuk para pelajar mereka.[56]

    Lihat juga sunting

    Nota sunting

    Rujukan sunting

    1. ^ "Cells at Work! Vol. 1". ComiXology. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-30. Dicapai pada 30 Ogos 2018.
    2. ^ Loo, Egan (23 November 2020). "Cells at Work! Code Black Anime Reveals More Cast, Opening Song Artist, January 9 Debut in 2nd Video". Anime News Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 November 2020.
    3. ^ https://www.animenewsnetwork.com/preview-guide/2018/summer/cells-at-work/.133973
    4. ^ a b c d e "Cells at Work! TV Anime Stars Tomoaki Maeno, Kana Hanazawa". Anime News Network. 25 Januari 2018. Dicapai pada 25 Januari 2018.
    5. ^ a b c d "Cells at Work Casts Takahiro Sakurai, Saori Hayami, M.A.O, Nobuhiko Okamoto".
    6. ^ a b c d e Ressler, Karen (25 Mei 2018). "Cells at Work Reveals Additional Cast, Opening Theme Song, July 7 Premiere". Anime News Network. Dicapai pada 25 Mei 2018.
    7. ^ a b "Cells at Work Anime's Video Reveals More Cast Members". Anime News Network. 17 Jun 2018. Dicapai pada 17 Jun 2018.
    8. ^ a b "Kodansha Comics Licenses The Prince in His Dark Days, Cells at Work! Manga". Anime News Network. Dicapai pada 4 Jun 2017.
    9. ^ a b はたらく細胞 (5). Kodansha. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    10. ^ 工作細胞. Tong Li (dalam bahasa Chinese). Dicapai pada 4 Jun 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
    11. ^ "Cells at Work! Manga Gets Spinoff Focusing on Intestinal Bacteria". Anime News Network. Dicapai pada 4 Jun 2017.
    12. ^ "Cells at Work Manga Gets New Spinoff About Cells That Don't Work". Anime News Network. Dicapai pada 19 Januari 2018.
    13. ^ Sherman, Jennifer (18 Mei 2018). "Cells at Work! Gets BLACK Spinoff Manga in June". Anime News Network. Dicapai pada 18 Mei 2018.
    14. ^ はたらく細胞 (1). Kodansha. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    15. ^ "Cells at Work! 1". Amazon. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    16. ^ はたらく細胞 (2). Kodansha. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    17. ^ "Cells at Work! 2". Amazon. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    18. ^ はたらく細胞 (3). Kodansha. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    19. ^ "Cells at Work! 3". Amazon. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    20. ^ はたらく細胞 (4). Kodansha. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    21. ^ "Cells at Work! 4". Amazon. Dicapai pada 9 Oktober 2017.
    22. ^ "Cells at Work! 5". Amazon. Dicapai pada 20 November 2017.
    23. ^ はたらく細菌(1). Kodansha. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
    24. ^ はたらく細菌(2). Kodansha. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
    25. ^ はたらく細菌(3). Kodansha. Dicapai pada 12 Oktober 2018.
    26. ^ はたらかない細胞(1). Kodansha. Dicapai pada 4 Oktober 2018.
    27. ^ はたらく細胞BLACK (1). Kodansha. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
    28. ^ はたらく細胞BLACK (2). Amazon.co.jp. Dicapai pada 29 Ogos 2018.
    29. ^ はたらく細胞BLACK (3). Kodansha. Dicapai pada 23 Mac 2019.
    30. ^ はたらく細胞BLACK (4). Kodansha. Dicapai pada 30 June 2019.
    31. ^ はたらく細胞BLACK (5). Kodansha.
    32. ^ "Cells at Work! CODE BLACK 6 by Shigemitsu Harada". Penguin Random House.
    33. ^ はたらく細胞フレンド(1). Kodansha. Dicapai pada 17 February 2020.
    34. ^ はたらく細胞フレンド(2). Kodansha. Dicapai pada 17 February 2020.
    35. ^ はたらく細胞フレンド(3). Kodansha. Dicapai pada 17 February 2020.
    36. ^ はたらく血小板ちゃん(1). Kodansha. Dicapai pada 17 February 2020.
    37. ^ はたらく血小板ちゃん(2). Kodansha. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
    38. ^ はたらく細胞BABY(1). Kodansha. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
    39. ^ はたらく細胞BABY(2). Kodansha. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
    40. ^ はたらく細胞LADY(1). Kodansha. Dicapai pada 11 Ogos 2020.
    41. ^ "Cells at Work! Manga Gets TV Anime in July". Anime News Network. 19 Januari 2018. Dicapai pada 19 Januari 2018.
    42. ^ "Cells at Work Anime Listed With 13 Episodes". Anime News Network. 7 Julai 2018. Dicapai pada 7 Julai 2018.
    43. ^ Ressler, Karen (19 Jun 2018). "Aniplex USA Announces Yuuna and the Haunted Hot Springs, Cells at Work! Anime for Crunchyroll Streaming". Anime News Network. Dicapai pada 20 Jun 2018.
    44. ^ "ClariS Performs Cells at Work! TV Anime's Ending Song". Anime News Network. 3 Mei 2018. Dicapai pada 4 Mei 2018.
    45. ^ Hodgkins, Crystalyn (March 23, 2019). "Cells at Work! Anime Gets 2nd Season" (dalam bahasa Inggeris). Anime News Network. Dicapai pada 23 Mac 2019.
    46. ^ Hodgkins, Crystalyn (21 Mac 2020). "Cells at Work! Anime's 2nd Season Premieres in January 2021 With Part of Anime Screening 1st in Theaters in September". Anime News Network. Dicapai pada 21 Mac 2020.
    47. ^ Sherman, Jennifer (13 April 2020). "January 2021 Cells at Work!! TV Anime Listed As Code Black Adaptation". Anime News Network. Dicapai pada 13 April 2020.
    48. ^ 小説 はたらく細胞. Kodansha. Dicapai pada 15 November 2018.
    49. ^ Silverman, Rebecca. "Cells at Work!". Anime News Network. Dicapai pada 4 Jun 2017.
    50. ^ Gaffney, Sean. "Cells at Work!, Vol. 1". A Case Suitable for Treatment. Dicapai pada 4 Jun 2017.
    51. ^ "Kono Manga ga Sugoi! Reveals 2016's Series Ranking for Male Readers". Anime News Network. Dicapai pada 4 Jun 2017.
    52. ^ "Top 22 Comics, Graphic Novels & Manga: October 2016". Paul Gravette. Dicapai pada 4 Jun 2017.
    53. ^ Komatsu, Mikikazu. "'Cells at Work!' Manga Gets Anime CM for Its 5th Volume Release". Crunchyroll. Dicapai pada 9 Disember 2017.
    54. ^ Komatsu, Mikikazu (18 Januari 2018). "'Hataraku Saibou' TV Anime Adaptation Set to Premiere in July 2018". Crunchyroll. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
    55. ^ Valdez, Nick (26 Ogos 2018). "Scientists Praise 'Cells at Work!' for Its Entertaining Accuracy". ComicBook.com. Dicapai pada 28 Ogos 2018.
    56. ^ Shen, Alice (17 Ogos 2018). "Why new Japanese anime series 'Cells At Work!' is a big hit in China (It's in the science)". South China Morning Post. Dicapai pada 28 Ogos 2018.

    Pautan luar sunting