Cemburu Seorang Perempuan (novel)

Cemburu Seorang Perempuan ialah novel 2003 oleh penulis novel Malaysia, Siti Hazneza Abd Hamid, terbitan Creative Enterprise yang terkenal dengan majalah komik Gila-Gila.[1] Novel ini telah diadaptasi sebagai sebuah siri drama bertajuk sama pada 2019 oleh Astro Ria.

Cemburu Seorang Perempuan
Umum
PengarangSiti Hazneza Abd Hamid
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreCinta, konflik
Penerbitan
PenerbitCreative Enterprise
Tarikh penerbitan
2003
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman350
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9838935220

SinopsisSunting

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andai syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....

Adaptasi dramaSunting

Cemburu Seorang Perempuan diadaptasikan sebagai sebuah siri drama bertajuk sama yang memulakan tayangan perdana di Slot DramaVaganza Astro Ria bermula 29 Oktober 2019, dibintangi oleh Amar Baharin, Amyra Rosli dan Emma Maembong.[2]

RujukanSunting

  1. ^ Cemburu Seorang Perempuan by Siti Hazneza Abd Hamid Goodreads. Dicapai pada 18 Mac 2020.
  2. ^ Drama Cemburu Seorang Perempuan (Astro Ria) My Infotaip (28 Oktober 2019). Dicapai pada 18 Mac 2020.