Pokok cendana (Jawi: چندان; serapan Bahasa Sanskrit: चन्दन candana[2]; nama saintifik: Santalum album[3]) ialah sejenis pokok dari keluarga Santalaceae yang kayunya berbau harum dan berwarna kuning. Pokok parasit malar hijau ini berasal dari Asia Tenggara, Kepulauan Pasifik dan Australasia.

Cendana
Koeh-128.jpg
Pokok 'Cendana
Santalum album
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. album
Nama binomial
Santalum album

BotaniSunting

Cendana bertaburan asal sepanjang kawasan tropika dari anak benua India ke Indonesia timur dan Australia utara;[4][5] ia tumbuh secara semulajadi di kawasan setinggi 1500 m di atas paras laut; mutu kayu terbaik dipercayai dapat diperoleh daripokok yang tumbuh di kawasan berketinggian antara 600–900 m.[6]

Cendana memerlukan banyak sinar matahari dan banyak dijumpai dan tumbuh baik pada hutan-hutan luruh yang terbuka dan pada daerah pinggiran hutan. Pemanasan yang lama dengan cahaya matahari yang terik menyebabkan banyak kayu-kayu gubal yang mengelupas, terutama pada pohon-pohon yang sudah tua sehingga bahagian dalaman kayu akan kelihatan terdedah buka; suhu yang tinggi juga dapat membunuh semai-semai yang baru bercambah.[7]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Santalum album". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998. 1998. Dicapai pada 8 Februari 2007. Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help)
  2. ^ Donkin, R. A. (2003). Between East and West: The Moluccas and the Traffic in Spices Up to the Arrival of Europeans. Philadelphia: American Philosophical Society. m/s. 23. ISBN 0-87169-248-1.
  3. ^ "cendana". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Orwa, Mutua. "Santalum album L. (Orwa et al.2009)" (PDF). old.worldagroforestry.org. Agroforestry Database. Dicapai pada 4 April 2009.
  5. ^ Dhanya, Bhaskar; Viswanath, Syam; Purushothman, Seema (2010). "Sandal (Santalum album L.) conservation in southern India: A review of policies and their impacts". Journal of Tropical Agriculture. 48 (1–2): 1–10. Dicapai pada 12 Jun 2010.
  6. ^ Rahm, Th. (1925). "Sandelhout op Timor". Tectona (dalam bahasa Belanda). 17: 499-545.
  7. ^ Soedarsono Riswan (2001). "Kajian botani, ekologi dan penyebaran pohon cendana (Santalum album L.)". Berita Biologi. 5 (5): 571-574. doi:10.14203/beritabiologi.v5i5.1464.

Pautan luarSunting