Cereka sains (Jawi: چريک ساءين‌س, juga fiksyen sains atau fiksi sains[1]; bahasa Inggeris: science fiction, singkatan: SF atau sci-fi) merupakan satu genre cereka luas yang sering melibatkan spekulasi berdasarkan sains dan teknologi sekarang dan masa hadapan. Cereka sains sering mengetengahkan kesan teknologi kepada individu manusia, masyarakat, negara dan dunia yang digambarkan dalam pelbagai jenis wahana baik buku, seni, televisyen dan filem, permainan video, teater dan media seumpama.

Dalam konteks organisasi atau pemasaran, cereka sains boleh sinonim dengan makna yang lleih luas bagi cereka spekulatif, melingkungi karya kreatif yang mengandungi unsur imaginatif yang tidak ditemui dalam realiti kontemporari; ini termasuklah fantasi dan seram.[2]


Rujukan sunting

  1. ^ Gallop, Annabel Teh (Dec 2022). "Malay Comic Books from the 1950s and 1960s in the British Library" (PDF). Southeast Asia Library Group Newsletter. Thai, Lao and Cambodian Collections, The British Library (54): 44–70.
  2. ^ N. E. Lilly (Mac 2002). "What is Speculative Fiction?". Dicapai pada 16 Januari 2007.