Ceria Popstar Xtra 2022

Ceria Popstar Xtra 2022 adalah merupakan program realiti terbaru nyanyian yang mana mengetengahkan bakat adik-adik yang mana berkebolehan untuk bernyanyi disamping mempersembahkan kreativiti persembahan setiap minggu. Merekalah bakal menjadi pelapis dalam industri seni negara di masa akan datang. Program ini bakal bersiaran selama 8 minggu mulai 29 Jun 2022, pada setiap hari Rabu, pukul 9.00 malam di Astro Ceria 611, menerusi On Demand dan juga boleh strim secara online di Astro Go yang mana kali ini menampilkan elemen baru iaitu 'gaming' dengan format asal dikekalkan. Tagline bagi musim ini ialah "Game On".

Ceria Popstar Xtra 2022
Negara asalMalaysia Malaysia


Ceria Popstar Xtra 2022
Dihoskan olehNabil Ahmad
Elly Mazlein
JuriJohan Raja Lawak
Mas Idayu
Haqiem Rusli
Bil. peserta10
JuaraDinda Dania
Naib juaraIqmal Romi
Negara asal Malaysia
Bil. episod8
Keluaran
RangkaianAstro Ceria
Astro Go
Tarikh siaran29 Jun –
17 Ogos 2022

Format pertandingan sunting

Berkonsepkan gaming, ‘Ceria Popstar Xtra’ akan menampilkan bakatbakat cilik tanah air yang bakal mengujakan penonton-penonton dengan kebolehan nyanyian serta kreativiti persembahan mereka. ‘Ceria Popstar Xtra’ merupakan titik permulaan bagi bakat-bakat terpendam ini dalam menggapai cita-cita untuk menjadi pelapis-pelapis industri seni pada masa akan datang.

Tambah menarik, program ini juga adalah program pertandingan nyanyian kanak-kanak pertama yang melakukan uji bakat secara online melalui TikTok, platform media sosial yang dipenuhi dengan hiburan bersesuaian dengan kanak-kanak dan remaja.

Seramai 10 peserta dipilih menerusi uji bakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada 26 Mac 2022. Semua peserta yang telah disenarai pendek adalah penyanyi solo yang berbakat. Mereka akan dilatih oleh barisan selebriti berpengalaman dari segi vokal, tarian dan juga reka bentuk set mereka.

Selain itu, program ini tampil lebih dengan karakter misteri dikenali sebagai C-X yang juga merupakan juri misteri. C-X hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh program ini. Persona C-X tidak akan diketahui kerana C-X tidak akan muncul bersama para juri yang lain dan hanya suaranya sahaja yang akan didengar bersama paparan animasinya pada skrin. Antara kelebihan C-X adalah dia mempunyai imuniti untuk menyelamatkan perserta daripada tersingkir yang hanya boleh digunakan sekali sahaja dalam musim ini. Dia juga boleh memberi komen tambahan kepada peserta-peserta selain komen para juri yang lain.

Bersiaran selama lapan minggu, ‘Ceria Popstar Xtra’ dipecahkan kepada beberapa tema yang berbeza setiap minggu sebagai cabaran seperti konsert solo mengikut kisah masing-masing, persaingan duet serta medley lagu artis lokal dan antarabangsa.

Secara uniknya, penyingkiran setiap peserta juga bergantung kepada ‘nyawa’ mereka yang ditentukan seperti konsep gaming yang sebenar.

Antara konsep-konsep gaming yang diterapkan adalah:

XTRA LIFE
Setiap juri mempunyai Xtra Life, iaitu imuniti untuk diberikan kepada peserta yang tersingkir untuk menyelamatkan mereka. Setiap juri hanya boleh menggunakan imuniti ini sekali sahaja. Selain juri, C-X juga mempunyai satu Xtra Life untuk menyelamatkan peserta daripada tersingkir dan ini hanya akan didedahkan pada minggu ketujuh sebagai kejutan.

XTRA STAR SCOREBOARD
Setiap peserta akan mendapat bintang berdasarkan ranking persembahan mereka pada setiap minggu. Bintang-bintang ini akan terus dikumpul sehingga minggu separuh akhir. Peserta yang mengumpul jumlah bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ pada minggu akhir.

MVP OF THE WEEK
Peserta yang mendapat tempat pertama berdasarkan markah mereka akan mendapat ‘MVP Of The Week’ dan akan duduk di sebuah kerusi yang istimewa dipanggil ‘Takhta MVP’. Pemilihan ‘MVP Of The Week’ akan bermula pada minggu kedua.

Peserta dengan markah tertinggi pada penghujung rancangan ini akan dinobatkan sebagai ‘Juara Ceria Popstar Xtra’ dan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit.

Juara musim ini akan membawa pulang RM20,000.00 manakala naib juara akan membawa pulang RM10,000.00. Tempat ketiga pula akan membawa pulang wang berbentuk RM5,000.00.

Peserta yang mengumpul bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ yang membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000.00.

Selain itu, pengacara, pelakon, pelawak dan pengarah versatil popular Malaysia, Nabil Ahmad kembali mengacara program ini bersama-sama dengan penyanyi serba boleh, Elly Mazlein. Keceriaan program ini diserikan lagi dengan penampilan Johan dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

‘Ceria Popstar Xtra’ turut membariskan nama-nama hebat sebagai juri jemputan yang 3 digelar sebagai Xvengers. Tugasan Guru Vokal pula digalas oleh Azrin Noor, iaitu guru vokal All Together Now Malaysia. Manakala naib juara All Together Now Malaysia musim pertama, Zaidy dilantik sebagai sebagai Guru Tarian.

Dengan tagline ‘Game On!’, program yang menggabungkan elemen pertandingan nyanyian dengan konsep gaming ini menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih unik dan mengujakan dengan pelbagai sisipan kreativiti yang menarik serta dalam masa yang sama mengekalkan format asalnya.

Ujibakat sunting

Ujibakat Ceria Popstar Xtra telah diadakan secara tertutup di Hotel Tentera, Bangi, Hulu Langat Selangor yang diadakan pada 26 Mac 2022. Hasilnya seramai 10 orang peserta telah disenaraipendekkan sebagai finalis musim kali ini.

Senarai Popstar sunting

(Umur peserta dicatat sewaktu pertandingan)

Popstar Umur Asal
Ahmad Zaki Yamani bin Jamal Ubaidillah (Zaki Yamani) 16 Kajang, Selangor
Dhiyaa Raidah Alisha binti Ruzaimi (Dhiyaa) 11 Kuala Lumpur
Said Faleeq bin Mohd Fareez (Faleeq) 8 Puchong, Selangor
Putri Nur Fadillah binti Abdul Rahim (Dilla) 15 Merlimau, Melaka
Zuhairah Amanina Farhanah binti Mohd Faudzi (Amani) 12 Pasir Gudang, Johor
Nur Marsha Auni Zahira binti Mohd Rizal Fuadzam (Adik Marsha) 13 Selayang, Selangor
Dania Zafirah binti Sulaiman (Dinda Dania) 17 Sepang, Selangor
Fathin Nur Insyierah Damia binti Mohd Khalil (Damia) 16 Taiping, Perak
Ariff Hilmy bin Muhammad Amir (Ariff) 17 Klang, Selangor
Muhamad Nur Iqmal bin Romizan (Iqmal) 17 Simpang Pertang, Negeri Sembilan

Ringkasan konsert sunting

Minggu 1 sunting

Tarikh siaran: 29 Jun 2022
Tema: Bebas
X-Vengers jemputan: Zizan Razak

Peserta Lagu (penyanyi asal)
Popstar Lagu (penyanyi asal)
Marsha "Aku Takkan Bersuara" (Nike Ardilla)
Zaki "Cinta Sampai Mati" (Raffa Afar)
Dhiyaa "Teman" (Iman Troye)
Dilla "Sampai Bila" (Misha Omar)
Ariff "Kau Pun Sama" (Syamel)

Highest Score: Ariff
Bottom two Zaki & Marsha
Game Over: Tiada

Minggu 2 sunting

Tarikh siaran: 6 Julai 2022
Tema: Bebas
X-Vengers jemputan: Zizan Razak

Popstar Lagu (penyanyi asal)
Iqmal "Aku Yang Tersakiti" (Judika)
Damia "Ku Bersuara" (Ernie Zakri)
Amani "Semakin" (Siti Sarah)
Faleeq "Dynamite" (BTS)
Dinda "Siapa Tak Mahu" (Siti Nurhaliza)

MVP Of The Week: Dinda
Bottom three: Zaki, Dhiyaa & Marsha
Game Over: Zaki & Dhiyaa

Minggu 3 sunting

Tarikh siaran: 13 Julai 2022
Tema: Era Sebelum Lahir
X-Vengers jemputan: Erra Fazira

Popstar Lagu (penyanyi asal)
Faleeq "Dugaannya" (Hujan)
Ariff "Livin La Vida Loca" (Ricky Martin)
Iqmal "Resah Kerinduan" (Spin)
Marsha "Jangan Kau Mimpi" (Siti Sarah)
Damia "Kesilapanku Keegoanmu"
(Siti Nurhaliza)
Dinda "Mengapa" (Nicky Astria)
Amani "Tiada Tangis Lagi" (Ella)
Dilla "My Heart Will Go On" (Celine Dion)

MVP Of The Week: Amani
Bottom three:
Game Over: Faleeq

Minggu 4 sunting

Tarikh siaran: 20 Julai 2022
Tema: Hit Lit Lit
X-Vengers jemputan: Ismail Izzani

Popstar Lagu (penyanyi asal)
Dilla "Jangan Menangis Cinta" (Idayu)
Iqmal "24434" (Floor 88)
Marsha "Easy On Me" (Adele)
Ariff "Ring Ring" (Luqman Podolski)
Dinda "Bila Nanti" (Nabila Maharani)
Damia "Putus" (Nabila Razali)
Amani "Korban" (Ernie Zakri)

MVP Of The Week: Amani
Bottom three:
Game Over: Damia

Minggu 5 sunting

Tarikh siaran: 27 Julai 2022
Tema: Reboot vs Ribut
X-Vengers jemputan: Dato' AC Mizal

Popstar Lagu (penyanyi asal)
Dilla "Money" (Lisa Blackpink)
Iqmal "Cintaku 100%" (Mas Idayu)
Marsha "Ya Maulai" (Dato' Sri Siti Nurhaliza)
Dinda "Syurga Ditelapak Kaki Ibu" (Aishah)
Amani "Dolla Make You Wanna" (Dolla)
Ariff "Sesungguhya" (Raihan)

MVP Of The Week: Iqmal
Bottom three:
Game Over: Marsha

Minggu 6 sunting

Tarikh siaran: 3 Ogos 2022
Tema: Rematch
X-Vengers jemputan: Han Byul

Popstar Lagu (penyanyi asal)
Zaki "Tujh Mein Rab Dhita Hai" (Roop Humar Rrthod & Shaeya Goshal)
Faleeq "A Whole New World (Zayn & Zhavia Ward)
Marsha "Deen Assalam" (Sabyan)
Damia "Tinak Tin Tana" (Udit Narayan & Alka Yagnik)
Dhiyaa "Title" (Meghan Trainor)

MVP Of The Week: Damia
Bottom three: Tiada
Game Over: Tiada
Imunnity: Damia

Minggu 7: Separuh Akhir sunting

Tarikh siaran: 10 Ogos 2022
Tema: Multiplayer
X-Vengers jemputan: Dato' Aznil Haji Nawawi

Popstar Artis Lagu (penyanyi asal)
Ariff Wani Kayrie "Tak Ada Logika" (Agnez Mo)
Dinda Aisha Retno "Drama" (Ning Baizura, Nikki & Yanie)
Iqmal Amir Masdi "Kasih Latifah" (Spider)
Amani Ara Johari "Cinta" (Marsha Milan)
Dilla Khai Bahar "Memori Berkasih" (Achik Spin & Siti Nordiana)
Damia Liza Hanim "Laksamana Raja Di Laut" (Iyeth Bustami)

MVP Of The Week: Amani
Bottom three:
Game Over: Dilla & Ariff

Minggu 8: Kemuncak sunting

Tarikh siaran: 17 Ogos 2022
Tema: Grand Finale
X-Vengers jemputan: Mira Filzah

Popstar Lagu (penyanyi asal)
1st Round
Amani "Paku" (Ara Johari)
Iqmal "Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti" (Anneth)
Dinda "Gundah" (Ernie Zakri)
Damia "Canggung" (Wany Hasrita)
2nd Round
Amani "Pudar" (Indah Ruhaila)
Iqmal "Malam Ini Kita Punya" (Bunkface)
Dinda "Pelesit Kota" (Search)
Damia "Sumpah" (Aina Abdul)

Star Award: Dinda
Fourth place: Amani
Third place: Damia
Runner-up: Iqmal
Champion: Dinda

Carta penyingkiran sunting

Kedudukan Mingguan Popstar Xtra
Popstar 3 4 5 6 7 Akhir
13/7 20/7 27/7 03/8 10/8 17/8
Dinda 1st
Iqmal 2nd
Damia Elim Imm 3rd
Amani 4th
Ariff Elim
Dilla Elim
Marsha Elim
Faleeq Elim

Penglibatan sunting


X-Vengers jemputan
Trivia

Identiti juri C-X akan dirahsiakan sepanjang konsert berlangsung kerana hanya suara beliau yang akan kedengeran untuk memberi komen kepada semua para peserta. Identitinya akan didedahkan pada konsert minggu separuh akhir.

Hadiah sunting

Tempat Hadiah
Juara Wang tunai RM20,000.00
Trofi
Naib Juara Wang tunai RM10,000.00
Trofi
Tempat Ke-3 Wang tunai RM5,000.00
Trofi
Tempat Ke-4 Wang tunai RM3,000.00
Trofi
MVP Of The Week Wang tunai RM3,000.00

Rujukan sunting