Cerita-cerita Mendiang Ivan Petrovich Belkin (karya)

Cerita-cerita Mendiang Ivan Petrovich Belkin ialah siri lima cerita pendek dan rencana pengarang rekaan oleh penulis Rusia Aleksandr Pushkin. Himpunan mula dengan kata pengantar pengarang, dalam mana Pushkin berpura-pura menjadi penerbit cerita-cerita Belkin. Cerita-cerita yang terkandung tiada kaitan satu sama lain, melainkan dinyatakan dalam rencana pengarang bahawa semua cerita dikisahkan oleh berbagai orang kepada Ivan Petrovich Belkin, seorang pemilik tanah yang baharu meninggal dunia. Pendahuluan pengarang terus menyatakan bahawa Belkin seorang yang menarik dan penuh misteri, hingga ke tahap di mana wanita yang ditinggalkan harta pusakanya tidak pernah bertemu dengannya. Juga dinyatakan dalam kata pengenalan bahawa pada masa lapangnya Belkin gemar mengumpul dan mendengar cerita, dan beberapa cerita tersebut akan dipersembahkan kepada pembaca.

Cerita-cerita Mendiang Ivan Petrovich Belkin
Potret A Pushkin oleh P Sokolov
Umum
PengarangAlexander Pushkin
NegaraRusia
BahasaBahasa Rusia
GenreCereka

Cerita-cerita sunting

Tembakan sunting

 
Sepasang pistol yang digunakan untuk perang tanding.

Kisah ini diceritakan kepada Belkin oleh seorang kolonel I.L.P., yang pada perkhidmatan awal ketenteraannya ditempatkan di satu tempat terpencil. Anggota tentera sentiasa berkunjung menemui seorang yang berperangai pelik bernama Silvio untuk bermain terup. Silvio sentiasa berlatih menembak, dan dinding rumahnya penuh dengan lubang peluru. Pada suatu ketika tuan rumah dihina oleh seorang pelawat, tetapi beliau tidak mencabar pelawat itu dengan ujian berperang tanding, seperti yang seharusnya dilakukan. Beliau dianggap pengecut oleh sebahagian besar anggota tentera, tetapi beliau dapat memberia alasan: beberapa tahun dahulu beliau telah terlibat dengan perang tanding, di waktu mana lawannya memakan buah ceri sementara menunggunya menembak. Beliau memutuskan bahawa nampaknya nyawa tidak berharga kepada lawannya, justeru beliau tidak akan menembak dan sebaliknya meminta perang tanding itu ditangguhkan. Sekiranya beliau sekarang berperang tanding dengan soldadu itu kerana permainan terup, beliau sudah pasti akan membunuhnya, tetapi juga risiko kecil bertemu ajal sebelum mebalas dendam tidak berbaloi. Walau bagaimanapun, Silvio mendapat berita bahawa bekas lawannya sudah bertunang, dan Silvio percaya bahawa beliau sekarang kurang tidak mengendahkan nyawanya . Inilah saat yang ditunggu-tunggu Silvio dan beliau pun berangkat untuk melepaskan dendam.

Selepas beberapa tahun, pengisah bersara daripada pekhidmatam aktif dan berangkat ke estetnya di desa. Selepas beberapa ketika, jirannya tiba dan pengisah mengujungi mereka sejenak kemudian. Pengisah memperhatikan sebuah lukisan landskap Swiss yang padanya terdapat dua lubang peluru yang terletak sangat berhampiran satu sama lain, tergantung pada dinding. Melihat ini, pengisah memberitahu jirannya bahawa semasa beliau berkhidmat dalam tentera beliau mengenali seorang yang amat luarbiasa kecekapan menembaknya dan menceritakan kisah Silvio kepada count [jirannya] itu. Count dicengkam ketakutan, dan memaklumkan penhisah bahawa beliaulah lawan Silvio, dan sejurus sebelum perkahwinannya, Silvio telah tampil meminta haknya untuk berperang tanding. Jiran itu mendapat hak untuk menembak dahulu, tetapi tersasar, dan pleru mengenai lukisan. Seketika Silvio membidik sebelum melepaskan tembakan, isteri baharu jiran itu memasuki bilik. Silvio mengasihani beliau dan kemudiannya tanpa membidik, menembak lukisan itu pada tempat yang hampir-hampir sama tempat tembakan count, dan dengancara itu menyelamatkan nyawa count dan menunjukkan betapa mudahnya beliau dapat mengakhirinya.

Ribut Salji sunting

 
Ilustrasi Ribut salji edisi Perancis c. 1843.

Cerita ini dikisahkan kepada Belkin oleh Cik K.I.T., yang sendirinya tidak terlibat dengan cerita. Ribut salji, menceritakan kisah seorang wanita muda bangsawan, Marya Gavrilovna, dan kekasih mudanya, seorang leftenan bernama Vladimir. Sebab-musabab perhubungan mereka tidak diberikan secara khusus, akan tetapi kisah menyatakan "Marya Gavrilovna membesar dengan novel Perancis dan akibatnya terjatuh cinta". Orang tua Marya Gavrilovna tidak merestui perhubungan itu oleh sebab jurang sosial antara kedua-dua mempelai itu, dan Marya Gavrilovna dan pembantunya berkomplot dengan Vladimir untuk kahwin lari dalam upacara rahsia pada tengah malam di sebuah kampung berdekatan. Mula-mula, Marya Gavrilovna bersetuju dengan rancangan itu, tetapi apabila upacara itu semangkin hampir, beliau bertambah risau. Pada malam upacara itu, beliau hampir tidak pergi kerana di samping kerisauannya, ribut salji juga sedang melanda, akan tetapi pembantunya memujuknya agar pergi juga.

Dalam pada masa itu, Vladimir berangkat dari penempatan tentera menuju ke gereja. Walau bagaimanapun, beliau sesat akibat ribut salji yang teruk. Dia berhenti seketika di sebuah perkampungan kecil untuk bertanya jalan hanya untuk diberithau bahawa beliau telah berjalan ke arah bertentangan sepanjang malam dan terlalu jauh untuk menghadiri upacara perkahwinan pada masa yang dijanjikan. Pada keesokkan hari, Marya Gavrilovna pulang ke rumah dan tidur seakan-akan tiada ada pa yang berlaku, namun, beliau jatuh sakit demam dan meracau. Sepanjang keadaan separuh sedarnya beliau menggumamkan beberapa perkara, dan satu daripadanya ialah rancangannya untuk kahwin lari dengan Vladimir. Apabila mendengar gumaman ini, ibu bapa Marya Gavrilovna memberi izin untuk dia berkahwin dengan Vladimir, tetapi apabila mereka cuba menghubungi Vladimir, mereka menerima surat yang menyatakan bahawa Vladimir telah bergerak bersam tentera, dan pengisah memberitahu pembaca bahawa tidak lama selepas itu, Vladimir terbunuh dalam Pertempuran Borodino.

Selepas peristiwa ini, Marya Gavrilovna dan keluarganya berpindah ke estet baharu, dan selepas beberapa waktu, ramai pelamar datang untuk minta berkahwin dengan Marya Gavrilovna. Marya Gavrilovna, yang tampaknya masih mencintai Vladimir, menolak semua melainkan seorang anggota tentera berkuda (hussar) bernama Bermin. Perhubungan mereka berkembang, sehingga pada satu hari, Marya Gavrilovna sedang membaca di tepi tasik, dan mengetahui bahawa semasa Bermin datang melawatinya nanti, Bermin akan mengajaknya berkahwin. Namun, Bermin memberitahu Marya Gavrilovna bahawa walaupun beliau mencintainya, beliau tidak dapat berkahwin dengannya kerana pada suatu malam, beberapa tahun dahulu, beliau bersama beberapa pegawai tentera lain sedang berjalan dalam ribut salji dan menjadi sesat. Beliau berhenti di satu pekan kecil di mana beliau bertemu seorang paderi yang memberitahunya yang beliau [Bermin] lambat untuk majlis perkahwinannya. Beliau di bawa masuk ke dalam satu dewan di mana Marya Gavrilovna sedang menunggu ketibaan bakal suaminya telah pengsan. Beliau ditanya sama ada mahu menjalani upacara perkahwinan dan terus bersetuju. Upacara dijalankan dan semasa Bermin cuba mengucup isterinya, Marya Gavrilovna terperanjat kerana suaminya bukan Valdimir dan pengsan sekali lagi. Bermin bergegas meninggalkan dewan. Selepas menceritakan kisah ini Bermin memberitahu Marya Gavrilovna bahawa beliau masih setia terhadap isterinya, walaupun beliau tidak mengenali wanita itu. Marya Gavrilovna bertanya mengapa Bermin tidak mengenalinya, dan selepas masing-masing mengecam yang seorang lagi, mereka terus rebah dalam dakapan.

Pengurus Mayat sunting

Kisah ini diceritakan kepada Belkin oleh pekerja kedai B.V., yang seperti watak yang menceritakan kisah "Ribut salji", tidak terlibat dengan cerita. Cerita ini berkaitan seorang pengurus mayat, Adrian Prokhorov, yang berpindah ke kampung baharu. Pokhorov yang digambarkan sebagai dingin dan berdisiplin ketat, tidak pernah menyimpang daripada perbuatan sehariannya, dan tidak lama kemudian membuka kedai di kampung kediaman baharunya. Tidak lama kemudian, beliau berkenalan dengan jiran tetangganya, juga seorang pedagang, yang datang menziarahinya. Mereka menjemputnya untuk makan malam bersama-sama kesemua pedagang di kampung itu, dan selepas permainan terup dan hiburan yang berpanjangan, beberapa minuman ucap selamat telah diminum. Prokhorov tersinggung apabila seorang menawarkan ucap selamat kepada kesemua pelanggan mereka, dan meninggalkan majlis dengan tergesa-gesa dengan mengatakan yang beliau dapat mengadakan jamuan yang lebih baik dengan pelanggannya sendiri. Mabuk, beliau terus tidur dan bermimpi yang pelanggan-pelangganya, sekarang berbentuk zombie (mayat yang bangkit semula) dan ada satu yang didedahkan kemudian sebagai pelanggan pertama Pokhorov, pulang sebagai tulang rangka. Mayat-mayat itu menuduhnya menipu, mengenakan caj berlebihan dan banyak kesalahan lain apabila Pokhorov terjaga daripada mimpinya. Menyedari bahawa ia hanya sebuah mimpi, beliau menyuruh pembantu rumahnya memanggil anak-anak perempuannya dan membuat secawan teh. Sama ada Prokhorov menukar atau tidak perangainya diserahkan kepada pembaca.

Ketua Stesen sunting

Cerita ini dikisahkan kepada Belkin oleh A.G.N., seorang titular counsellor (seorang pegawai awam kerajaan diraja Rusia), dan ialah cerita yang dialami secara langsung oleh pengisah cerita. Cerita bermula dengan pengisah merungut dengan cara kelakar kepada pembaca tentang para collegiate registrar pegawai-pegawai yang paling rendah pangkat mereka daripada 14 gred pangkat dalam perkhidmatan awam kerajaan Empayar Rusia, yang menguruskan stesen-stesen pos sepanjang jalan negara itu, dan menyediakan perkhidmatan seperti kuda segar, tempat tidur dan makanan kepada para pengembara. Pengisah cerita mengutuk collegiate registrar sebagai gila kuasa, tidak bersikap wajar, dan meminta pembaca yang belum berjumpa mereka untuk melihat "buku lejar kotor" mereka. Namun, selepas selaran ini, pengisah mengalah, dan mengatakan bahawa beliau akan menceritakan kisah seorang ketua stesen yang ditemunya dalam perjalanan luas sewaktu beliau menjalankan urusan rasmi.

Pengisah memulakan cerita dengan memberitahu kita tentang satu daripada penjelajahannya, yang membawanya ke sebatang jalan yang jarang digunakan jauh di dalam kawasan desa. Beliau berhenti di sebuah stesen pos tempatan dan tertarik kepada keadaan tersusun dan dengan perhiasan stesen, satu daripadanya cerita bergambar tentang Prodigal son yang dipetik daripada Bible. Apabila ditanya sama ada beliau berkehendakkan sedikt teh oleh ketua stesen, memandangan kuda sudah diambil dan beliau perlu menenggu seketika sementara kuda baharu disediakan, pengisah menerima tawaran dan duduk sebentar. Tidak lama kemudian teh dibawa Dunya, anak perempuan ketua stesen, yang diperikan sebagai cantik dan berperwatakkan seperti dewasa. Dunya dan pengisah berbual-bual seolah-olah mereka rakan karib, dan pengisah, yang pada mulanya mengungkapkan rasa tak setuju menunggu, berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan stesen.

Pengisah meneruskan perjalanan, tetapi stesen pos di mana beliau bertemu Dunya tetap berada dalam ingatan. Tiga tahun kemudian, pengisah membuat keputusan melawat Dunya dan bapanya. Setibanya di stesen, yang tidak lagi menjadi sebahagian jalan rasmi kerajaan diraja, beliau mendapati stesen usang dan ketua tua stesen itu seorang yang patah hati. Apabila pengisah bertanyakan khabar anak perempuannya, ketua stesen itu berkata bahawa beliau tidak di mana dan bagaimana keadaan anaknya. Sekalipun pada mulanya ketua stesen tidak mahu menceritakan perihal kehilangan anaknya, apabila pengisah menawarkan minuman keras ketua tua stesen itu mengalah dan memulakan ceritanya.

Beberapa ketika setelah lawatan pertama pengisah, seorang pegawai penting berpangkat keenam datang ke stesen pos, dan seperti pelawat lain, beliau terpaksa menunggu agar kuda-kuda baharu dapat disediakan. Pada mulanya pegawai itu marah yang seorang berpangkat seperti beliau dipaksa menunggu oleh seorang pegawai awam yang berpangkat gred ke-14, dan ketua stesen memanggil Dunya untuk mententeramkan pegawai tersebut. Dunya mula berbual dengan pegawai itu, dan seperti juga dengan pengisah, pegawai itu menyukainya dan melupakan rasa marahnya kerana terpaksa menunggu di stesen. Namun, sedikit masa kemudian, pegawai itu jatuh sakit dan tinggal di stesen itu buat beberapa hari dan sepanjang tempoh itu Dunya menjaganya siang dan malam. Apabila pegawai itu bertambah pulih, sebagai tanda penghargaan, beliau menawar untuk membawa Dunya ke pekan di dalam kereta kudanya yang cantik. Dunya teragak-agak, tetapi bapanya membenarkannya pergi, dan Dunya menaiki kereta kuda. Pegawai itu terus menculik Dunya, yang tidak kelihatan oleh bapanya lagi, walaupun beliau menjejaki pegawai itu dan sesungguhnya cuba menyerbu masuk ke dalam rumah pegawai itu di Saint Petersburg. Ketua stesen pos itu gagal menemui Dunya, dan beliau pulang ke stesen posnya yang hampir tidak berfungsi lagi.

Beberapa tahun kemudian, selepas mendengar cerita ketua tua stesen, pengisah pergi ke stesen terpencil itu sekali lagi. Selama beberapa tahun bandar sudah terletak di luar jalan diraja, dan setibanya di sana, beliau melawat rumah ketua stesen, beliau dimaklumkan ketua stesen telah meninggal dunia, kemungkinan besar disebabkan penagihan arak. Bagaimanapun, keluarga yang kini menduduki rumah itu, menawarkan seorang daripada nak mereka menunjukkan pengisah kubur ketua tua stesen pos. Pengisah menyatakan tanah perkuburan itu satu daripada tempat yang paling sayu yang pernah dilihatnya, dan berasa yang beliau telah membuang masa dan wang kerana melawati semula kampung itu. Tidak lama kemudian, kanak-kanak yang membawanya melawat kubur ketua stesen itu menceritan bahawa tidak lama sebelum ketibaan beliau, seorang wanita bersama beberapa orang anak, seorang pengasuh, beberapa kundang, dan memakai pakaian mahal datang ke kampung dengan menaiki sebuah kereta kuda yang cantik. Wanita itu juga meminta mahu melihat kubur ketua stesen pos, tetapi berkata yang beliau tidak perlu ditunjuk tempatnya. Kanak-kanak menruskan cerita bahawa wanita itu tunduk kepada kubur ketua stesen dan menangis. Menyedari bahawa Dunya telah pulang melawat kubur bapanya, pengisah berasa aman tenteram dan tidak lagi berfikir bahawa perjalanannya merugikan.

Anak Gadis Tuan Tanah sunting

 
Gambar rumah tuan estet dan tanah di Rusia

Cerita ini dikisahkan kepada Belkin oleh Cik K.I.T., yang sekali lagi tidak memainkan peranan dalam cerita. Cerita berkaitan dua orang muda, Lizaveta Muromsky dan Alexei Berestov, anak-anak dua orang tuan tanah kaya yang saling tidak menyukai kerana cara masing-masing mengurus tanahnya. Berestov menuduh Muromsky sebagai seorang anglophile dan membelakangkan cara pengurusan tanah tradisional Rusia. Muromsky pula menuduh Berestov sebagai buta kepada betapa mundurnya cara tradisional.

Cerita bermula dengan seorang daripada orang gaji Lizaveta Muromsky memberitahunya bahawa dia akan pergi ke ladang Berestov untuk meraikan hari nama[1] seorang rakannya yang bekerja di situ. Orang gaji itu kemudiannya menceritakan tentang keadaan ladang Berestov serta perangai aneh Alexei, anak lelaki Berestov, bagaimana lelaki itu ceria dan turut menyertai mainan orang-orang gaji di ladangnya. Lizaveta sudah mengenali Alexei secara jauh dan tidak begitu tertarik dengannya oleh sebab Alexei selalu kelihatan bermurung hiba, sesuatu yang sering berlaku dalam kalangan orang bangsawan Rusia pada abad ke-19. Lizaveta berpendapat ini sesuatu yang merugikan oleh sebab beliau sebenarnya mendapati Alexei seorang yang kacak. Selepas mendengar kelakuan Alexei pada hari keraian tersebut, Lizaveta memutuskan untuk bertemu Alexei dengan menyamar sebagai seorang amah yang sedang mengutip cendawan di sebuah hutan di mana Alexei selalu memburu.

Seperti dirancangkan, Lizaveta bertemu Alexei di hutan, dan mula berbual dengannya. Lizaveta mengaku dirinya Akulina, seorang amah yang bekerja di ladang bapanya. Alexei amat tertarik dengan Akulina dan mula mengajarnya menulis supaya kedua mereka dapat berhubung. Alexei kagum dengan kebolehan Akulina belajar membaca dan menulis dalam tempoh dua minggu. Perhubungan ini berjalan selama beberapa tempoh sehingga satu masa apabila bapa Lizaveta tercedera dalam satu kemalangan semasa berburu dan bapa Alexei menghulurkan bantuan kepadanya. Kedua-duanya mula berbaik dan Alexei serta bapanya dijemput makan malam di rumah Muromsky. Lizaveta amat risau dengan jemputan ini dan meminta bapanya agar dia dapat menyorokkan dirinya yang sebenar dengan mengenakan solekan tebal. Bapanya tahu bahawa Lizaveta suka berjenaka dan membenarkan permintaannya. Majlis makan malam berlangsung tanpa masalah bagi Lizaveta serta penyamarannya. Tidak lama kemudian, keluarga Berestov mengalami kesulitan kewangan dan bapa Alexei memaksanya mengahwini Lizaveta Muromsky, satu-satunya pewaris yang bersesuaian di wilayah itu. Alexei teragak-agak pada mulanya dan bergegas ke rumah Muromsky untuk menerangkan kepada Lizaveta yang bapanya mahu mereka berdua berkahwin, akan tetapi dia tidak dapat mengahwini Lizaveta kerana dia mencintai Akulina, seorang daripada orang gaji Lizaveta. Alexei memasuki dapur Muromsky dan mendapati Lizaveta sedang membaca surat cinta daripada Alexei buat Akulina. Cerita tamat dengan Alexei menyedari siapa Akulina sebenarnya.

  1. ^ Hari nama ialah tradisi meraikan hari yang berkaitan dengan nama seseorang. Tradisi ini disambut di beberapa negara Eropah dan Amerika Latin