Cerita Cinta Siti Nurhaliza

Cerita Cinta Siti Nurhaliza ialah album kompilasi kedua oleh penyanyi Siti Nurhaliza, dikeluarkan pada 4 Oktober 2006 oleh Suria Records. Album ini mengandungi 12 lagu dari album terdahulunya serta rakaman terbaru. Ia menjadi album pertama beliau selepas perkahwinannya.[2]

Cerita Cinta Siti Nurhaliza
Album himpunan oleh
Dilancarkan pada4 Oktober 2006
GenrePop
SyarikatSuria Records
Kronologi Siti Nurhaliza
The Best Of Siti Nurhaliza
(2000)
Cerita Cinta Siti Nurhaliza
(1998)
Siti & Friends (2010)
Single daripada Siti Nurhaliza
  1. ""Cahaya Cinta"[1]"
    Dikeluarkan: 21 Ogos 2006
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Keluaran sunting

Cerita Cinta Siti Nurhaliza dikeluarkan pada 4 Oktober 2006, dua bulan selepas perkahwinan beliau. "Cahaya Cinta" merupakan satu-satunya rakaman terbaru yang dimuatkan dalam album ini, menjadi single utama yang dipersembahkan oleh beliau semasa perkahwinannya dengan Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.[2]

Senarai lagu sunting

No.TajukPenulisPenerbitMasa
1."Jerat Percintaan" (Dari album Siti Nurhaliza) Adnan Abu HassanHani MJ4:58
2."Wajah Kekasih" (Dari album Siti Nurhaliza II) Adnan Abu HassanHani MJ5:18
3."Purnama Merindu" (Dari album Adiwarna) AzmeerLukhman S4:24
4."Percayalah" (Dari album Safa) AjaiSiti Nurhaliza4:50
5."Kau Ku Sayang" (Dari album Safa) PotPot3:15
6."Gelora Asmara" (Dari album Adiwarna) Adnan Abu HassanHazida4:17
7."The Moon Represents My Heart" (lagu bahasa Mandarin) Copyright ControlledCopyright Controlled3:11
8."Diari Hatimu" (Dari album Adiwarna) Ferdi Khalid NSFerdi Khalid NS6:00
9."Demi Kasih Sayang" (Dari album Siti Nurhaliza II) LYBaiduri4:01
10."Bukan Cinta Biasa" (Dari album E.M.A.S) DewiqSiti Nurhaliza4:26
11."Cahaya Cinta" (Lagu baru) Siti NurhalizaSiti Nurhaliza4:34
12."Because You Love Me" (Lagu asal Diane Warren) Diane WarrenDiane Warren4:28


Rujukan sunting

  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (14 Mei 2006). Siti Nurhaliza di persimpangan dilema Utusan Malaysia. Diperoleh pada 25 Oktober 2015.
  2. ^ a b Shazryn Mohd Faizal (4 Oktober 2006). Siti lancar Cerita Cinta - Kemunculan pertama selepas bergelar isteri Diarkibkan 2017-10-25 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 25 Oktober 2015.

Pautan luar sunting