Cerita Hantu Malaysia

Filem seram Malaysia 2014 arahan Pierre Andre

Cerita Hantu Malaysia ialah sebuah filem seram Malaysia 2014 arahan Pierre Andre. Ia terdiri daripada tiga cerita yang mempunyai kaitan antara satu sama lain, dibintangi oleh Mikail Andre, Kamal Adli, Leez Rosli, Kamarool Haji Yusoff, Wan Ellyas, Adam Shah dan Rahhim Omar. Filem ini ditayangkan pada 25 Disember 2014.[1][2]

Cerita Hantu Malaysia
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Lakon layarPierre Andre
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
3 Line Media
Diedarkan olehRAM Entertainment
Tarikh tayangan
25 Disember 2014
Masa tayangan
83 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis sunting

Cerita 1 sunting

Ia bermula di sebuah sekolah lama di mana seorang pengawal keselamatan bernama Aki mengalami beberapa perkara menyeramkan ketika bekerja. Pihak sekolah kemudian meminta seorang guru agama untuk mengusir mahkluk-mahluk halus dari sekolah tersebut.

Cerita 2 sunting

Dalam cerita kedua, guru tersebut dan penolongnya, Saad, sedang dalam perjalanan kembali dari sekolah itu apabila mereka terlibat dalam kemalangan. Guru itu meninggal serta merta setelah diserang sakit jantung. Saad pula meninggal apabila dilanggar oleh sebuah kereta.

Cerita 3 sunting

Dalam cerita ketiga, Jo, Mansur dan Akim mencari rakan mereka, Rose, yang dirasuk dan telah menghilangkan diri. Mereka mengalami pelbagai peristiwa seram sehingga mereka menjumpai Saad dan guru agama yang terlantar tanpa nyawa di tepi jalan raya

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Ashraf Nasser (29 Disember 2014). "Pierre Andre harap "Cerita Hantu Malaysia" dapat kutipan 'box-office'". Yahoo!. Dicapai pada 1 Januari 2015.
  2. ^ Norhayati Nordin (29 Disember 2014). "Selesa di belakang tabir". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-18. Dicapai pada 1 Januari 2015.

Pautan luar sunting