Cerita Ibarat Si Buta

Cerita Ibarat Si Buta (Belanda: De parabel der blinden) atau Si Buta Memimpin Si Buta merupakan sebuah lukisan yang dihasilkan oleh pelukis zaman pertengahan berketurunan Flemish, Pieter Bruegel Si Penatua yang telah disiapkan pada 1568. Dihasilkan dalam distemper pada kanvas linen, ia mempunyai ukuran 86 cm × 154 cm (34 in × 61 in). Lukisan ini menggambarkan cerita ibarat Bible mengenai si buta memimpin si buta daripada kitab Gospel Matthew 15:14 dan ia kini disimpan dalam koleksi Muzium Capodimonte di Naples, Itali.

Cerita Ibarat Si Buta
BelandaDe parabel der blinden
Притча о слепых.jpeg
PelukisPieter Bruegel Si Penatua
Tahun1568 (1568)
JenisDistemper pada kanvas linen
Dimensi86 cm × 154 cm (34 in × 61 in)
LokasiMuzium Capodimonte, Naples, Itali

Setiap figura di dalam lukisan ini dicerminkan mempunyai penderitaan berkaitan mata yang berbeza seperti leukoma kornea, atrofi bulbus okuli dan mata yang dikeluarkan.


Pautan luarSunting