Cerita rekaan

sebarang cerita atau seting yang diperoleh daripada imaginasi, boleh disampaikan melalui pelbagai media (filem, buku, audio, permainan dan sebagainya)

Cerita rekaan (Jawi: چريتا ريکاءن‌) atau singkatannya cereka (disebut [cĕ.ré.ka], Jawi: چريک‎; juga dipanggil fiksyen atau fiksi) ialah karya sastera penulisan yang dicipta daripada imaginasi penulis. Ia mungkin dalam bentuk novel dan cerita pendek.

Ilustrasi dari Lewis Carroll Alice's Adventures in Wonderland, menggambarkan protagonis cereka, Alice, bermain permainan fantasi kroket.

Walaupun cerita rekaan adalah antara cabang besar dalam karya sastera, ia juga boleh merujuk kepada teater, sinematik atau karya muzik. Fiksyen berlawanan dengan bukan fiksyen, iaitu yang ditulis dengan fakta (atau, sekurang-kurangnya, dianggap fakta) acara, penerangan, pemerhatian, dan lain-lain (seperti biografi, sejarah, pengalaman).

Fiksyen mungkin memasukkan atau merujuk kepada fakta atau peristiwa sebenar oleh si penulis sebagai sumber inspirasi.

Format

sunting

Secara tradisional, cerita rekaan termasuk novel, cerita pendek, fabel, lagenda, mitos, dongeng, epik dan puisi naratif, sandiwara (termasuk opera, teater muzikal, drama, permainan boneka, dan berbagai jenis tarian teatrikal).

Jenis fiksi sastra dalam prosa moden termasuk:[1]

  • Cerita pendek: Karya dengan setidaknya 2,000 patah kata namun boleh melebihi 7,500 patah kata. Batasan antara cerita pendek yang panjang dengan novella tidak begitu jelas.[2]
  • Novela: Karya dengan setidaknya 17,500 patah kata namun kurang 50,000 patah kata.
  • Novel: Karya dengan 50,000 kata atau lebih.

Kemajuan teknologi telah mempelbagaikan kemungkinan di mana penceritaan sesebuah karya rekaan itu dapat disampaikan daripada bentuk audio (program radio) hinggalah ke bentuk visual yang boleh dirakam (filem, program televisyen - baik komedi dan drama); malah juga boleh dihasilkan daripada gambaran digerakkan dengan sendiri (kartun dan anime) mahupun secara interaktif (permainan video).

Jenis atau genre

sunting

Karya rekaan pada umumnya terbahagi menjadi sejumlah genre yang masing-masing dibedakan oleh gaya, teknik naratif, isi media atau kriteria yang didefinisikan secara diketahui umum.

Cerita rekaan bisa dihasilkan berdasarkan imaginasi pengkarya, namun ada juga karya terbentuk berdasarkan ceritanya berdasarkan fakta yang kukuh:[3]

  • Cereka sejarah (Historical fiction), - didasarkan kepada kajian atau catatan sejarah sebagai latar. Novel ini terikat oleh fakta-fakta sejarah, tetapi fiksi ini memberikan ruang gerak untuk mereka jalan cerita yang banyak kemungkinan, misalnya melalui luahan fikiran dan perasaan tokoh dalam sesuatu percakapan.
  • Cereka sains (Science fiction) - didasarkan kepada ilmu pengetahuan atau penemuan sains[3] yang seringkalinya diramalkan dan tidak begitu ada atau belum dikembangkan pada zaman ia ditulis.
  • Cereka biografi (Biographical fiction) - didasarkan kepada biografi. Karya biografis juga memberikan ruang bagi kecerekaan; misalnya yang berupa sikap yang diberikan oleh penulis, di samping juga munculnya bentuk-bentuk dialog.[3] Sebagai contoh karya biografis adalah Bung Karno Penyambung Lidah Rakyat karya Cindy Adams, Kuantar Kau ke Gerbang dan Tahta untuk Rakyat.

Beberapa karya fiksi sedikit atau sangat digambarkan ulang berdasarkan pada beberapa kisah asli yang sebenarnya, atau sebuah biografi yang dikarang semula.[4] Seringkali, bahkan ketika cerita fiksi didasarkan pada fakta, mungkin terdapat penambahan dan pengurangan dari kisah nyata untuk membuatnya lebih menarik. Contohnya adalah The Things They Carried karya Tim O'Brien, serial cerita pendek mengenai Perang Vietnam.

Karya fiksi yang secara ketaranya melibatkan unsur-unsur supernatural, magis, atau secara ilmiah tidak mungkin sering diklasifikasikan dalam genre fantasi, termasuk novel karya Lewis Carroll Alice In Wonderland, seri Harry Potter karya J. K. Rowling, dan The Lord of the Rings karya J. R. R. Tolkien. Pencipta fantasi terkadang memperkenalkan makhluk imajiner dan tokoh-tokoh seperti naga dan peri.[5]

Unsur-unsur terzahir

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Milhorn, H. Thomas. (2006). Writing Genre Fiction: A Guide to the Craft. Universal Publishers: Boca Raton. hlm. 3-4.
  2. ^ Cuddon, J. A. (1992). The Penguin Dictionary of Literary Terms. London: Penguin Books. m/s. 600.
  3. ^ a b c Nurgiyantoro, Burhan (1995). Teori Pengkajian Fiksi. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ Whiteman, G.; Phillips, N. (13 Disember 2006). "The Role of Narrative Fiction and Semi-Fiction in Organizational Studies". ERIM Report Series Research in Management. ISSN 1566-5283. SSRN 981296.
  5. ^ Harmon, William; Holman, C. Hugh (1990). A Handbook to Literature (ed. ke-7). New York: Prentice Hall. m/s. 212.