Cerucuk Volta (Perancis: pile à colonne de Volta, Itali: pila di Volta) adalah suatu binaan berupa beberapa sel Galvani yakni dua jenis logam yang berbeza digandingkan bertimbun dan dipisahkan dengan suatu batasan diiisi bendalir elektrolit sehingga menghasilkan suatu tindak balas kimia menghasilkan arus yang teralir antara kedua-dua bahan ini menjana tenaga terkandung dalamnya sendiri.[1]

Replika cerucuk berlapis dibina Alessandro Volta
Rajah menjelaskan prinsip kimia dalam cerucuk: plat tembaga berkutub positif manakala plat timah sari/zink berkutub negatif

Cerucuk ini diciptakan pada tahun 1799 oleh Alessandro Volta, seorang saintis Itali berdasarkan penemuan dalam uji kaji dibuat Luigi Galvani terhadap sepasang kaki katak dipotong yang mengejang lenting apabila disentuh dua jenis logam;[2]:67–71 penerangan mengenai cerucuk atau "tiang" (colonne) ini diterbitkan dalam suatu surat berbahasa Perancis kepada Persatuan Diraja di London pada tahun 1800.[3]

Penerokaan yang dibuat terhadap memahami cerucuk ini mencetuskan banyak penemuan yang saling berkaitan dalam bidang elektrik: antara yang utama adalah elektrolisis (oleh William Nicholson dan Anthony Carlisle tahun 1800) serta pemerolehan unsur kimia tulen (seperti natrium, kalium, kalsium dan sebagainya dilakukan Humphry Davy 1807 hingga 1808).[4][5] Malah, binaan cerucuk ini dilihat sebagai rekaan duluan kepada bateri yang dihasilkan pada hari ini.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Chavis, Jason C. (7 Jun 2022). "What is a Voltaic Cell?". All The Science (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ Whittaker, E. T. (1951), A History of the Theories of Aether and Electricity, 1, Nelson, London
  3. ^ Volta, Alessandro (1800). "On the Electricity Excited by the Mere Contact of Conducting Substances of Different Kinds". Philosophical Transactions of the Royal Society of London (dalam bahasa Perancis). 90: 403–431. doi:10.1098/rstl.1800.0018. Terjemahan separa bahasa Inggeris surat ini di "Volta and the Battery". Dicapai pada 1 Disember 2012. Sebuah terjemahan lengkap dalam bahasa Inggeris boleh didapati dalam Dibner, Bern (1964). Alessandro Volta and the Electric Battery. Franklin Watts. m/s. 111–131. OCLC 247967.
  4. ^ Decker, Franco (Januari 2005). "Volta and the 'Pile'". Electrochemistry Encyclopedia. Case Western Reserve University. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Julai 2012.
  5. ^ Russell, Colin (Ogos 2003). "Enterprise and electrolysis..." Chemistry World.