Cha Tae-hyun
Cha Tae-hyun (lahir 25 Mac 1976) ialah seorang pelakon, penyanyi, personaliti televisyen, DJ radio dan pengarah lelaki Korea Selatan. Beliau dikenali melalui watak peneraju di dalam filem-filem komedi box-office My Sassy Girl (2001), Scandal Makers (2008) dan Hello Ghost (2010) juga drama-drama TV Jeon Woo-chi (2012) dan The Producers (2015). Beliau membuat penampilan sulungnya sebagai pengarah bersama Yoo Ho-jin di dalam drama TV Hit the Top (2017), di mana beliau turut berlakon dalam drama yang sama.
Cha Tae-hyun | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, personaliti televisyen, DJ radio, pengarah |
Tahun aktif | 1995-sekarang |
Ejen | Blossom Entertainment |
Pasangan | Choi Suk-eun (k. 2006) |
Anak-anak | 3 |
Nama Korea | |
Hangul | 차태현 |
Perumian Semakan | Cha Tae-hyeon |
McCune–Reischauer | Ch’a T’ae-hyŏn |
Sejak 2012, Tae-hyun adalah ahli tetap rancangan hiburan 2 Days & 1 Night. Beliau juga merupakan pengasas bersama agensi pengurusan bakat Blossom Entertainment.
Karier
sunting1995-2000: Permulaan
suntingTae-hyun memulakan karier beliau semasa memenangi pingat perak dalam Pertandingan Bakat KBS pada tahun 1995. Dalam tahun-tahun berikutnya, beliau telah membintangi sejumlah besar drama TV seperti Sunflower dan Happy Together, dan pada masa yang sama, membintangi beberapa iklan TV.[1] Beliau juga adalah hos program radio radio DJ untuk KBS Cool FM's FM Popular Music with Cha Tae-hyun dari 1999-2000, dan debut dalam filem kecil Hallelujah.[2]
2001-2007: My Sassy Girl dan debut muzikal
suntingPada 2001, Tae-hyun menjadi popular melalui filem romantik komedi My Sassy Girl di mana beliau berlakon bersama Jun Ji-hyun. Gaya lakonan Tae-hyun yang ekspresif membolehkan beliau diiktiraf di Korea serta rantau Asia pada umumnya,[3] dan meluaskan populariti beliau dengan mengeluarkan album bertajuk Accident. Filem beliau yang seterusnya Lovers' Concerto (2002), sebuah melodrama yang tragis dengan pelakon Son Ye-jin dan Lee Eun-ju, juga terbukti menjadi kejayaan popular.[2]
Dari 2003, bagaimanapun, pilihan filem yang dibuat oleh Tae-hyun adalah kurang inspirasi. Beliau muncul dalam tiga filem komedi -- Crazy First Love, Happy Ero Christmas dan Two Guys—yang dikritik secara meluas oleh penonton kerana skrip yang lemah dan kekurangan kreativiti.[2] Beliau menghasilkan album kedua The Book dalam tahun yang sama.
Filem-filem 2005—filem tentang hubungan Sad Movie dengan barisan pelakon-pelakon ternama, dan melodrama My Girl and I bersama Song Hye-kyo, adaptasi dari filem terkenal Jepun Crying Out Love in the Center of the World[2]—gagal di layar perak. 2007 Highway Star, di mana beliau memainkan watak penyanyi trot bertopeng, adalah kejayaan sederhana.[4]
Tae-hyun hosted KBS Cool FM's Mr. Radio dari 2007-2008, dan dianugerahkan Radio DJ Terbaik di KBS Entertainment Awards 2007 bersama Ahn Jae-wook.[5] Beliau kemudian memainkan peranan tukang lawak tempatan yang mempunyai kecerdasan seorang kanak-kanak berumur enam tahun dalam filem BABO (yang bermaksud "bodoh" dalam bahasa Korea), adaptasi dari komik atas talian yang popular Kang Full.[6]
2008-2012: Pengiktirafan semula dan 2 Days & 1 Night
suntingTae-hyun berjaya mengembalikan status beliau sebagai artis ternama Korea Selatan apabila filem komedi beliau Scandal Makers menjadi filem nombor satu untuk tahun 2008, menarik 8.2 juta penggemar filem and tersenarai dalam Korea's biggest hits of all time. Filem tersebut mengisahkan seorang hos program bual bicara radio yang mesti berhadapan dengan kesan-kesan perbuatan beliau sebagai kaki permpuan semasa beliau menjadi bintang idola di zaman remaja apabila beliau mengetahui yang beliau mempunyai seorang anak perempuan (Park Bo-young) dan seorang cucu (Wang Seok-hyun) pada umur 30.[7] Kerana kejayaan filem tersebut, industri pengiklanan telah menamakan Tae-hyun sebagai top male celebrity endorser of 2009.[8]
Beliau kemudian bergabung semula dengan pengarah Kim Young-tak yang mengarahkan filem BABO dalam filem 2010 Hello Ghost, sebuah filem mengisahakan tentang seorang lelaki yang dirasuk oleh empat hantu berbeza selepas gagal dalam cubaan-cubaan beliau untuk membunuh diri.[9] Filem ini mencapai rekod pecah panggung dengan terjualnya 3 juta tiket, dan persembahan beliau menyebabkan beliau dipanggil "Jim Carrey Korea."[10]
Berdasarkan kisah sebenar, filem 2011 beliau Champ mengisahkan hubungan kuda lumba yang cedera bernama Woo-bak dengan jockey yang cuba untuk menjinakkan Woo-bak.[11] Tae-hyun menghabiskan masa dengan kuda tersebut sebelum dan semasa penggambaran, menggunakan kombinasi lobak dan kiub gula.[12]
Pada 2012, Tae-hyun menjadi ahli tetap dalam rancangan hiburan Korea Selatan 2 Days & 1 Night musim kedua, dan kekal hingga ke hari ini. Rancangan tersebut, yang memberi tumpuan kepada memperkenalkan pelbagai tempat menarik di Korea Selatan kepada penonton sementara ahli-ahli tetap melaksanakan pelbagai misi, secara konsisten menunjukkan tontonan yang tinggi di kalangan penonton.[13][14]
2013-sekarang: The Producers dan kejayaan berterusan
suntingTae-hyun memainkan peranan sejarah pertamanya dalam filem The Grand Heist, sebagai ketua Joseon era sekumpulan perompak yang berkumpul untuk mecuri ais.[15][16] Filem aksi-komedi ini diterbitkan oleh abang beliau, Cha Ji-hyun. Beliau kemudian menerima satu lagi peranan saeguk dalam drama TV Jeon Woo-chi, seorang ahli sihir Taoist yang nakal yang akhirnya menjadi hero.[17]
Pada 2014, Tae-hyun memainkan peranan sebagai seorang yang introverted dengan visual acuity yang dinamik yang bekerja di pusat kawalan CCTV dalam filem komedi Slow Video, kolaborasi ketiga beliau dengan pengarah Kim Young-tak.[18][19] Diikuti dengan drama TV The Producers pada 2015, di mana Tae-hyun memainkan peranan sebagai seorang television producer yang gopoh tetapi baik hati.[20][21]
Pada 2016, Tae-hyun memainkan semula peranan beliau dalam filem My New Sassy Girl, sekuel kepada 2001 hit film. Namun, filem tersebut gagal menyaingi filem sebelumnya dan gagal dalam misi pecah panggung.[22] Pada tahun yang sama, beliau disatukan semula dengan pelakon My Sassy Girl Jun Ji-hyun sebagai cameo appearance dalam SBS drama The Legend of the Blue Sea.[23]
Pada 2017, Tae-hyun membintangi filem romantik komedi Because I Love You, memainkan watak komposer berbakat yang mampu menghubungkan insan yang sedang bercinta; filem tersebut sekali lagi diterbitkan oleh abang beliau Cha Ji-hyun.[24] Beliau juga membintangi filem fantasi yang bakal ditayangkan pada 2018 Along With the Gods: The Two Worlds, berdasarkan kartun atas talian dengan nama yang sama karya Joo Ho-min.[25] Beliau membuat penampilan sulung sebagai pengarah bersama dalam drama hiburan siaran KBS2 Hit the Top pada 2017.[26]
Kehidupan Peribadi
suntingBapa Tae-hyun adalah Cha Jae-wan, yang bekerja sebagai pembantu pengarah untuk kesan-kesan khas di KBS, dan ibu beliau adalah Choi Su-min, sekarang bersara, merupakan artis voice-over.[27] Abang beliau adalah penerbit filem, Cha Ji-hyeon.
Pada 1 Jun 2006, Tae-hyun mengahwini cinta pertama beliau Choi Suk-eun.[28] Mereka menjalin hubungan cinta selama 13 tahun; Suk-eun merupakan satu-satunya teman wanita Tae-hyun.[29] Hasil perkahwinan mereka adalah seorang anak lelaki, Cha Soo-chan dan dua anak perempuanm, Cha Tae-eun dan Cha Su-jin.
Pada 2011, Tae-hyun mendedahkan dalam rancangan bual bicara SBS Healing Camp, Aren't You Happy yang beliau menderita panic disorder.[30]
Filmografi
suntingFilem
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Nota |
---|---|---|---|
1997 | Hallelujah | Bad youngster in church | Bit part |
2001 | My Sassy Girl | Gyun-woo | |
2002 | Lovers' Concerto | Lee Ji-hwan | |
2003 | Crazy First Love | Son Tae-il | |
Happy Ero Christmas | Sung Byung-ki | ||
2004 | Who's Got the Tape? | Jap-beom | Cameo |
Windstruck | Man at train station | Cameo | |
Two Guys | Kim Hoon | ||
2005 | Sad Movie | Jung Ha-suk | |
My Girl and I | Kim Su-ho | ||
2007 | Highway Star | Bong Dal-ho / Bong Pil | |
2008 | Horton Hears a Who! | Horton the Elephant | voice, Korean dubbed |
BABO | Seung-ryong | ||
My Mighty Princess | Pigeon man | Cameo | |
Scandal Makers | Nam Hyun-soo | ||
2009 | Maybe (Rabbit and Lizard) | Yeong-nam | Cameo |
Triangle | Cameo | ||
2010 | Hello Ghost | Kang Sang-man | |
2011 | Sunny | Poster model of insurance company | Cameo |
Champ | Seung-ho | ||
2012 | Never Ending Story | Song-kyung's friend | Cameo |
The Grand Heist | Lee Deok-mu | ||
2013 | Steal My Heart | Ho-tae's neighbor | Cameo |
2014 | Tazza: The Hidden Card | Radio DJ | Cameo |
The Con Artists | New Technician | Cameo | |
Slow Video | Yeo Jang-boo | ||
2016 | My New Sassy Girl | Gyun-woo | |
2017 | Because I Love You | Lee Hyeong | |
Along With the Gods: The Two Worlds | Ja Hong |
Drama TV
suntingTahun | Tajuk | Peranan | Stesen TV | Nota |
---|---|---|---|---|
1995 | Our Sunny Days of Youth | (uncredited) | KBS2 | |
1996 | Papa | Jang Jung-moon | ||
Looking Into Each Other's Eyes and Loving Each Other |
||||
Daughter-in-law's Three Kingdoms | ||||
1997 | First Love | Chan-woo's friend | ||
Ready Go! | Park Chan-ki | MBC | ||
1998 | Shy Lovers | Hwang In-soo | ||
Sunflower | Dr. Heo Jae-bong | |||
1999 | Happy Together | Ha Shin-yeop | SBS | |
I'm Still Loving You | Park Young-jae | MBC | ||
Into the Sunlight | Kang In-ha | |||
2000 | Juliet's Man | Jang Gi-poong | SBS | |
2004 | First Love of a Royal Prince | Choi Gun-hee | MBC | |
2007 | Flowers for My Life | Yoon Ho-sang | KBS2 | |
2008 | General Hospital 2 | Choi Jin-sang | MBC | |
2011 | Lights and Shadows | Drunkard | Cameo, episode 2[31] | |
2012 | My Husband Got a Family | Tae-bong | KBS2 | Cameo, episode 26[32] |
Jeon Woo-chi | Jeon Woo-chi | |||
2014 | Drama Festival "4teen" | Adult Young-hoon | MBC | (Cameo |
2015 | The Producers | Ra Joon-mo | KBS2 | |
2016 | Love in the Moonlight | Farm servant | Cameo, episode 1 | |
The Legend of the Blue Sea | Han River con-man | SBS | Cameo, episode 4 | |
2017 | Hit the Top | Lee Gwang-jae | KBS2 | Also director |
Rancangan Hiburan
suntingTahun | Tajuk | Stesen TV | Nota |
---|---|---|---|
1998 | Family Camp | MBC | MC |
Happy Saturday | SBS | MC | |
2000 | Mnet KM Music Festival | Mnet | MC; co-host Kim Hyun-joo |
2001 | MC; co-host Song Hye-kyo | ||
2002 | Campus Song Festival | MBC | MC; co-host: Yoon Do-hyun |
2003 | MC; co-host: Lee Hyori | ||
Mnet KM Music Festival | Mnet | MC; co-host: Sung Yu-ri | |
2007 | Campus Song Festival | MBC | MC; co-host: Lee Hyori |
2012–present | 2 Days & 1 Night | KBS2 | Cast member |
2013 | Star Awards 2013 | Channel 8 | Presenter |
2016 | Gura Chacha Time Slip - New Boy | KBS | |
Hello Friends | KBS2 | ||
2017 | Mom's Diary - My Ugly Duckling | SBS | Special Host, episodes 24-26 |
Dragon Club – Childish Bromance | KBS2 |
Main cast with Jang Hyuk, Kim Jong-kook, Hong Kyung-min, Hong Kyung-in | |
Radio Star (TV series) | MBC | Special Host, episode 544 |
Program Radio
suntingTahun | Tajuk | Stesen | Nota |
---|---|---|---|
1999-2000 | FM Popular Music with Cha Tae-hyun | KBS Cool FM | DJ |
2007-2008 | Mr. Radio | ||
2015 | Sunny FM Date | MBC FM4U | Guest |
2016 | Kim Shin Young's Noon Song of Hope | ||
2 O’clock Escape Cultwo Show | SBS Power FM |
Diskografi
suntingAlbum Studio
suntingMaklumat Album | Senarai Lagu |
---|---|
Accident
|
Track listing
|
더북 (The Book)
|
Track listing
|
Single
suntingTahun | Tajuk | Nota |
---|---|---|
2000 | "어디로 갈까" | Juliet's Man OST |
2002 | "I Don't Know" | Lovers' Concerto OST |
"Photograph" | ||
2005 | "Forget Me" | Sad Movie OST |
"Don't Let Go of My Hand" | ||
2007 | "Ichaseon Bridge" | Highway Star OST |
"Wind Wind Wind" | ||
2008 | "Because I Love You" | Scandal Makers OST |
2010 | "With You" | Hello Ghost OST |
2011 | "Happiness" | Champ OST |
2016 | "Cheer Up Song" | Duet with Hong Kyung-min |
Anugerah dan Pencalonan
suntingTahun | Anugerah | Kategori | Karya yang dicalonkan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1995 | KBS Super Talent Contest | Silver Medal | — | Menang |
1999 | 35th Baeksang Arts Awards | Best New Actor (TV) | Sunflower | Menang |
SBS Drama Awards | Best New Actor | Happy Together | Menang | |
MBC Drama Awards | Menang | |||
2000 | SBS Drama Awards | Excellence Award, Actor | Juliet's Man | Tercalon |
Big Star Award | Menang | |||
Popularity Award | Menang | |||
SBSi Award | Menang | |||
2001 | 22nd Blue Dragon Film Awards | Best New Actor | My Sassy Girl | Menang |
2002 | 38th Baeksang Arts Awards | Best New Actor (Film) | Tercalon | |
39th Grand Bell Awards | Best Actor | Tercalon | ||
Popularity Award | Menang | |||
25th Golden Cinematography Awards | Best New Actor | Menang | ||
23rd Blue Dragon Film Awards | Popular Star Award | Lovers' Concerto | Menang | |
2003 | 24th Blue Dragon Film Awards | Crazy First Love | Menang | |
2004 | MBC Drama Awards | Top Excellence Award, Actor | First Love of a Royal Prince | Tercalon |
2005 | Savings Day | Presidential Citation | — | Menang |
2007 | KBS Entertainment Awards | Best Radio DJ | Mr. Radio | Menang |
KBS Drama Awards | Top Excellence Award, Actor | Flowers for My Life | Tercalon | |
2008 | 45th Grand Bell Awards | Overseas Popularity Award | BABO | Menang |
MBC Drama Awards | Excellence Award, Actor | General Hospital 2 | Tercalon | |
2009 | 6th Max Movie Awards | Best Actor | Scandal Makers | Menang |
2011 | 47th Baeksang Arts Awards | Best Actor (Film) | Hello Ghost | Tercalon |
48th Grand Bell Awards | Best Actor | Tercalon | ||
2012 | KBS Entertainment Awards | Top Entertainer Award | 2 Days & 1 Night | Menang |
KBS Drama Awards | Excellence Award, Actor in a Mid-length Drama | Jeon Woo-chi | Tercalon | |
2013 | KBS Entertainment Awards | Top Excellence Award | 2 Days & 1 Night | Menang |
2014 | Daesang (Grand Prize) | Tercalon | ||
2015 | Tercalon | |||
KBS Drama Awards | Excellence Award, Actor in a Mid-length Drama | The Producers | Menang | |
Best Couple Award with Kim Soo-hyun and Gong Hyo-jin | Menang |
Rujukan
sunting- ^ "10 Most Memorable Commercials (1950-2007)". The Korea Times. 24 October 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-29. Dicapai pada 2012-11-18. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ a b c d Paquet, Darcy. "Actors and Actresses of Korean Cinema: Cha Tae-hyun". Koreanfilm.org. Dicapai pada 2012-08-01.
- ^ Lim, Hye-seon (9 December 2009). "Actor Cha Tae-hyun meets with fans in Vietnam". 10Asia. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Yang, Sung-jin (18 January 2007). "Cha Tae-hyun tries comic film role - again". The Korea Herald. Dicapai pada 2014-04-10.
- ^ "안재욱 차태현, 최우수 라디오DJ상 수상". E Daily (in Korean). 22 December 2007. Retrieved 2012-11-18.
- ^ Lee, Hyo-won (29 January 2008). "Cha, Ha To Bring Tears, Laughter". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-30. Dicapai pada 2012-11-18. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Lee, Hyo-won (23 January 2009). "Mid-Budget Film Gives Hope to Local Cinema". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-14. Dicapai pada 2012-11-18. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Kim Yu-na, Cha Tae-hyun Named Top Celebrities for Advertisers". The Chosun Ilbo. 14 October 2009. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "2010.12.24 NOW PLAYING". Korea JoongAng Daily. 24 December 2010. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Han, Sang-hee (9 December 2010). "A striking twist after an arduous journey". The Korea Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2012-11-18. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "2011.9.9 NOW PLAYING". Korea JoongAng Daily. 9 September 2011. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Sung So-young, Song Yoon-soo (26 August 2011). "Adorable scene stealers nose their way onto screen". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Hong, Lucia (14 February 2012). "Cast of new season of Two Days and One Night revealed". 10Asia. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Ko, Hong-ju (24 July 2012). "Cha Tae Hyun Cares for 1 Night, 2 Days Ratings a Lot". enewsWorld. Dicapai pada 2012-11-18.[pautan mati kekal]
- ^ Lee, Hye-ji (25 July 2012). "Cha Tae-hyun "hopes to play more comedy roles"". 10Asia. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Oh, Mi-jung (27 July 2012). "Cha Tae Hyun Returns to Comedy in Gone with the Wind". enewsWorld. Dicapai pada 2012-11-18.[pautan mati kekal]
- ^ Lee, In-kyung (16 November 2012). "Cha Tae Hyun Talks About His Role Jeon Woochi for Woochi". enewsWorld. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-28. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Ji, Yong-jin; Lee, Sung-eun (30 September 2014). "Sassy Girl actor tries out new role". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2014-10-09.
- ^ Park, Yoon-jin (21 October 2014). "Slow Video Cha Tae Hyun "My friends' response to the movie was unusual"". BNTNews. Dicapai pada 2015-01-04.
- ^ Doo, Rumy (11 May 2015). "The Producers set to be full of fun and laughs". The Korea Herald. Dicapai pada 2015-05-15.
- ^ Kim, Jae-heun (11 May 2015). "Kim Soo-hyun returns in Producers". The Korea Times. Dicapai pada 2015-05-20.
- ^ https://www.soompi.com/2016/06/27/cha-tae-hyun-opens-reaction-sassy-girl-2-affected-self-esteem/
- ^ https://www.soompi.com/2016/11/24/jun-ji-hyun-cha-tae-hyun-reunite-15-years-legend-blue-sea/
- ^ Conran, Pierce (3 August 2015). "BECAUSE I LOVE YOU Woos CHA Tae-hyun". Korean Film Biz Zone. Dicapai pada 2015-08-18.
- ^ https://www.soompi.com/2016/05/09/ha-jung-woo-kim-ha-neul-exos-d-o-and-more-cast-in-new-movie-about-the-underworld/
- ^ "'최고의 한방' 차태현, 유호진 PD와 공동연출…첫 연출 도전 (공식)". Sports Chosun (dalam bahasa Korean). 2017-03-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ Chun, Su-jin (12 August 2001). "Son's Success Has His Father all Fluffed Up". Korea JoongAng Daily. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ "Cha Tae-hyun's grand wedding". China Economic Net. 3 June 2006. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Sunwoo, Carla (26 July 2012). "Cha Tae-hyun says he only had one girlfriend". Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 August 2012. Dicapai pada 2012-11-18. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Why Do Many Celebrities Suffer from Mental Problems". The Chosun Ilbo. 10 January 2012. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Park, Hyun-min (30 November 2011). "Cha Tae Hyun Fails to be Noticed in Light and Shadow". enewsWorld. Dicapai pada 2012-11-18.
- ^ Ho, Stewart (17 May 2012). "Cha Tae Hyun to Make a Cameo Appearance on Unexpected You". enewsWorld. Dicapai pada 2012-11-18.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Cha Tae-hyun |