Buka menu utama

Siti Aisyah binti Ismail (lahir 31 Julai 1996) atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan adik kepada pelakon terkenal Emma Maembong. Bapanya, Ismail Embong atau "Maembong" adalah seorang pelukis tersohor negara. Beliau pernah melakonkan watak sebagai Mira Sofea. Chacha juga pernah digosipkan di instagram kerana mempunyai hubungan istimewa dengan Ikwal.[1][2]

Chacha Maembong
ChachaMaembong.jpg
Chacha Maembong semasa sesi fotografi.
KelahiranSiti Aisyah binti Ismail
(1996-07-31) 31 Julai 1996 (umur 23)
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2012–kini
Ibu bapaIsmail Embong (bapa)
Yatimah Zainab (ibu)
SaudaraShikin Maembang (kakak)
Yaya Maembong (kakak)
Beby Maembong (kakak)
Coddy Maembong (kakak)
Emma Maembong (kakak)
Effa Maembong (adik)
Ahmad Maembong (abang)
Bakri Maembong (abang)
Bakti Maembong (abang)

Kehidupan awalSunting

Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1996 di Kuala Terengganu, Terengganu dan merupakan anak kepada pelukis tersohor negara, Ismail Embong. Kakaknya, Emma dan Yaya juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.[3] Adik-beradiknya yang lain termasuk dua abangnya, Bakri (pemain dram Gerhana Ska Cinta) dan Bakti. Chacha juga mempunyai darah kacukan Melayu-British.[4]

KerjayaSunting

Ramai sebenarnya tidak mengetahui bahawa Chacha terlebih dahulu terjun ke dunia hiburan berbanding kakaknya tetapi tuah tidak menyebelahinya. Kalau ada yang masih ingat, beliau pernah berlakon di samping Eina Azman dan Afiq Muiz dalam drama Mimpi Cinderella suatu ketika dahulu. Dan berlakon di samping sepupunya Nelydia Senrose dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Beliau juga pernah muncul bersama Zain Saidin dalam muzik video "Lebih Indah" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dimuatkan dalam album Fragmen.[5] Chacha berlakon di samping Nur Risteena dan Fattah Amin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.

Pada November 2015, Chacha tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Fattah Amin, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[6]

Kemunculan sulungnya di layar lebar bermula pada 2017 menerusi filem Malaysia-Bollywood Aku Bukan Terrorist arahan Arjin Uppal. Chacha memegang watak sebagai Dayana.[7] Pada tahun yang sama, beliau berlakon di samping Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi dan Ruhainies Farehah dalam drama Menantu Bilal untuk siaran di Slot Dahlia TV3.

Kehidupan peribadiSunting

Dalam temubual bersama Utusan Malaysia, Chacha mengakui beliau trauma memandu.[8]

Pada Oktober 2017, beliau mendedahkan pernah mengalami gangguan penglihatan akibat jangkitan kuman semasa terlibat dalam filem Aku Bukan Terrorist.[9][10]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2017 Aku Bukan Terrorist Dayana Arjin Uppal Filem pertama
2019 Musyrik   Pos-produksi
Garang   Varren
Baling The Movie: Seruan Saka   Raja Azrey
Headhunter   Badd Badrul
Anak Perjanjian Syaitan   Ahmad Idham

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Kau Yang Terindah TV3
Mimpi Cinderella Adik Tiri Saleha Slot Lestary
Setia Hujung Nyawa Zehra Slot Akasia
2013 Playboy Itu Suami Aku Afisya Aulia
2014 Manis Inessa Astro Ria
2015 Oh My English! Class Of 2015 Bella Astro TVIQ
Anak Ke-5 Tini/Marlina TV9
Cinta Dari Marikh Nova TV2 Slot Selekta Prima
Ema Emyliana Lily TV3
2016 Kelas Sebelah Musim 3 TV1
Kahwin Muda Nilam TV3 Slot Iris
Cinta FB Syira HyppTV
2017 Menantu Bilal Norain TV3 Slot Dahlia
Muzium Misteri Nur Slot Seramedi
2018 Zahir Tak Terucap Aireen
Geng Tadarus Fathia TV2
Selafaz Cinta Inaz Astro Prima

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Catatan
2014 Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya Astro First Eksklusif
2015 Jalan Taubat TV3
2016 Apabila Isteriku Melatah Krisya TV9
Bella Mencari Cinta
2017 Perempuan Di Hujung Kampung
Awak Kat Mana
Ramadan Terindah Nurani TV3
Projek Kuih Mak Leha TV9

Muzik videoSunting

Tahun Tajuk lagu Artis Catatan
2013 "Lebih Indah" Datuk Siti Nurhaliza

Anugerah dan pencapaianSunting

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan

RujukanSunting

  1. ^ Iqwal Tidak Tumpang Populariti Saya - Chacha Maembong MStar Online (7 Oktober 2013). Dicapai pada 11 Februari 2014.
  2. ^ Iqwal Hafiz, ‘Teman Tapi Mesra’ Cha Cha Maembong Mynewshub (28 September 2013). Dicapai pada 11 Februari 2014.
  3. ^ Chcha tidak lagi dibayangi kakak Kosmo! (17 April 2018). Dicapai pada 17 April 2018.
  4. ^ Siti Athirah Dzulkifly (3 Januari 2016). Taat setia Chacha Maembong Utusan Malaysia. Dicapai pada 11 Februari 2016.
  5. ^ Haswari Ali (9 Mei 2013). "Demi Zain Saidin, Dato' Siti Caras Che Ta". Murai.com.my. Dicapai 2014-06-23. 
  6. ^ Mohd Al-Qayum Azizi (27 Januari 2014). Kontroversi tidak bawa kerjaya Chacha Maembong lebih jauh mStar Online. Dicapai pada 19 April 2016.
  7. ^ Tahir Alhamzah (8 Ogos 2017). Chacha’s taste of Bollywood New Straits Times. Dicapai pada 10 Ogos 2017.
  8. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (13 April 2018). Chacha trauma memandu Utusan Malaysia. Dicapai pada 13 April 2018.
  9. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (7 Oktober 2017). Chacha Maembong cemas nyaris hilang penglihatan Berita Harian. Dicapai pada 7 Oktober 2017.
  10. ^ Dennis Chua (8 Oktober 2017). Actress Chacha Maembong briefly lost eyesight while filming I’m Not A Terrorist New Straits Times. Dicapai pada 9 Oktober 2017.

Pautan luarSunting