Chai Kim Sen (Bahasa Cina: 蔡金星, c. 1964 - 15 Mac 2021) adalah seorang ahli politik Malaysia dan bekas Senator dari 2014 hingga 2020.[1][2] Beliau juga seorang ahli Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan pernah menyandang jawatan Timbalan Setiausaha Agung dalam parti itu[2] dan juga Ketua MCA bahagian Seputeh.[1]

Chai Kim Sen
蔡金星
Senator
Dalam jawatan
23 Jun 2014 – 22 Jun 2020
Maklumat peribadi
Lahirc. 1964 (1964)
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Meninggal dunia15 Mac 2021(2021-03-15) (umur 56–57)
Malaysia
KerakyatanMalaysia
Parti politikMCA
Gabungan politik
lain
BN
Anak2
Tempat belajarKolej Tunku Abdul Rahman
PekerjaanAhli politik

Lahir di Kuala Kangsar, Perak, beliau menuntut perniagaan di Kolej Tunku Abdul Rahman (kini Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman).[1] Beliau dikurniakan 2 anak dengan isterinya.[1]

Beliau meninggal dunia pada 15 Mac 2021 akibat barah.[1][2] Dilaporkan, beliau tidak pernah memaklumi keadaannya kepada orang-orang lain.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e "Ex-senator Chai Kim Sen passes away". 15 Mac 2021. Dicapai pada 15 Mac 2021.
  2. ^ a b c d "Timbalan Setiausaha Agong MCA meninggal dunia". 15 Mac 2021. Dicapai pada 15 Mac 2021.